Dapatkan tiket anda di sini sekarang
JAKARTA, Indonesia, 12 May 2022 /PRNewswire/ -- Disebut-sebut sebagai Pameran Marvel yang terbesar di Asia Tenggara, Marvel Studios: A Universe of Heroes Exhibition Indonesia dijadualkan membuka pintunya kepada orang ramai dari 21 Mei hingga 3 September 2022 ini di Dewan Bandar, Pondok Indah Mall (PIM) 3, Jakarta.
Pengunjung boleh mengimbau kembali dekad lalu penceritaan epik Marvel Studios dan tampillebih dekat dengan koleksi luas prop asli, kostum dan seni konsep daripada filem-filem Marvel yang terpilih. Pameran tersebut akan mempamerkan lebih daripada 60 harta filem asli yang mencakupi kawasan seluas hampir 2,000 meter persegi.
Ayuh alami sendiri paparan perintis yang imersif Adiwira yang paling ikonik daripada Marvel seperti Iron Man, Captain America, Thor, Doctor Strange, Black Panther, Wandavision, Guardians of The Galaxy, Ant-Man, Black Widow, Hawkeye, Shang Chi, Eternals hinggalah siri terkini daripada Marvel Studios, Moon Knight. Pengunjung juga boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diinspirasikan oleh Marvel sepanjang bulan-bulan pameran.
Tiket untuk Marvel Studios: A Universe of Heroes Exhibition Indonesia kini dijual secara dalam talian di Tiket.com dan luar talian di PIM 1 (Tingkat Bawah), PIM (berhampiran Kaunter Penebusan Tingkat Dua) bermula pada 12 Mei 2022 atau tarikh lain yang ditentukan oleh pihak penganjur dan The Walt Disney Company Southeast Asia. Tiket juga akan disediakan semasa jerayawara kami yang akan diadakan di beberapa pusat membeli-belah di Kawasan Metropolitan Jakarta (akan diumumkan dalam masa terdekat). Harga istimewa pelanggan awal tersedia ada untuk pengunjung yang membeli tiket mereka antara 29 April hingga 20 Mei 2022.
"Selama beberapa dekad yang lalu, Marvel Studios membawa penceritaan yang epik kepada pengguna dan telah mendapat tempat istimewa di hati warga-warga Indonesia. Melalui pameran ini, kami amat teruja untuk membawa cerita-cerita dan watak-watak ikonik lebih dekat dengan peminat di Indonesia. Kami berharap agar pameran imersif ini akan membolehkan peminat Marvel mengalami MCU dengan cara yang lebih unik dan menarik," kata Dendy Triadi, Pengarah Projek Visindotama, penganjur dan penaja pameran tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marvel Studios: A Universe of Heroes Exhibition Indonesia, sila kunjungi laman sesawang kami.
Latar Belakang The Walt Disney Company Southeast Asia
The Walt Disney Company, bersama-sama subsidiari dan ahli gabungannya, merupakan sebuah perusahaan hiburan keluarga dan media antarabangsa terpelbagai yang terkemuka merangkumi Taman Disney, Pengalaman dan Produk; Pengedaran Media & Hibruan Disney; serta empat kumpulan kandungan—Studio, Hiburan Umum, Sukan dan Antarabangsa—memberi tumpuan untuk membangunkan dan menghasilkan kandungan untuk DTC, platform teater dan linear.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://thewaltdisneycompany.com/.
Latar Belakang Visindotama
Visindotama ialah penyedia pengehosan rasmi bagi acara Marvel Studios: A Universe of Heroes Exhibition Indonesia. Visindotama merupakan Penganjur Acara yang menyampaikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan tarikan imersif untuk pasaran global. Visindotama pernah bekerjasama dengan lebih 100 pelanggan daripada acara peringkat kebangsaan hingga antarabangsa di seluruh negara. https://visindotama.com
Latar Belakang Beast Kingdom
Di Beast Kingdom, kami percaya terhadap kuasa dalam mencipta pengalaman. Dengan pertumbuhan selama 10 tahun dalam membangunkan pameran IP, membuka kedai runcit dan mengeluarkan barang koleksi, pakaian dan barang baharu berlesen yang mewah, berdasarkan kepada francais daripada Marvel, Disney dan banyak lagi, kami berjaya memperoleh kedudukan yang mantap dalam bidang pembangunan berlesen budaya-pop. Beribu pejabat di Taiwan dan dengan produk-produk diedarkan di lebih 20 negara serta pejabat-pejabat di tanah besar China dan Malaysia, kami komited untuk menjadi yang terbaik: Pencipta dan Platform Pengalaman Hiburan. Untuk maklumat lanjut mengenai Beast Kingdom, sila kunjungi: https://www.beast-kingdomsea.com/
Hubungan Media:
Avila Amorita/Pembantu Projek/+6281222219937/avila@visindotama.com