omniture

Changhong Tersenarai Antara 50 Perusahaan Pembuatan Pintar Terunggul China

Changhong
2022-05-13 19:16 390
  • Barisan pengeluaran pintar Internet Industri+5G termajunya merupakan faktor penting dalam mendorong kemasukan dalam senarai yang diidam-idamkan

MIANYANG, China, 13 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Changhong, pembuat perkakas rumah elektrik Cina yang terkemuka, baru-baru ini telah terpilih untuk dimasukkan ke dalam senarai 50 Perusahaan Pembuatan Pintar Terunggul China untuk barisan pengeluaran pintar Internet Industri+5G termajunya. Senarai ini dilancarkan secara bersama oleh CIWEEK (bahan penerbitan Chinese Academy of Sciences), eNet Research Institute dan De Ben Management Consulting.

Kilang pintar 5A Changhong
Kilang pintar 5A Changhong

Pada tahun 2020, barisan pengeluaran Internet Industri+5G pertama China telahpun beroperasi di kilang paparan pintar Changhong. Ia merupakan salah satu barisan pengeluaran penyesuaian besar-besaran yang paling canggih untuk televisyen pintar di negara ini, mengupayakan penyepaduan setiap langkah ke dalam satu aliran kerja yang lancar: perancangan, proses, perolehan, bahan dan produk siap, kesemuanya dipermudah melalui pemantauan dan pengurusan seluruh proses pengeluaran melalui sistem kawalan peralatan industri. 

Dalam tahun yang sama, pusat pembuatan pintar modular Changhong di luar China telahpun ditubuhkan. Dilengkapi dengan sistem maklumat yang menghimpunkan platform awan IoT, data raya, kecerdasan buatan dan teknologi sokongan lain, pusat berkenaan berperanan sebagai sistem pembuatan yang cekap, fleksibel dan pintar yang utama dalam industri yang menyokong penyesuaian besar-besaran produk akhir. Ini menandakan kejayaan transformasi Changhong menjadi pengeluar pintar.

Changhong mula meninjau pasaran di luar China pada tahun 1998. Susulan penubuhan kilang televisyen dan penyaman udara di Indonesia pada tahun 2000, Changhong membuka kilang Republik Czech pada tahun 2005, menjadi syarikat perkakas rumah Cina yang pertama melabur secara bebas di Eropah. Pada tahun 2011, Changhong menjalin perkongsian yang strategik dengan RUBA Group, pengedar perkakas rumah yang terbesar di Pakistan untuk menubuhkan Changhong RUBA Company dan melancarkan satu usaha sama bagi membina barisan produk merangkumi televisyen, peti sejuk dan penyaman udara, merealisasikan susun atur rangkaian penuh barisan pengeluaran perkakas rumah di Pakistan. Pada tahun 2020, Changhong menyiapkan pemasangan dan penjayaan barisan automatik baharu selain ujian pengeluaran percubaan, di tapak pembuatan luar negara utamanya, seterusnya meningkatkan dengan ketara kapasiti dan kecekapan kilang.

Sepanjang beberapa dekad yang lalu, Changhong telah mencapai pertumbuhan penuh produk, pembuatan, teknologi dan jenamanya melalui kombinasi antara usaha dalaman serta luaran. Setakat ini, ia telah menubuhkan 13 subsidiari, tiga pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan lima tapak pengeluaran luar negara.

Memandang ke hadapan, dengan matlamat untuk menyertai Global Lighthouse Network Forum Ekonomi Dunia, Changhong berhasrat untuk memperluas kehadirannya ke dalam rantaian nilai huluan dan hiliran, seperti pemampat peti sejuk dan storan data raya sekali gus mengekalkan dominasinya dalam produk teras seperti televisyen, peti sejuk dan penyaman udara. Dengan menerobos sempadan teknologi yang utama dan teras, mengukuhkan pembuatan pintar dan menghubungkannya kepada perdagangan pintar dan R&D pintar, kemudian memanfaatkan teknologi baharu ini untuk mentransformasikan operasi perniagaan, pembangunan produk, pengeluaran, pengurusan kualiti dan khidmat pengguna, Changhong menakrifkan semula masa depan pembuatan pintar. Ia akan sesuatu yang dicirikan oleh peningkatan dalam kecekapan, penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan pengoptimuman perniagaan.

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Retail