omniture

OANDA dinamakan sebagai Rakan Kongsi Pemasaran Rasmi New York Red Bulls

OANDA
2022-05-09 11:02 135

HARRISON, New Jersey, 9 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, New York Red Bulls mengumumkan bahawa platform perdagangan tukaran mata wang asing (forex), OANDA Corporation ("OANDA"), telah menjadi rakan kongsi tampalan lengan jersi rasmi kelab bermula pada hari Sabtu, 7 Mei apabila Red Bulls menganjurkan Portland Timbers di Red Bull Arena. Perkongsian berbilang tahun ini merupakan penerokaan pertama dalam pemasaran sukan untuk peneraju yang memenangi anugerah di seluruh dunia ini dalam perkhidmatan perdagangan dalam talian.

OANDA & New York Red Bulls - Pengumuman Perjanjian Tampalan Lengan - Logo Akhir
OANDA & New York Red Bulls - Pengumuman Perjanjian Tampalan Lengan - Logo Akhir

 

OANDA & New York Red Bulls - Pengumuman Perjanjian Tampalan Lengan - Logo Akhir
OANDA & New York Red Bulls - Pengumuman Perjanjian Tampalan Lengan - Logo Akhir

 

OANDA dan New York Red Bulls - Perkongsian Tampalan Lengan. Dari kiri: Bradley Wright-Phillips, Ed Moya, Marc de Grandpré, Gavin Bambury, Dustin Gonzalez dan Lisa Shemie
OANDA dan New York Red Bulls - Perkongsian Tampalan Lengan. Dari kiri: Bradley Wright-Phillips, Ed Moya, Marc de Grandpré, Gavin Bambury, Dustin Gonzalez dan Lisa Shemie

Logo OANDA akan muncul pada lengan kanan jersi dan turut disertakan pada pakaian kelab terpilih. Jersi kelab tulen akan tersedia untuk dibeli di lokasi runcit yang terpilih. Tampalan lengan tersebut akan turut disertakan dalam siri permainan video EA Sports FIFA.

Selain daripada aset New York Red Bulls, perkongsian ini berkembang ke dunia Red Bull yang lebih luas, termasuk aset pengalaman dan penjenamaan di acara dan harta media Red Bull terpilih.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan OANDA kepada keluarga Red Bull," kata Marc de Grandpré, Pengurus Besar, New York Red Bulls. "Kami sangat berbangga dapat menjadi rakan kongsi industri sukan pertama untuk OANDA dan berharap dapat mendorong peningkatan kesedaran untuk mereka dalam pasaran ini menerusi perkongsian pelbagai aspek kami yang unik."

Gavin Bambury, Ketua Pegawai Eksekutif OANDA, mengulas, "Ia merupakan peluang yang menarik untuk bekerjasama dengan New York Red Bulls, salah satu kelab yang paling memberi inspirasi dalam Major League Soccer. Kami tidak sabar-sabar untuk meraikan kejayaan mereka di padang dan memperkenalkan jenama dan platform OANDA yang bertaraf global kepada khalayak baharu."

"Menerusi penajaan ini, kami terus membina reputasi kami sebagai salah sebuah firma perdagangan runcit yang paling dipercayai dan platform memenangi anugerah untuk pelanggan berdagang dengan cara terbaik. Ia memerlukan komitmen yang unik dan bersemangat untuk berjaya mencapai prestasi puncak dalam memperdagangkan pasaran dan dalam mendorong mencapai inovasi untuk tekal berusaha bertambah baik (raise your game). Ini merupakan pola fikir yang dikongsi oleh OANDA bersama New York Red Bulls."

Latar Belakang New York Red Bulls  

New York Red Bulls merupakan salah satu daripada 28 pasukan dalam Major League Soccer (MLS). RBNY, salah satu daripada sepuluh kelab piagam MLS, telah bersaing dalam liga tersebut sejak penubuhannya pada tahun 1996. Red Bulls bertanding dalam perlawanan di tempat sendiri di Red Bull Arena (RBA), Harrison, New Jersey. Pemenang Supporters' Shield MLS tiga kali ini dimiliki oleh syarikat minuman Austria, Red Bull yang melaluinya pasukan ini mendapat namanya. New York Red Bulls menawarkan salah satu program pembangunan bola sepak belia ulung negara, bermula daripada perkongsian bola sepak tempatan di seluruh New York dan New Jersey sehinggalah Sekolah Pembangunan Serantau dan pasukan Red Bulls Academy.

Latar Belakang OANDA: daripada syarikat pemula teknologi kepada perbadanan global

Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA merupakan syarikat pertama yang berkongsi data kadar pertukaran secara percuma di Internet, melancarkan platform perdagangan FX yang membantu mempelopori pembangunan perdagangan mata wang berasaskan web lima tahun kemudian. Hari ini, OANDA Global Corporation, yang melibatkan OANDA Corporation dan subsidiari-subsidiari lain, menyediakan perdagangan berbilang asset dalam talian, data mata wang dan analitik kepada pelanggan runcit dan korporat global, menunjukkan kepakaran yang tiada tandingan dalam bursa asing. Dengan entiti dikawal selia dalam sembilan pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, OANDA Global Corporation tetap berdedikasi untuk mentransformasikan segala aspek dari segi bagaimana dunia berinteraksi dengan perdagangan, membolehkan pelanggan untuk memperdagangkan indeks pasaran global, komoditi, perbendaharaan, logam berharga dan mata wang pada salah satu platform perdagangan yang paling pantas dalam pasaran.

Perdagangan leveraj dalam mata wang asing atau produk di luar bursa lain pada margin mempunyai tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Kami menasihati anda untuk mempertimbangkan dengan teliti sama ada perdagangan sesuai untuk anda berdasarkan keadaan peribadi anda. Anda mungkin rugi lebih daripada yang anda laburkan. Maklumat di laman sesawang ini bersifat umum. Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas dan memastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat sebelum berdagang. Berdagang melalui platform dalam talian mempunyai risiko tambahan. Rujuk bahagian undang-undang kami. 

OANDA Corporation ialah Pedagang Suruhanjaya Niaga Hadapan berdaftar dan Pengedar Bursa Asing Runcit dengan Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi dan merupakan ahli National Futures Association. No: 0325821. Maklumat lanjut disediakan menggunakan sumber NFA Basic.

#RaiseYourGame

Source: OANDA
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Sports Licensing/marketing agreements