omniture

KSTAR bina kilang Vietnam pertama dalam pengembangan luar negara

KSTAR
2022-05-11 10:28 196

SHENZHEN, China, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- KSTAR, pakar penukaran kuasa bertaraf global, hari ini mengumumkan bahawa kilang pembuatan Vietnam pertamanya yang dikenali sebagai Fasa I Projek Vietnam KSTAR telahpun siap secara rasmi.

Menempati kawasan seluas 47,715 meter persegi, Tapak-Pembuatan baharu KSTAR terletak di Bandar Haiphong, bandar pelabuhan yang terbesar di Vietnam Utara. Ia dibina bagi memenuhi permintaan yang semakin melonjak terhadap pesanan eksportnya dan bagi menyokong pertumbuhan kukuhnya dalam pasaran global.

Kemudahan ini mempunyai pelan pembinaan dua fasa dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih USD 22 juta. Fasa pertama projek ini akan disiapkan dalam bulan Jun. Peralatan baharu boleh dipasang dan kerja-kerja pengeluaran bermula menjelang penghujung tahun ini. Kerja-kerja pembinaan untuk fasa kedua dijangka bermula pada tahun 2024.

"Fasa pertama kilang ini dijangka mengeluarkan 10,000 unit UPS, 1,000 unit pusat data modular dan penyongsang solar 1GW setahun. Ini akan menjadi kali pertama kami menggunakan kilang di Vietnam bagi meningkatkan perkhidmatan penghantaran dan memenuhi keinginan pelanggan terhadap tapak pengeluaran yang lebih pelbagai," kata En. Wang, pemimpin projek KSTAR.

Setelah siap, 200 peluang pekerjaan yang disediakan, bagi menjana faedah-faedah sosial dan ekonomi yang penting semasa wabak. Selain itu, kilang baharu tersebut dijangka mengikuti dasar perlindungan terhadap alam sekitar syarikat ini.

"Kami telahpun menerajui jalan dalam pembuatan hijau. Kstar ialah salah satu daripada 13 syarikat Cina daripada industri pembuatan produk yang dipaparkan dalam laporan Corporate Net Zero Pathway (Laluan Sifar Bersih Korporat) yang dikeluarkan oleh UN Global Compact. Ini merupakan laporan pertama di dunia yang dikeluarkan oleh agensi-agensi PBB untuk membimbing dan mengiktiraf usaha syarikat korporat bagi mencapai keneutralan karbon," tambah En. Wang.

KSTAR dikenali secara meluas sebagai pembuat UPS yang terkemuka di dunia. Menurut kenyataan awal syarikat ini, penghantaran syarikat ini menduduki tempat kelima dalam pasaran UPS global pada tahun 2021, mendaki satu anak tangga dari tahun 2019. Kilang baharu tersebut bukan sahaja akan meningkatkan kapasiti pengeluaran, tetapi turut membantu pengembangan globa KSTAR.

Latar Belakang KSTAR 

Ditubuhkan pada tahun 1993, Shenzhen KSTAR Science And Technology Co Ltd ialah peneraju global dalam penyelidikan dan pembuatan (R&D) serta mengilangkan UPS, penyongsang PV dan penyelesaian ESS. Beribu pejabat di China, KSTAR mempunyai hampir 3,000 pekerja, dengan perniagaan di lebih daripada 150 negara serta 6 kemudahan pembuatan dan pemasangan.

Untuk maklumat lanjut:
Emel: sales@kstar.com

Pautan Berkaitan
https://www.kstar.com/

 

Source: KSTAR
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion