omniture

Intersolar Europe 2022: Trina Solar bawakan pelancaran global produk dan penyelesaian PV solar pintar

Trina Solar Limited
2022-05-16 08:54 198
  • Komitmen padu terhadap rantau ini, bertujuan menyediakan Kuasa Kalis Masa Depan untuk Eropah 

MUNICH, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, mempamerkan pelbagai jenis produk yang inovatif dan penyelesaian tenaga pintar di Intersolar Europe tahun ini di reruainya A1.370, diadakan di Munich mulai 11-13 Mei. Pelancaran global melibatkan generasi baharu modul bumbung Vertex S dan Vertex; penyelesaian TrinaTracker pintar untuk memaksimumkan hasil; dan sistem storan tenaga berprestasi tinggi oleh Trina Storage. Trina Solar turut meraikan ulang tahun ke-25nya. Dalam tempoh 25 tahun berada dalam pasaran, Trina Solar bukan sahaja menghantar 100GW+ modul berprestasi tinggi, tetapi turut berkembang daripada pengeluar modul tulen kepada peneraju industri tenaga pintar global dengan bidang perniagaan tersendiri sepanjang rantaian nilai PV solar.


Portfolio bumbung baharu: Membawa Eropah di bawah Bumbung yang Sama 

Sebagai peneraju yang benar-benar komited dalam pasaran Eropah, Trina Solar telah mewujudkan portolio modul bumbung khusus, disesuaikan mengikut keperluan pelanggan serantau. Rangkaian produk semasa dinaik taraf untuk lebih prestasi dan dalam masa yang sama mengekalkan tahap keserasian yang tinggi bukan sahaja dengan komponen BOS, tetapi juga dengan peraturan bangunan tempatan.


Trina Solar melancarkan secara rasmi generasi kedua modul bumbung sejagat Vertex S, dengan sehingga 430W dan modul Vertex 580W untuk projek C&I yang besar. Ahli-ahli baharu daripada rangkaian 210mm (G12) membawakan sel yang inovatif berasaskan kepada generasi baharu wafer silikon segi empat tepat 210mm (G12R), menghasilkan kecekapan dan kuasa yang lebih tinggi berbanding produk yang serupa dalam pasaran. Kuasa modul tunggal meningkat sehingga 30W.

Selain melengkapkan rangkaian bumbung ialah modul Vertex S+ yang baharu. Penyelesaian premium menampilkan reka bentuk dwi-kaca, sel Vertex jenis-n 210mm dan direka bentuk demi keserasian maksimum serta pemasangan yang mudah. Vertex S+ didatangkan dengan waranti produk 25-tahun yang dilanjutkan dan waranti prestasi 30-tahun.

Kapasiti pemasangan meningkat sehingga 7%, lebih tenaga hijau

Kecekapan dua modul yang dinaik taraf adalah 0.2-0.3% lebih tinggi, mencecah sehingga 21.5% dan dalam masa yang sama menawarkan nilai sistem yang hebat. Generasi Vertex S baharu ini dapat meningkatkan kapasiti pemasangan untuk bumbung kediaman sebanyak 5–7%. Penjanaan kuasa yang lebih tinggi memenuhi keperluan yang lebih tinggi untuk kegunaan isi rumah harian dan permintaan tenaga daripada kenderaan elektrik.

Ekoran kuasa rentetan yang lebih tinggi, kos kabel PV dan sistem pemasangan adalah lebih rendah dan masa pemasangan disingkatkan. Sementara itu, kos pengangkutan dan storan adalah lebih kompetitif, merealisasikan penjimatan imbangan sistem (BOS) yang signifikan untuk pemaju. Bagi modul bumbung komersial, sehingga 2% kos pelaburan awal dapat dijimatkan. Berbanding modul rujukan 410W, setiap kontena penghantaran dapat membawa produk 18.7kW Vertex S 430W tambahan untuk muatan sehingga 402kW, lalu mengurangkan dengan ketara emisi CO2.

Ia boleh digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk memenuhi sasaran pengurangan emisi karbon tempatan. Selain itu, produk baharu ini juga serasi secara sempurna dengan pelbagai jenis penyongsang dan sistem pemasangan arus perdana.

Generasi produk baharu ini sesuai untuk semua jenis bumbung. Menerusi penaiktarafan terbaharu ini, Trina Solar menegaskan kepimpinannya dalam senario aplikasi bumbung kediaman, komersial dan industri di serata dunia, tetapi juga khususnya dalam pasaran Eropah.

Dwimuka: Juara baharu bagi sistem skala-utiliti

Pengunjung akan menemui rangkaian lengkap modul dwimuka dwi-kaca Vertex daripada 550W hingga 670W dipamerkan, standard baharu untuk keandalan dan kecekapan dalam projek solar berskala utiliti untuk LCOE terendah dan hasil maksimum, membawakan waranti prestasi 30-tahun yang dilanjutkan.

Gonzalo de la Viña, Ketua Rantau Eropah di Trina Solar, mengulas, "Trina Solar telah memainkan peranan utama di rantau ini selama lebih daripada 15 tahun, dengan 22GW+ dihantar ke pasaran kami setakat ini. Kami telah menubuhkan pasukan mengagumkan yang terdiri daripada lebih 250 pekerja dalam kesemua pasaran Eropah yang utama. Sebahagian daripada produk dan penyelesaian kami telah direka bentuk di Eropah, untuk Eropah. Pasukan Eropah kami berpegang teguh dengan misi kami untuk menggalakkan kuasa kalis masa depan untuk Eropah."

 

 

Source: Trina Solar Limited
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities