omniture

Storan Teragih Huawei OceanStor Dinamakan Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2022 untuk Sistem Fail Teragih dan Storan Objek

Huawei
2022-05-12 09:45 118

SHENZHEN, China, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Gartner Peer Insights mengiktiraf storan teragih Huawei OceanStor sebagai Pilihan Pelanggan dalam laporan Gartner Peer Insights 'Voice of the Customer' 2022: Distributed File Systems and Object Storage ('Suara Pelanggan' Gartner Peer Insights 2022: Sistem Fail Teragih dan Storan Objek). Mendapat skor 4.9 daripada 5 mata pada platform Gartner Peer Insights tahunan, storan teragih Huawei OceanStor menduduki tempat yang pertama dalam kalangan semua vendor global.


Gartner Peer Insights ialah platform pemeringkatan dan ulasan dalam talian untuk perisian IT dan perkhidmatan. Ulasan ditulis dan dibaca oleh golongan profesional IT serta pembuat keputusan teknologi di serata dunia. Ia melibatkan lebih daripada 380,000 ulasan yang disahkan daripada pengguna akhir yang mempunyai pengalaman membeli, melaksanakan atau menggunakan produk atau perkhidmatan dalam lebih 360 pasaran. Setiap tahun, vendor dengan pemeringkatan pelanggan yang tinggi dinamakan sebaai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights bagi membantu pemimpin IT membuat keputusan pembelian yang lebih bermaklumat.

Setakat 31 Januari 2022, produk dan penyelesaian storan teragih Huawei OceanStor mendapat banyak ulasan yang positif daripada pelanggan dari serata dunia dan dalam pelbagai industri seperti kewangan, pembawa, pembuatan, tenaga, media, rawatan kesihatan dan pendidikan. Ulasan ini meliputi segala-galanya bermula daripada seni bina sistem, fungsian produk dan pelaksanaan hinggalah O&M, perkhidmatan dan sokongan. Kesemua ini menonjolkan sejauh mana pelanggan global memikirkan storan teragih Huawei OceanStor dari segi kedudukan industri, skala pelaksanaan dan kematangan penggunaan komersial.

"Kami amat bersyukur kerana pelanggan kami berkongsi pendapat mereka di Gartner Peer Insights. Satu-satunya matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian dan produk yang membuatkan pelanggan kami gembira," kata En. Wang Yidong, Presiden Domain Storan Teragih Huawei, "Kami akan terus memberi tumpuan pada keperluan pelanggan kami dan terus menyediakan produk dan penyelesaian storan teragih yang cekap dan andal bagi melindungi perkhidmatan yang inovatif dalam setiap industri."

Mengesahkan tumpuan pelanggan ini, seorang arkitek industri mengulas, "Kami benar-benar kagum dengan sikap bekerja bertumpukan pelanggan oleh jurutera Huawei. Produk itu sendiri adalah sangat responsif, mudah digunakan untuk data tidak berstruktur dan amat boleh diskala."

"Kami memerlukan jenis storan baharu untuk menggantikan storan terpusat tradisional. Selepas ujian POC, kami mendapati bahawa keandalan dan kebolehskalaan storan teragih Huawei dapat direalisasikan. Kapasiti storan boleh diperluas dengan cepat dan fungsi-fungsi antara muka pengurusan lengkap," tulis salah seorang pengarah teknikal IT dalam industri kewangan.

Ulasan daripada seorang Ketua Pegawai Teknologi (CTO) dalam sektor pembuatan menyatakan, "Huawei berpengalaman dalam produk storan teragih. Storan ini stabil dengan rangkaian yang berbeza. Dan saya suka idea platform disatukan."

Direka khas untuk menampung data massa, storan teragih Huawei OceanStor menyediakan perkhidmatan storan terpelbagai untuk pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), analitik data raya, video, repositori/sandaran kandungan dan pengarkiban, virtualisasi dan himpunan sumber awan. Ia membantu perusahaan menyerlahkan sepenuhnya nilai data massa.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards