omniture

Penyelesaian Komunikasi Kereta-Api-ke-Darat Wi-Fi 6 Huawei Perkasa Rel Bandar Pintar Pemanduan Berautonomi

Huawei
2022-05-16 08:33 198

BANGKOK, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2022 telahpun diadakan dengan jayanya semasa Rel Asia Pasifik 2022 di Bangkok, Thailand. Acara yang berprestij untuk menghimpunkan pemimpin pemikiran, futuris dan pihak berkepentingan utama daripada industri rel global untuk berkongsi pandangan mengenai trend industri dan amalan terbaik berkisarkan transformasi digital.

Industri rel beraspirasi untuk membina rel bandar yang lebih selamat, lebih pintar, lebih mudah, lebih cekap dan lebih mesra alam yang meletakkan keperluan yang lebih tinggi ke atas rangkaian. Walau bagaimanapun, jaringan rel bandar hari ini mengalami lebar jalur Wi-Fi yang rendah untuk angkut balik perkhidmatan kereta-api-ke-darat, kehilangan data masa sebenar yang kerap dan kecekapan pemasangan serta penggunaan yang rendah. Ini memungkinkannya untuk mencapai angkut balik masa sebenar bagi semua perkhidmatan biasa yang amat memerlukan lebar jalur tipikal seperti sistem maklumat penumpang (PIS).

Xiang Xi, Naib Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global, Huawei's Enterprise Business Group, memberi sedikit pencerahan mengenai penyelesaian Wi-Fi 6 inovatif daripada Huawei untuk komunikasi kereta-api-ke-darat dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk "Memacu Pendigitalan dalam Rel Masa Depan untuk Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama."

"Penyelesaian Komunikasi Kereta-Api-ke-Darat Wi-Fi 6 Huawei memanfaatkan banyak inovasi berteknologi untuk mencapai sehingga 1.4 Gbit/s lebar jalur untuk penghantaran perkhidmatan masa sebenar apabila kereta api bergerak pada kelajuan 160 km/j," kata Xiang Xi. "Ia juga memastikan gangguan perkhidmatan sifar dengan menghapuskan kependaman penyerahan rangkaian untuk komunikasi kereta-api-ke-darat kepada kurang daripada 30 ms. Selain itu, cesi bersepadu semua dalam satu ini mudah digunakan, memendekkan tempoh pemasangan sebanyak 67%. Akhirnya, ini menghasilkan operasi rel bandar yang stabil."

Xiang Xi, Naib Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei, menyampaikan ucapan dasar
Xiang Xi, Naib Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei, menyampaikan ucapan dasar

Penyelesaian Komunikasi Kereta-Api-ke-Darat Wi-Fi 6 Huawei terbukti sangat bernilai dalam Line 20 Shenzhen Metro. Dilengkapi dengan penyelesaian Huawei, Line 20 Shenzhen Metro membina sambungan Wi-Fi 6 komersial yang utama dalam industri untuk komunikasi kereta-api-ke-darat dan mendapat faedah daripada angkut balik yang sentiasa hidup, lebar jalur besar dan kependaman rendah semua perkhidmatan yang diperlukan untuk rel bandar pemanduan berautonomi. Seterusnya, ini dapat membawakan pengalaman perjalanan selamat yang serba baharu kepada penumpang melalui rel bandar pintar.

Huawei mempamerkan rangkaian penuh penyelesaian pengangkutan rel inovatif dan produk unggulan di Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2022. Khususnya, penyelesaian rangkaian kampus pintar rendah karbon yang inovatif daripada Huawei untuk stesen kampus menjadi tumpuan. Penyelesaia perintis ini menonjol dengan seni bina rangkaian dipermudah yang serba baharu, unit jarak jauh pasang-dan-pakai (RUS) serta reka bentuk mesra alam dan menjimatkan tenaga. Keupayaan hebat sedemikian membolehkan rangkaian kekal berada di hadapan dalam pembangunan perkhidmatan stesen yang berterusan.

Faedah-faedah menarik daripada penyelesaian ini termasuk:

  • Seni bina dipermudah dengan "satu peranti, satu rangkaian": Seni bina rangkaian dipermudah yang inovatif mengandungi suis pusat dan RU, dengan RU berperanan sebagai port lanjutan daripada suis pusat dan digunakan pada komputer meja. Ini memastikan semua terminal dapat mengakses rangkaian melalui RU berhampuran, seterusnya meminimumkan pemasangan kabel daripada bilik voltan tambahan rendah (ELV) ke terminal.
  • Perkhidmatan sentiasa hidup dan evolusi rangkaian yang lancar: Dengan memanfaatkan teknologi PoE optik-elektrik yang utama dalam industri, suis pusat boleh membekalkan PoE++ (60 W) kepada RU pada jarak ultra panjang sejauh 300 m. Ini dapat menghapuskan keperluan terhadap kotak dan kabinet ELV serta menangani kesukaran dengan berkesan dalam memperoleh bekalan kuasa tempatan. Selain itu, kabel hibrid menawarkan lebar jalur ultra tinggi dan membolehkan pemasangan kabel sekali sahaja untuk menyokong evolusi rangkaian dalam tempoh 15 tahun akan datang.
  • Hasil mesra alam, karbon rendah, cekap tenaga: Dalam seni bina yang dipermudah, RU tidak memerlukan perancangan, konfigurasi atau pengurusan, mengurangkan bilangan nod terurus sebanyak lebih daripada 80%. Di samping itu, RU menerima pakai reka bentuk cekap tenaga dan tanpa kipas bagi mencapai kesenyapan hebat dan penjimatan tenaga, dengan penggunaan kuasa tipikal kurang daripada 7 W untuk RU dan kurang daripada 1 W setiap port secara purata.

Dengan kepakaran teknikal dan pengalaman yang tiada tandingan dalam transformasi digital, Huawei akan terus meneroka dengan lebih mendalam terhadap lebih banyak keadaan penggunaan rel bandar dan bekerjasama dengan erat bersama lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi untuk menerokai secara bersama penyelesaian yang inovatif. Dengan cara ini, Huawei akan membantu mempercepatkan transformasi digital dalam rel bandar pintar.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment