omniture

Acara metaverse di Kawasan Baharu Tianfu Sichuan

Sichuan Tianfu New Area
2022-05-09 10:47 91

CHENGDU, China, 9 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Persidangan Metaverse Tianfu Pertama 2022, dihoskan oleh Sichuan Tianfu International Convention and Exhibition Co dan dianjurkan oleh Tianfu Metaverse Industry Association telahpun diadakan di Kawasan Baharu Tianfu Sichuan pada 5 Mei.

Avatar seorang individu melawat kawasan pameran dalam talian Persidangan Metaverse Tianfu Pertama 2022 yang diadakan pada 5 Mei
Avatar seorang individu melawat kawasan pameran dalam talian Persidangan Metaverse Tianfu Pertama 2022 yang diadakan pada 5 Mei

Wakil-wakil daripada perusahaan domestik dan asing, persatuan dan jabatan kerajaan selain pakar dan ilmuwan dijemput ke persidangan tersebut untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pembangunan masa depan metaverse, teknologi dan produk paparan yang berkaitan dengan metaverse serta menggalakkan pembangunan industri metaverse.

Persidangan berkenaan telahpun diadakan secara dalam talian dan luar talian serta memaparkan visi baharu metaverse yang berciri digital, maya, interaktif dan imersif.

Dengan menggunakan teknologi kembar-digital, pihak penganjur mereplikasi dewan mesyuarat Pusat Konvensyen Antarabangsa Tianfu di tempat maya, bagi menawarkan pengalaman persidangan dalam talian yang imersif.

Acara berkenaan turut merangkumi kawasan pameran dalam talian untuk memaparkan teknologi baharu, produk baharu dan aplikasi baharu daripada 19 perusahaan yang memberi tumpuan pada metaverse.

Peserta-peserta dalam talian dibenarkan memilih avatar mereka sendiri dan muncul di mana-mana bahagian tempat tersebut pada bila-bila masa untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti ucapan dan pameran.

Semasa persidangan tersebut, 12 institut penyelidikan metaverse ditubuhkan secara rasmi di bawah Tianfu Metaverse Industry Association untuk menggalakkan saintis, usahawan dan artis meneroka ekosistem metaverse dan mendorong pelaksanaan metaverse dalam masyarakat.

Institut-institut berkenaan akan memberi tumpuan pada bidang-bidang termasuk konvensyen dan pameran, kecerdasan buatan, robotik, seni digital, keselamatan rangkaian serta kehidupan pintar.

Bagi mendorong selanjutnya pembangunan industri metaverse, satu senarai peluang dikeluarkan di persidangan tersebut bagi memperkenalkan sekumpulan projek baharu dalam industri metaverse dengan jumlah pelaburan sebanyak 1 bilion yuan ($150.2 juta).

Para pegawai berkata projek berkenaan akan membantu meneroka bagaimana untuk memanfaatkan metaverse serta mendorong transformasi dan penaiktarafan ekonomi sebenar, lalu mengubah Kawasan Baharu Tianfu menjadi perintis metaverse nasional.

Source: Sichuan Tianfu New Area
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment