omniture

Vantage dan McLaren MX Extreme E Team lancar Kempen Hari Ibu tampilkan pemandu wanita pertama McLaren

Vantage
2022-05-09 12:06 190

SINGAPURA, 9 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, bersama-sama McLaren MX Extreme E Team, memperkenalkan kempen video Hari Ibunya yang terkini bagi meraikan suri teladan wanita yang memberi sokongan yang membantu membentuk peribadi pemandu wanita pertama McLaren, Emma Gilmour

 

Video berkenaan menampilkan Gilmour yang dilahirkan di New Zealand dan memberi penghormatan kepada ibu beliau yang menjadikan perjalanan beliau lebih mudah.

Bermula daripada menjadi wanita pertama dan satu-satunya setakat ini yang memenangi acara Kejohanan Dunia Rali (Rally World Championship) pada tahun 2016, sehinggalah menjadi pemandu wanita pertama McLaren Racing yang bersaing dalam siri kejohanan Extreme E, Gilmour menyedari sepenuhnya kedudukan beliau sebagai suri teladan wanita dalam dunia yang didominasi oleh golongan lelaki ini dan menghargai sokongan tidak berbelah bahagi ibu beliau atas kejayaan beliau.

"Ibu saya sentiasa menjadi salah seorang penyokong terbesar saya," kata Gilmour. "Beliau berada di sisi untuk semua pencapaian dan kekecewaan saya. Beliau mendorong saya untuk mengejar impian saya dan membantu saya mencapainya dengan setiap cara yang mampu dilakukannya. Pada hari ini dan setiap hari, saya berterima kasih kepada beliau atas segala kasih sayang dan sokongan tanpa batasan beliau."

"Dalam usaha kami mengejar masa depan yang ideal, wanita sentiasa menjadi kepingan teka-teki yang paling penting. Ini merupakan sedikit daripada cara kami untuk menunjukkan penghargaan kami kepada wanita yang paling penting dalam hidup kami - ibu kami," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan, Vantage.

Despallieres menjelaskan bahawa perkongsian berbilang tahun antara Vantage dan McLaren MX Extreme E Team diperkukuh berdasarkan nilai kelestarian dan kepelbagaian bersama serta kesamaan, keterangkuman dan perwakilan gender, kesemuanya sambil memperjuangkan dan menyokong kesedaran perubahan iklim.

"Di Vantage, kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk menyokong, mendidik dan memperkasa wanita di sekeliling kami dan kami ingin terus berbuat demikian untuk tempoh jangka panjang."

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang beribu pejabat di Sydney, Australia. Ia menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang mantap dan cekap untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, Vantage telah membina pasukan global dengan lebih 1,000 kakitangan yang tersebar merentas lebih 30 pejabat yang terletak di APAC, Australasia, MENA dan UK. Ia telah membina reputasi kerana menyampaikan standard perdagangan yang tinggi kepada pelanggan daripada semua saiz, dengan menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai yang membolehkan pelanggan mencapai kejayaan mereka sendiri dengan cara yang lebih pantas dan lebih ringkas.

Sebagai entiti berlesen dan dikawal selia di Australia, UK dan Cayman Islands, kepercayaan pelanggan adalah sangat penting. Bagi melindungi kepentingan pelanggan, Vantage menerima pakai pendekatan yang wajar terhadap pematuhan dalam semua pasaran di tempat mereka beroperasi.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Perkhidmatan bertumpukan manusianya menghubungkan pelanggan dengan lancar – bermula daripada individu kepada institusi – kepada alat, sumber dan sokongan yang tepat.

Diperkasakan untuk memanfaatkan dengan lebih baik bagi memenangi peluang pasaran apabila anda 
berdagang dengan lebih pintar @vantage
.

Latar Belakang McLaren Racing

McLaren Racing ditubuhkan oleh pemandu lumba New Zealand, Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan ini menyertai perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966, sejak itu McLaren telah memenangi 20 kejohanan dunia Formula 1, lebih daripada 180 grand prix Formula 1, Indianapolis 500 sebanyak tiga kali dan Le Mans 24 Hours semasa percubaan pertamanya.

Pasukan ini bersaing dalam FIA Formula 1 World Championship dengan Lando Norris dan Daniel Ricciardo, NTT INDYCAR Series dengan pemandu-pemandu Arrow McLaren SP Pato O'Ward dan Felix Rosenqvist serta Extreme E Championship bersama Emma Gilmour dan Tanner Foust.

McLaren merupakan pasukan F1 pertama yang dianugerahkan Standard Kepercayaan Karbon (Carbon Trust Standard) 2010 dan mengekalkannya sejak itu secara dwitahunan, paling terkini pada bulan Februari 2021. Pasukan ini juga merupakan yang pertama dalam F1 yang diberikan Anugerah Akreditasi Kelestarian FIA pada peringkat tiga bintang pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada kerangka Pensijilan Alam Sekitar FIA, sebelum menjadi penandatangan UN Sports for Climate Action Commitment pada tahun 2021.

Source: Vantage
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Licensing/marketing agreements New products/services Women-related news