omniture

ZTE Axon 40 Ultra dilancar secara rasmi di China

ZTE Corporation
2022-05-12 15:44 274

SHENZHEN, China, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Axon 40 Ultra, ciptaan agung yang mendemonstrasikan penaiktarafan termaju dalam teknologi Kamera Di-Bawah-Paparan (Under-Display Camera, UDC) dan mempelopori teknologi fotografi pengkomputeran berbilang kamera. Dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 1 serba baharu, ZTE Axon 40 Ultra "direka bentuk untuk kehebatan", memanifestasikan bentuk unggul telefon pintar dengan kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek iaitu skrin, imej dan prestasi.


Teknologi UDC Generasi-Baharu Menawarkan Imej Hebat dalam Setiap Pandangan 

Sebagai perintis teknologi Kamera Di-Bawah-Paparan, ZTE menerajui secara berterusan evolusi trend skrin penuh. Berdasarkan kepada produk UDC terkemuka di dunia yang terdahulu daripada ZTE, Axon 40 Ultra, sebagai produk komersial generasi ketiga dengan teknologi UDC yang dinaik taraf, telah mencapai kejayaan inovati f yang hebat. Tambahan pula, dengan skrin yang bersepadu sepenuhnya, ZTE Axon 40 Ultra berupaya mempersembahkan bentuk unggul skrin penuh.

Untuk Axon 40 Ultra, ketumpatan 400PPI diaplikasikan ke ruang UDC pada skrin sementara seluruh skrin dilengkapi dengan susunan berlian berwarna biru, bagi mempersembahkan kesan integrasi visual yang malah lebih baik. Sementara itu, teknologi pemacu piksel bebas yang pertama dalam industri turut disesuaikan bagi memastikan setiap unit piksel dipacu oleh litar piksel berasingan, lalu mengupayakan paparan skrin yang lebih jelas. Litar tersebut menerima pakai pendawaian lutsinar teragih, yang menghapuskan pengagregatan litar pada bahagian tepi skrin di ruang UDC, menyediakan imej yang lebih licin. Selain itu, cip paparan skrin UDC Pro dinaik taraf selanjutnya dengan penyepaduan penaiktarafan algoritma MRC, peningkatan piksel pintar dan teknologi pengoptimuman paparan pintar untuk mencipta paparan yang lebih tepat dan segerak. Dengan skrin penuh tanpa cela yang baru dinaik taraf, ZTE Axon 40 Ultra dapat menyediakan pengalaman yang malah lebih imersif dan menawarkan imejan yang mengagumkan pada setiap pandangan.

Sementara itu, kualiti imej kamera depan juga telah banyak dipertingkatkan. ZTE Axon 40 Ultra dilengkapi dengan UDC depan 16-megapiksel yang boleh mencecah sehingga 2.24μm kesan infusi piksel besar, menghasilkan kepekaan cahaya yang lebih tinggi untuk ruang UDC. Selfie Algorithm 3.0 menggunakan teknologi AI pembelajaran mendalam bagi mengurangkan hingar dan berupaya untuk penentukuran imej waktu sebenar di bawah persekitaran cahaya berbeza seperti menyahkabus dengan pintar atau menggunakan ciri anti-silau, bagi meningkatkan dengan ketara kejelasan dan ketelusan imej. Sementara itu, fungsi Solekan Pintar (Smart Makeup) malah dapat meningkatkan lagi kualiti imej tangkapan wajah.

Konfigurasi skrin tahap unggulan mencipta lebih keterujaan. ZTE Axon 40 Ultra dilengkapi dengan skrin besar AMOLED 6.8-inci yang menyokong 1116*2480 resolusi FHD+, dengan kecerahan puncak sehingga 1500nit, 100% liputan gamut warna luas DCI-P3, kedalaman warna 10bit dan 1.07 bilion paparan ekstrem warna, menyampaikan kesan dan kejelasan warna ekstrem. Selain itu, skrin besar yang mengagumkan ini menyokong sepenuhnya 120Hz kadar segar semula tinggi yang pintar dan 360Hz kadar pensampelan sentuh. Selain itu, 1440Hz fungsi pemalapan modulasi lebar-Denyut (PWM) berfrekuensi tinggi dapat mengurangkan kerlipan skrin dengan berkesan dalam pemandangan gelap, yang mana, digabungkan dengan pensijilan Eyesafe cahaya-biru-rendah TUV Rheinland, menyediakan perlindungan ultra untuk keselamatan mata.

Sistem Triniti Tiga-Kamera-Utama Menawarkan Tangkapan Hebat di Setiap Sudut  

Meskipun skrin penuh membolehkan pengguna untuk "melihat kehebatan", kamera utama ZTE Axon 40 Ultra telah dinaik taraf sepenuhnya kepada "triniti" tiga-kamera-utama yang terdiri daripada kamera kemanusiaan 64-megapiksel, kamera utama sudut-ultra-luas 64-megapiksel dan kamera utama telefoto periskop 64-megapiksel yang merupakan sistem kamera-tigaan terbaik dalam industri ini. Didorong oleh fungsi-fungsi fotografi pengkomputeran berbilang dan berkuasa secara eksklusif, sistem tiga-kamera-utama mengupayakan lagi ZTE Axon 40 Ultra untuk menjadi telefon pintar unggulan bagi "menangkap kehebatan".

Kamera utama kemanusiaan 64-megapiksel dan kamera utama sudut-ultra-luas dilengkapi dengan dua sensor Sony IMX787, diperkenalkan kepada industri menerusi ZTE Axon 40 Ultra. Persediaan berkenaan dapat mencapai pemfokusan omniarah dwi-piksel-penuh, mengupayakan pemfokusan menjadi lebih pantas dan lebih tepat. Khususnya, kamera kemanusiaan 64-megapiksel menerima pakai panjang fokus setara 35mm, dengan kanta 7P dan apertur besar iaitu f/1.6, bagi memberi kesan kabur optik tahap perkakasan. Kamera utama sudut-ultra-luas menerima pakai panjang fokus setara 16mm dengan makro AP 4cm, menggabungkan kedua-dua fungsi sudut-luas dan makro bagi mencapai herotan ultra-rendah pada permukaan melengkung. Kamera utama telefoto periskop menerima pakai panjang fokus setara 91mm dengan fungsi zum optik 5.7x bermula daripada sudut-luas kepada telefoto. Dilengkapi dengan penstabilan imej sistem penuh tahap Steadicam, penstabilan imej optik OIS + penstabilan imej EIS mengupayakan prestasi hebat untuk setiap foto.

Fotografi berkomputer dinaik taraf selanjutnya. Tidak seperti telefon pintar lain yang dilengkapi dengan tiga kamera utama dengan piksel yang sama, ZTE Axon 40 Ultra ialah satu-satunya telefon pintar dalam industri ini yang menyokong rakaman definisi-ultra-tinggi 8k dengan kesemua kamera utama. Ia juga merupakan satu-satunya telefon pintar tiga-kamera-utama dalam industri ini yang dilengkapi dengan fungsi syot kilat dengan semua kamera utama, memungkinkannya untuk menangkap gambar objek yang bergerak melalui Algoritma Pengatup Adaptif Tersuainya. Akhir sekali, ZTE Axon 40 Ultra ialah satu-satunya telefon pintar tiga-kamera-utama dalam industri ini yang menyokong pemfokusan praset dengan semua kamera utama, membolehkan pengguna memprasetkan secara manual jarak pemfokusan sebelum mengambil gambar, lalu mengurangkan lagi masa pemfokusan.

Di samping itu, fungsi video pandangan malam super ditingkatkan selanjutnya. Algoritma videografi AI yang unik dapat meningkatkan kecerahan gambar, meningkatkan resolusi apabila merakam video di kawasan gelap, mengurangkan hingar dan benar-benar mengembalikan maklumat warna. Sementara itu, ZTE Axon 40 Ultra dilengkapi dengan berbilang mod ciri fotografi langit malam seperti Bulan Pintar (Smart Moon), Algoritma Fotografi Bintang (Star Photography Algorithm) dan buruj AI, menyediakan pengguna dengan fotografi malam yang unggul. Berserta sistem warna imej humanistik dan penapis humanistik beraneka seperti penapis warna hitam dan putih Bresson, penapis filem dan sebagainya, ZTE Axon 40 Ultra membantu pengguna mengalami banyak tangkapan gambar yang menyeronokkan dengan pelbagai senario fotografi dan videografi.

Prestasi Tegar dan Estetika Luar Biasa Menawarkan Kekaguman Setiap Saat

Direka bentuk demi prestasi yang hebat, ZTE Axon 40 Ultra dilengkapi dengan konfigurasi unggul Snapdragon 8 Gen 1 baharu, UFS3.1 dan LPDDR5 RAM. Selain daripada itu, peranti unggulan ini menampilkan teknologi penyejukan cecair VC untuk prestasi maksimum dengan jumlah ruang pelesapan haba pada struktur pelesapan haba sembilan-lapisan mencecah 36,356 mm2. Dibantu oleh pengewap sejukan-cecair VC dipertingkat dwi-saluran baharu, kekonduksian terma pada reka bentuk konduksi haba pantas jenis air terjun boleh ditingkatkan sebahagian besarnya sebanyak 400%. Keupayaan penyerapan haba oleh kebuk wap perubahan-fasa grafen rongga-mikro-nano gred-Aeroangkasa ditingkatkan sebanyak 140% dan kekonduksian termanya adalah 300 kali ganda lebih baik berbanding sebelum ini, memacu ZTE Axon 40 Ultra untuk pelesapan habanya yang cepat dan prestasi yang lancar.

Demi pengalaman permainan yang malah lebih baik, ZTE Axon 40 Ultra turut dilengkapi dengan Snapdragon Sound, dwi-pembesar suara stereo audio DTS, motor linear paksi-X dan kadar bingkai tinggi 90/120, lalu menyediakan pengguna dengan pengalaman audio serta operasi yang benar-benar dinaik taraf. Selain itu, ZTE Axon 40 Ultra menyokong sepenuhnya penyulitan perkakasan, dengan cip keselamatan bebas digabungkan bagi melindungi keselamatan sistem dengan lebih baik.

Dari segi pandangan, ZTE Axon 40 Ultra menampilkan reka bentuk bersepadu yang bergaya dan estetik, memanifetasikan semangat keanggunan. Ia direka bentuk dengan rekaan permukaan air terjun sangat melengkung 71-darjah, berserta 3.9mm darjah lenturan yang sangat dalam, yang menjadikan peranti ini amat selesa dipegang. Sementara itu, reka bentuk kaca tanpa bingkai kamera belakang yang pertama dalam industri ini diaplikasikan pada bahagian belakang ZTE Axon 40, yang "menyembunyikan" dengan sempurna permukaan platform logam. Peranti unggulan baharu ini menyediakan dua pilihan warna  - Chinese Ink dan Dunhuang Orange.

Bermula pada 13 Mei, ZTE Axon 40 Ultra akan tersedia untuk dijual di Tanah Besar China.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services