omniture

CGTN: Mengapa China mengamanahkan belia dengan masa depan negara

CGTN
2022-05-12 09:30 173

BEIJING, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Bagaimanakah sebenarnya belia Cina pada masa kini? Mereka yakin, penuh harapan dan bertanggungjawab – itulah jawapan yang diberikan oleh kertas putih pertama negara ini mengenai topik yang bertajuk "Belia China dalam Era Baharu" yang dikeluarkan bulan lalu.

Menekankan bahawa harapan Parti Komunis China (CPC) dan negara ini terletak pada bahu belia negara ini, Presiden Cina Xi Jinping menyeru anak muda untuk menggalas tanggungjawab bagi membina sebuah negara sosialis moden dan merealisasikan Impian Cina untuk rejuvenasi negara.

Beliau membuat kenyataan tersebut pada hari Selasa dalam sebuah upacara yang menyambut ulang tahun keseratus Communist Youth League of China (CYLC), pertubuhan belia besar-besaran di bawah kepimpinan CPC.

Mengambil kekuatan daripada pengalaman bersejarah

Pada tahun 1919, Gerakan Empat Mei telah mendorong penyebaran fahaman Marxisme di seluruh China. Dua tahun kemudian, CPC ditubuhkan. Pada tahun berikutnya, di bawah kepimpinan dan promosi Parti, CYLC ditubuhkan.

Menurut perlembagaan liga tersebut, ia merupakan pertubuhan besar-besaran untuk memajukan anak muda di bawah kepimpinan CPC. Ia turut bertindak sebagai sebuah sekolah di mana anak muda dapat belajar mengenai sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan komunisme melalui amalan. Liga berkenaan juga membantu Parti dan bertindak sebagai pasukan simpanan.

Misi penubuhan CYLC adalah untuk mengikuti CPC tanpa berbelah bahagi dan berusaha demi Parti dan rakyat, kata Xi yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC.

Mengambil maklum pencapaian yang dilakar oleh belia Cina sepanjang abad yang lalu, Xi berkata kepimpinan Parti, kepercayaan dan keyakinan utuh, penumpuan kepada rejuvenasi negara dan kepercayaan tinggi terhadap anak muda negara ini merupakan kunci kepada kejayaan masa lalu dan masa depan CYLC.

Menuju ke arah rejuvenasi negara

CYLC mempunyai lebih 73.7 juta ahli di seluruh negara setakat 31 Disember 2021, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat CYLC.

Kira-kira 43.81 juta ahlinya adalah pelajar, manakala selebihnya adalah daripada perusahaan, institusi awam, komuniti bandar dan luar bandar, organisasi sosial serta bidang-bidang lain, menurut data berkenaan.

Liga berkenaan harus terus menabur bakti kepada anak muda, memenuhi tanggungjawabnya untuk mengukuhkan dan memperluas sokongan anak muda untuk tadbir urus Parti dan menawarkan bantuan kukuh kepada anak muda, kata Xi.

Membandingkan realisasi Impian Cina kepada perlumbaan berganti-ganti, beliau menyeru generasi lebih muda untuk berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu merealisasikan rejuvenasi negara dengan kreaktiviti, keterbukaan fikiran dan semangat pelopor mereka.

Organisasi-organisasi parti pada semua peringkat harus meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pemupukan dan pembangunan ahli-ahli Parti muda, terutamanya ahli CYLC yang cemerlang, bagi memastikan negara sosialis ini tidak akan berubah sifatnya, kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-05-10/Xi-addresses-gathering-celebrating-centenary-of-CYLC-19ULTMI6Suk/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Children-related news