omniture

Sistem storan bateri EnerOne CATL menang ees AWARD 2022

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-05-16 08:33 200

MUNICH, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 Mei waktu tempatan, EnerOne, BESS LFP sejukan cecair luar modular perintis daripada CATL memenangi ees AWARD The smarter E Europe yang masih berlangsung, platform yang terbesar untuk industri tenaga di Eropah, melambangkan keupayaan dan pencapaian inovatif CATL dalam industri tenaga baharu.

 

 

Dengan sokongan teknologi sel hayat panjang dan teknologi sel ke pek (CTP) sejukan cecair, CATL memperkenalkan EnerOne berasaskan LFP pada tahun 2020, yang membawakan hayat perkhidmatan yang panjang, penyepaduan tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi. Sel dengan kapasiti 280 Ah mempunyai kadar nyahcas 1C dan hayat kitaran sehingga 10,000 kitaran. Sistem sejukan cecair penukaran frekuensi bersepadu membantu mengehadkan perbezaan suhu antara sel-sel dalam 3 ℃, yang turut menyumbang kepada hayat perkhidmatannya yang panjang.

Ia mempunyai kapasiti nominal 372.7 kWj dengan ruang lantai hanya berukuran 1.69 meter persegi. Sistem ini sesuai untuk penyongsang dengan voltan operasi bermula daripada 600 hingga 1500 volt. EnerOne boleh dihantar dengan cekap sebagai produk lengkap, yang mengurangkan dengan ketara kos pemasangan dan masa pentauliahan di tapak.

EnerOne boleh digunakan secara fleksibel dalam aplikasi luar, hasil daripada tahap perlindungan IP 66 dalam komponen utama dan kebolehsuaian terhadap julat suhu ambien iaitu -30 hingga +55 ℃. Ia telah lulus pelbagai ujian kritikal pada tahap sel, modul dan rak. EnerOne telah memperoleh laporan ujian UL9540A dan dalam ujian ini, tiada kebakaran dan tiada perambakan haba tambahan tanpa bantuan daripada sistem pemadaman api.

Pihak panel membuat kenyataan berikut tentang EnerOne: "Sistem bersepadu sepenuhnya yang direka bentuk dengan baik dan direkayasa dengan baik ini telah membuka jalan baharu untuk pemasangan di wilayah-wilayah yang mengalami keadaan iklim yang buruk dan memulakan potensi untuk mengurangkan kos melalui penyepaduan merentas rantaian nilai."

Setakat penghujung tahun 2021, penyelesaian storan tenaga sejukan cecair CATL termasuk EnerOne telah digunakan dalam lebih daripada 25 negara dengan rekod prestasi terbukti mencecah lebih 11 GWj.

Sebagai acara penting The smarter E Europe, ees AWARD memberi pengiktirafan kepada produk dan projek inovatif syarikat-syarikat berorientasikan masa depan yang memainkan peranan penting dalam kejayaan industri storan tenaga. Sementara itu, The smarter E Europe akan mengadakan pameran ees Europe yang berlangsung mulai 11–13 Mei 2022 di Messe München di Munich. CATL akan mempamerkan penyelesaian storan tenaga semua-senario dan teknologi canggih di pameran tersebut di reruai B1.440.

CATL memperkenalkan produk yang digunakan secara meluas dalam bidang penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan kuasa serta penggunaan kuasa, meliputi storan tenaga penjanaan kuasa solar dan angin, storan tenaga perusahaan industri, bangunan komersial dan storan tenaga pusat data, stesen pengecasan storan tenaga, bekalan kuasa sandaran untuk stesen utama, storan tenaga isi rumah dan sebagainya. Ia menjalin perkongsian dengan perusahaan-perusahaan tenaga Cina yang terkemuka termasuk China National Energy, SPIC, China Huadian Corporation, China Three Gorges Group, China Energy Engineering Corporation selain pengusaha-pengusaha antarabangsa yang utama dalam industri ini seperti Nextera, Fluence, Wartsila, Tesla dan Powin.

Pada tahun 2021, CATL menduduki tempat pertama di seluruh dunia dalam bahagian pasaran pengeluaran bateri storan tenaga global, meliputi pasaran-pasaran utama termasuk China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan sebagainya. Hasil jualan sistem storan tenaga meningkat sebanyak 601% berbanding tahun sebelumnya.

 

 

 
Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards