omniture

NUS Computing Ganding Bahu dengan TZ APAC Bangunkan Penginovasi Teknologi Generasi Seterusnya Singapura

TZ APAC
2022-05-10 09:00 132

Entiti penerimaan rantaian blok berpangkalan di Asia TZ APAC akan menerajui kurikulum rantaian blok di Pusat Pemupukan Kecemerlangan Pengkomputeran baharu

SINGAPURA, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, TZ APAC, entiti penerimaan rantaian blok berpangkalan di Asia yang terkemuka dan menyokong ekosistem Tezos, mengumumkan satu perkongsian dengan National University of Singapore School of Computing (NUS Computing) untuk menubuhkan Centre for Nurturing Computing Excellence (Pusat Pemupukan Kecemerlangan Pengkomputeran). Dipimpin oleh Profesor Madya Tan Sun Teck daripada NUS Computing, Pusat baharu ini akan memperkasa para pelajar untuk belajar daripada pakar-pakar industri dunia sebenar dalam bidang seperti teknologi rantaian blok, pengkomputeran awan dan sains data.

Singapura dengan pantas menjadi peneraju dalam teknologi rantaian blok serta ekosistem rantaian blok di Singapura dan seluruh dunia telah menyaksikan pertumbuhan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat, penting untuk sekolah-sekolah terkemuka seperti NUS Computing membina kumpulan bakat yang mantap dalam bidang yang berkembang pesat ini dan bagi memastikan bakat pengkomputeran di negara ini serba lengkap untuk memanfaatkan potensi teknologi rantaian blok, digabungkan dengan teknologi pelengkap yang lain demi menyumbang ke arah ekonomi digital Singapura.

"Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Singapura telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama untuk perusahaan teknologi dalam industri-industri perintis. Dengan menjalin kerjasama bersama organisasi-organisasi pelopor seperti TZ APAC, para pelajar akan berpeluang untuk mendapat manfaat daripada kepakaran dunia sebenar di persimpangan yang kritikal dalam pendidikan mereka," kata Profesor Madya Tan daripada NUS Computing. "Dalam menubuhkan Pusat Pemupukan Kecemerlangan Pengkomputeran ini, kami berharap agar dapat meninggikan standard untuk pendidikan pengkomputeran di negara ini dan seluruh rantau ini, ketika kami memupuk bakat teknologi generasi yang akan datang."

Prof Madya Tan juga bertanggungjawab melatih dan membimbing pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan pengaturcaraan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Olimpiad Antarabangsa dalam Informatik (IOI), Olimpiad Kebangsaan dalam Informatik (NOI) dan Pertandingan Pengaturcaraan Kolej Antarabangsa. Pada tahun 2021, beliau memimpin pasukan IOI Singapura untuk mencapai prestasi terbaik dalam sejarahnya dengan memenangi 3 pingat emas dalam satu pingat perak.

IOI merupakan satu pertandingan penting, dengan ramai tokoh terkemuka dalam seluruh industri ini pernah mengambil bahagian. Khususnya, arkitek awal Tezos Arthur Breitman merupakan peserta IOI yang mewakili Perancis dan meraih pingat gangsa. Tokoh-tokoh terkenal yang lain dalam ekosistem Tezos yang pernah mengambil bahagian dalam IOI termasuk Presiden France-IOI Mathias Hiron dan Jurutera Kanan Perisian Nomadic Labs Mehdi Bouaziz. Di samping itu, pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin merupakan pemenang pingat gangsa yang bersaing untuk Kanada.

Bagi meningkatkan literasi rantaian blok dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan IOI serta pelajar menengah dan pengajian tinggi, TZ APAC akan mencipta kurikulum pembangun rantaian blok yang mana para pelajar akan dapat belajar secara langsung daripada ahli-ahli pasukan TZ APAC dalam kelas, bengkel, hackathon dan tutorial maya hibrid serta secara peribadi berdasarkan kepada keadaan penggunaan dalam ekosistem Tezos. Dengan pendidikan menjadi keutamaan tertinggi dalam ekosistem Tezos, penubuhan Pusat Pemupukan Kecemerlangan Pengkomputeran dibuat dengan bantuan penglibatan sebelum ini bersama institusi-institusi pengajian tinggi lain di seluruh rantau ini termasuk Kyoto University, Nagoya University dan Indian Institute of Technology Madras.

Colin Miles, Ketua Pegawai Eksekutif TZ APAC yang baru dilantik, berkata: "Sepanjang tahun lalu, kami telah melihat banyak kemajuan merentas ekosistem rantaian blok Asia dari segi penerimaan yang bermakna dan TZ APAC memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ini dalam projek-projek berdaya usaha yang dibina di Tezos. Dengan kerjasama NUS Computing, kami berharap dapat memajukan masa depan yang mana pendidikan rantaian blok bukan sesuatu yang terhad kepada komuniti pembangun khusus, namun bahagian yang penting dalam kurikulum pengkomputeran merentas beberapa universiti yang ternama di rantau ini."

Komitmen TZ APAC terhadap Singapura adalah tepat pada masanya memandangkan pelaburan dalam ekosistem rantaian negara ini menyaksikan peningkatan sepuluh kali ganda dari tahun 2020 hingga 2021. dengan 82 urus niaga bernilai US$1.48 bilion tergabung menurut KPMG (https://home.kpmg/sg/en/home/media/press-releases/2022/02/kpmg-pulse-of-fintech-h2-21.html). Sejajar dengan hal ini, TZ APAC Tezos Developer Hub akan turut dilancarkan di daerah pusat perniagaan Singapura.

TZ APAC, bersama-sama entiti komuniti yang lain, disokong oleh simpanan dana ekosistem kira-kira US$1.2 bilion yang dikendalikan oleh Tezos Foundation untuk menyokong beberapa projek tempatan dan serantau yang paling memberi harapan. Berperanan sebagai ibu pejabat APAC baharu entiti ini di City House, TZ APAC Tezos Developer Hub merupakan bukti komitmen sekian lama TZ APAC untuk memupuk bakat rantaian blok di Singapura dan seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TZ APAC yang baru dilantik Colin Miles dan Profesor Madya NUS Computing Tan Sun Teck sedia untuk ditemu bual

Latar Belakang Tezos

Tezos ialah wang pintar, menakrifkan semula apa ertinya memegang dan menukar nilai dalam dunia yang terhubung secara digital. Rantaian blok yang boleh dinaik taraf sendiri dan cekap tenaga dengan rekod prestasi terbukti, Tezos menerima inovasi masa depan yang lancar tanpa gangguan rangkaian hari ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi tezos.com.

Latar Belakang TZ APAC

TZ APAC Pte. Ltd. ("TZ APAC") ialah entiti penerimaan rantaian blok berpangkalan di Asia yang terkemuka dan menyokong ekosistem Tezos. Ia merancang strategi transformasi rantaian blok bernilai tambah untuk perusahaan dan pencipta dengan pendekatan bawah-atas, bekerjasama erat dengan pakar-pakar rantaian blok dan pihak berkepentingan lain dalam ekosistem Tezos. TZ APAC disokong oleh Tezos Foundation dan beribu pejabat di Singapura.

Latar Belakang NUS Computing

NUS Computing ialah salah sebuah sekolah pengkomputeran terkemuka di dunia, dengan ahli-ahli fakultinya merupakan penyelidik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa mahupun guru yang memberi inspirasi.

Sekolah ini menawarkan program ijazah sarjana muda dan sarjana yang hebat merentas spektrum penuh bidang pengkomputeran termasuk Sains Komputer, Sistem Maklumat, Kejuruteraan Komputer, Analitik Perniagaan dan Keselamatan Maklumat selain pengkhususan dalam bidang-bidang penting yang baru muncul seperti kecerdasan buatan, teknologi kewangan (fintech), rantaian blok, analitik dan keselamatan. Sehubungan itu, Sekolah ini menarik minat pelajar-pelajar cemerlang dan menghasilkan siswazah berbakat yang melakar kejayaan mereka di dunia.

Pendidikan luar biasa Sekolah ini, digandingkan dengan permintaan terhadap bakat pengkomputeran dalam semua bidang dan industri, menjadikan siswazah NUS Computing amat dicari-cari. Sekolah ini memupuk kualiti kepimpinan dan semangat keusahawanan ke dalam diri pelajar melalui pementoran, inisiatif khidmat komuniti dan program khas, termasuk The Furnace, inkubator pemula yang menawarkan dana, infrastruktur dan sokongan pengurusan bagi membawa idea asli kepada hasil komersial.

Dari segi penyelidikan, NUS Computing telah mencapai kecemerlangan dalam tempoh lama dalam bidang seperti pangkalan data, multimedia, biologi pengkomputeran, media sosial dan perniagaan digital, selain inovasi digital dalam ekonomi perkhidmatan. Sekolah ini juga membina kecemerlangan penyelidikan secara strategik dalam bidang seperti keselamatan siber, kecerdasan buatan (robotik dan pembelajaran mesin), sistem pintar (Internet Pelbagai Benda), analitik, informatik rawatan kesihatan serta sains sosial pengkomputeran.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://www.comp.nus.edu.sg/ 

 

Source: TZ APAC
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Blockchain