omniture

Bora Pharmaceuticals peroleh Aset CDMO Eden Biologics

Bora corp
2022-05-12 09:18 380

Bora mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam sektor CDMO Taiwan ketika ia terus berkembang ke dalam pasaran CDMO global 

TAIPEI, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) antarabangsa ulung yang berpangkalan di Taiwan Bora Pharmaceuticals baru-baru ini mengumumkan penubuhan Bora Biologics Co., Ltd., sebuah platform CDMO untuk biologik. Selain daripada Bora, pelabur dalam entiti baharu tersebut termasuk Taishin Healthcare Limited Partnership dan pengasas Tanvex BioPharma Dr. Allen Chao. Bora turut mengumumkan bahawa pada mulanya mereka akan melabur sebanyak $50 juta USD dan sehingga $100 juta USD dalam pemerolehan aset CDMO Eden Biologics sebagai sebahagian daripada rancangan pertumbuhan 5 tahunnya. Dengan kekuatan Bora sebagai CDMO untuk molekul kecil dan makromolekul biologi, syarikat ini mengukuhkan kedudukan kepimpinan di Taiwan menerusi khidmat pelanggan CDMOnya yang komprehensif dan bahagian pasaran yang kompetitif.

Eden Biologics CDMO assets, located in Hsinchu Biomedical Science Park, Taiwan
Eden Biologics CDMO assets, located in Hsinchu Biomedical Science Park, Taiwan

Sejajar dengan strateginya untuk membina keupayaan CDMO komprehensif, Bora berkembang ke dalam pasaran makromolekul biologik dan terapi sel serta gen 

Bora menunjukkan bahawa pemerolehan strategik aset CDMO Eden Biologics, yang terletak di Taman Sains Bioperubatan Hsinchu, Taiwan akan membantu Bora Group membina kehadiran dengan pesat dalam pasaran makromolekul biologi dan terapi sel dan gen serta memberi kedudukan kepada organisasi berkenaan untuk memperluas tawaran perkhidmatannya kepada pelanggan mereka yang menyokong pembangunan ubat-ubatan baharu dan inovatif.

Pengerusi Bora Bobby Sheng menjelaskan bahawa pemerolehan aset CDMO Eden Biologics merupakan satu pencapaian penting ketika Bora terus meluaskan kehadirannya dalam pasaran CDMO. Bora sentiasa komited terhadap penciptaan CDMO global dengan keupayaan yang komprehensif. Kerjasama strategik bersama Taishin Healthcare Limited Partnership dan Dr. Allen Chao sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang firma ini untuk mencapai pertumbuhan.

Memperluas kapasiti pengeluaran dengan proses serta teknologi pembuatan berdasarkan standard antarabangsa 

Dengan pemerolehan kemudahan berkenaan, Bora akan memiliki teknologi biofarmaseutikal yang berkaitan dengan pembangunan titisan sel untuk penghasilan ubat-ubatan protein, pembangunan dan analisis proses huluan dan hiliran, berserta pewujudan spesifikasi kawalan dan pemeriksaan kualiti selain penjanaan bank sel.

"Penambahan peralatan canggih kemudahan CDMO dan kepakaran pasukan yang amat berkelayakan memberi keupayaan kepada Bora Biologics untuk membangun dan meneruskan bersama pelanggan kami tatkala mereka berkembang maju menuju pengkomersialan," kata Naib Presiden Bora Simon Chen.

En. Chen menjelaskan lagi bahawa kemudahan tersebut mempunyai empat bioreaktor 500L, kesemuanya telah diperakui oleh Orang Berkelayakan (QP) EU dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Taiwan, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan. Kemudahan berkenaan membuktikan keupayaan CDMOnya yang komprehensif dengan menyiapkan beberapa projek kolaboratif dengan ramai rakan kongsi antarabangsa.

Bora Pharmaceuticals ialah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) antarabangsa ulung yang mengkhusus dalam pelbagai jenis bentuk dos kompleks termasuk keupayaan pepejal, cecair dan separa pepejal oral untuk produk Rx dan OTC selain biologik makromolekul, Bora memiliki dan mengendalikan pelbagai kemudahan pembuatan cGMP di Asia dan Amerika Utara yang menawarkan perkhidmatan untuk pembuatan klinikal serta komersial, pempakejan dan ujian analitik. Untuk maklumat lanjut hubungi: info@bora-corp.com

 

 

 

Source: Bora corp
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers