QINGDAO, China, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Ibu merupakan jantung setiap keluarga, memberi sokongan kepada keluarga mereka dan membolehkan setiap anggota keluarga menikmati hidup yang menggembirakan. Pada Hari Ibu, Hisense memberi penghormatan kepada para ibu dan wanita di serata dunia atas sumbangan mereka kepada keluarga dan masyarakat, memberikan setiap ibu dan pengguna dengan persekitaran hidup dan gaya hidup yang lebih menggembirakan melalui inisiatif dan teknologi cemerlang Hisense.
#RememberTheName, Menyatakan Rasa Terima Kasih kepada Ibu
Sebagai sebuah perusahaan dengan tanggungjawab sosial global, Hisense memberi perhatian yang tinggi kepada pembangunan wanita. Sejak menaja EURO 2022TM UEFA Women, Hisense komited untuk mendorong atlet wanita dan pembangunan sukan wanita, memberi inspirasi kepada semua wanita untuk mengejar impian mereka. Lebih daripada itu, Hisense berusaha untuk mencipta pengalaman tontonan dan kehidupan yang lebih baik untuk semua wanita dan keluarga mereka, memberi peluang kepada wanita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, lebih-lebih lagi bagi menikmati sukan pada bila-bila masa dan di mana-mana.
Pada Hari Ibu ini, detik untuk berterima kasih kepada wanita dan ibu serta untuk menyokong wanita dalam kehidupan harian dan kerjaya mereka dalam semua lapangan, Hisense melancarkan satu kempen interaktif —— #RememberTheName, di media sosial untuk menggalakkan pengguna menyiarkan cerita yang menyentuh perasaan dan menyatakan rasa terima kasih kepada ibu. Sementara itu, sebagai hadiah tulus ikhlas sempena Hari Ibu, pengguna yang menyertai kempen tersebut akan berpeluang untuk memenangi tiket dan menikmati perlawanan EURO 2022TM UEFA Women yang mengujakan dengan gembira bersama ibu kesayangan mereka pada bulan Julai ini. Sejak kempen tersebut dilancarkan, Hisense menerima penyertaan yang luar biasa dan kisah-kisah yang menyentuh perasaan, lantas benar-benar menikmati dan meraikan musim penuh kesyukuran ini bersama pengguna di serata dunia.
Teknologi Cemerlang, Mengupayakan Kehidupan Keluarga Lebih Baik dan Menggembirakan
Bagi membolehkan ibu dan wanita menikmati kehidupan selepas hari yang sibuk, Hisense mencipta produk yang berkelayakan bagi menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah dan lebih baik melalui teknologi selama bertahun-tahun.
Sebagai contoh, apabila menonton sukan bola sepak pada musim panas, setiap keluarga perlu menyediakan minuman berais; bagi membantu mengurangkan kerja membuat ais yang menjemukan, fungsi Pendispens Ais & Air Hisense PureFlat Refrigerator membolehkan pengguna memperoleh ais yang banyak dengan cepat dan menjimatkan tenaga, lalu membolehkan mereka menikmati permainan bola sepak dengan lebih baik.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna mempunyai permintaan yang semakin meningkat terhadap perlindungan masa semasa menonton TV, terutamanya apabila menonton perlawanan bola sepak dalam tempoh yang lama mungkin menyebabkan keletihan mata yang semakin mendalam; justeru itu, bagi membantu melindungi mata pengguna semasa menonton TV, Hisense Laser TV direka bentuk agar selesa untuk mata, bagi membantu setiap ibu melindungi mata anak-anak mereka atau anggota keluarga mereka, lalu membuatkan para ibu tidak berasa bimbang semasa menonton TV.
Hari Ibu merupakan detik yang istimewa bagi meraikan sumbangan ibu dan wanita di seluruh dunia. Hisense mengiktiraf dan berterima kasih kepada setiap wanita dan ibu yang hebat dalam masyarakat. Melangkah ke hadapan, Hisense akan memberi inspirasi secara tekal kepada semua wanita, menggunakan teknologi dan produk yang berkelayakan bagi mencipta lebih banyak detik yang menggembirakan buat semua wanita dan pengguna di serata dunia.