TIRANA, Albania, 13 Mei 2022 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI" atau "Syarikat") (Shenzhen: 002506), sebuah syarikat fotovolta terkemuka, mengumumkan fasa pertama bagi projek solar terapung terbesar Albania, yang melaluinya GCLSI dapat menyediakan modul berpaten, disambungkan dengan jayanya ke grid.
Menjalin kerjasama dengan Ocean Sun, pemilik dan pembangun teknologi solar terapung proprietari Norway, GCLSI selaku pembekal, menyediakan modul solar untuk projek 2 MWp di takungan Banja, projek terbesar seumpamanya di wilayah ini yang kini sedang menjalani kerja-kerja pembinaan.
"Kami berbangga kerana modul berpaten kami telah dipilih untuk memainkan peranan penting dalam projek solar terapung utama di Albania ini," kata Thomas Kun Zhang, President Eksekutif GCLSI. "Kerjasama ini mengenal pasti produk yang dicop oleh GCLSI memiliki daya saing yang kukuh dalam pasaran terapung global," tambah Zhang.
"Kolaborasi jangka panjang bersama GCLSI adalah sangat baik hasil daripada modul berprestasi tinggi dan pasukan GCLSI yang profesional dan memberi sokongan," kata Børge Bjørneklett, Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Sun.
Projek berkenaan, dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak EUR 2 juta, diselia oleh pengeluar tenaga boleh diperbaharui yang terbesar di Eropah, Statkraft, bersama-sama Ocean Sun. GCLSI mengambil bahagian dalam projek tersebut dengan menyediakan modul solar, yang telah lulus ujian yang ketat dalam proses pembangunan dan sesuai untuk pelbagai keadaan, termasuk ditenggelamkan dalam air laut dalam tempoh yang panjang tanpa menjejaskan prestasi.
Fasa pelaksanaan pertama projek tersebut merangkumi kira-kira 1600 panel solar yang meliputi hampir 4,000 meter persegi dengan kapasiti terpasang mencecah 0.5 MWp. Unit tersebut digunakan dan disambung dengan jayanya ke grid baru-baru ini.
Fasa kedua menambah kapasiti tergabung sebanyak 1.5 MWp dan kerja-kerja pembinaan dijangka siap menjelang tahun ini. Setelah siap, kilang tersebut akan menjana tenaga boleh diperbaharui dan menyuntik kuasa kepada grid negara Albania.
Latar Belakang GCLSI
GCL System Integration Technology Co. Ltd (002506.SZ) (GCLSI) merupakan sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, Syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan terhadap tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Kunjungi: https://www.gclsi.com/.
Latar Belakang Ocean Sun
Dengan menggabungkan kepakaran maritim Norway dengan fotovolta, Ocean Sun menawarkan penyelesaian yang berani untuk keperluan tenaga global kami. Teknologi yang dipatenkan memasang modul solar pada membran bagi memberi faedah-faedah kos dan prestasi.
Kunjungi: www.oceansun.no