omniture

Global Times mengkaji: Sembilan daripada 10 rakyat Cina melihat hubungan China-ASEAN yang mesra

Global Times
2022-05-16 08:23 201

BEIJING, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Walaupun topik berkaitan China dijangka mendominasi sidang kemuncak AS-ASEAN, satu tinjauan yang terkini menunjukkan bahawa hampir 80 peratus daripada responden Cina berkata kira-kira 90 peratus menganggap hubungan China-ASEAN sebagai mesra dan lebih 75 peratus mempunyai sikap yang positif terhadap masa depan mereka.

Tinjauan berkenaan dijalankan secara bersama oleh Global Times Research Center dan Centre for Chinese Foreign Strategy Studies, Renmin University of China antara 15 Mac dan 15 April di 31 wilayah, kawasan dan perbandaran Cina dalam kalangan individu berumur 18 hingga 69 tahun. Ia mengumpul 2,012 soal selidik yang sah daripada orang awam dan 1,150 daripada pelajar kolej.

Kira-kira 61.8 peratus responden berkata mereka mempunyai mempunyai tanggapan yang baik terhadap ASEAN dan mereka yang telah mengunjungi anggota-anggota ASEAN berkongsi skor yang tinggi dari segi tanggapan mengenai rantau berkenaan.

Lebih 90 peratus responden berkata mereka berminat dengan ASEAN dan hampir dua pertiga daripadanya berkongsi minat yang sangat tinggi. Perniagaan dan perdagangan, teknologi, alam semula jadi, sejarah dan sukan rantau ini menarik minat kira-kira 40 peratus daripada responden, menurut tinjauan berkenaan.

Kira-kira 90.4 peratus daripada responden berkata hubungan China-ASEAN adalah "mesra" dan lebih dua pertiga melihat hubungan tersebut sebagai "sangat mesra" dan "agak mesra."

Sebagai respons kepada soalan tentang "sama ada China dan ASEAN dapat menjawab dengan betul persoalan Laut China Selatan," 26.9 peratus responden berkata kedua-dua pihak tersebut sentiasa dapat mengendalikannya dengan baik manakala 67.3 peratus percaya bahawa walaupun terdapat perbezaan, umumnya ia dapat dikendalikan dengan betul, menurut tinjauan berkenaan.

Tinjauan tersebut turut menunjukkan bahawa majoriti responden mementingkan kerjasama ekonomi antara China dan ASEAN, diikuti oleh sektor kesihatan awam.

Dalam sektor pendidikan, 88.4 peratus pelajar kolej yang disoal selidik menunjukkan sikap yang positif terhadap aktiviti-aktiviti pertukaran dengan universiti-universiti di rantau berkenaan. Aktiviti-aktiviti berkaitan budaya dan seni dianggap aktiviti-aktiviti yang paling popular, seperti yang dinyatakan oleh 61.6 peratus responden, diikuti dengan aktiviti-aktiviti pengajian bahasa.

Biarpun masyarakat Cina berkongsi minat yang tinggi terhadap anggota-anggota ASEAN, Singapura menjadi negara yang paling menarik perhatian mereka. Purata skor minat terhadap Singapura melebihi 4, dengan skor tertinggi 5, diikuti oleh Malaysia dan Thailand, yang mana kedua-duanya mendapat skor 3.8.

 

Source: Global Times
Keywords: Banking/Financial Service Education Publishing/Information Service