omniture

ACE Green Recycling Perkenal Empat Kemudahan Kitar Semula Bateri Ion-Litium Baharu Di Seluruh Dunia

ACE Green Recycling
2022-05-16 09:01 282

Penggunaan global teknologi kitar semula tanpa emisi proprietari menambah lebih 30,000 tan kapasiti kitar semula tahunan sebagai langkah ke arah pengelektrikan global

BELLEVUE, Washington, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi kitar semula berpangkalan di AS, ACE Green Recycling (ACE) mengumumkan rancangannya untuk membina dan mengendalikan empat kemudahan kitar semula bateri ion-litium baharu dengan jumlah kapasiti tahunan terancang mencecah lebih 30,000 tan. Empat lokasi ini akan memanfaatkan pasaran kitar semula yang sebelum ini terabai dan menyediakan pasaran serantau dengan penyelesaian kitar semula neutral-karbon, tanpa emisi bagi menyokong penerimaan global terhadap bateri ion-litium. Bateri ion-litium kini digunakan dalam kebanyakan peranti elektronik mudah alih dan kenderaan elektrik di dunia selain berpotensi bertindak sebagai penyelesaian storan tenaga grid.

ACE Green Recycling Perkenal Empat Kemudahan Kitar Semula Bateri Ion-Litium Baharu Di Seluruh Dunia
ACE Green Recycling Perkenal Empat Kemudahan Kitar Semula Bateri Ion-Litium Baharu Di Seluruh Dunia

Ketika ini, ACE merancang untuk kemudahan di Thailand, India dan AS, dengan kapasiti terancang mencapai 10,000 tan antara India dan Thailand serta 20,000 tan di AS. Operasi di India dijangka bermula menjelang suku ketiga tahun 2022 dengan kapasiti pemprosesan awal mencecah 1800 tan setiap tahun, sementara Thailand dan AS akan memulakan operasi pada tahun 2023 dengan kapasiti operasi penuh dirancang untuk dicapai di kesemua kemudahan menjelang tahun 2025.

Baru-baru ini, ACE mengumumkan taman kitar semula bateri asid-plumbum dan ion-litium tergabung unggulannya di Texas, AS. Menerusi pengumuman rancangan untuk menubuhkan kemudahan secara serentak di Asia, ACE berusaha ke arah menjadi pengusaha global untuk kitar semula bateri ion-Li. Syarikat ini akan menggunakan proses kitar semula hidrometalurgi proprietarinya yang menggabungkan proses tanpa emisi, suhu rendah sepenuhnya dengan kadar pemulihan yang utama dalam pasaran iaitu melebihi 98%. ACE juga dapat memulih guna bahan berharga dengan jayanya seperti tembaga dan aluminium, di samping berupaya untuk mengendalikan pelbagai jenis kimia bateri ion-litium yang paling banyak digunakan di dunia. Sejajar dengan etos alam sekitarnya, proses berkenaan turut menghasilkan sisa pepejal toksik sifar atau efluen

Selain daripada tembaga dan aluminium, bahan-bahan terpulih juga termasuk pelbagai sulfat dan karbonat merangkumi kobalt, mangan dan nikel, kesemuanya membuatkan kemudahan ACE "bersedia untuk pengguna" untuk digunakan dalam bateri ion-litium generasi seterusnya.

"Dengan penubuhan empat kemudahan baharu ini, kami akan memanfaatkan secara strategik pengalaman rantaian bekalan kami bukan sahaja untuk menampung pasaran Amerika Utara, tetapi juga di Asia di mana kami mempunyai pengalaman di darat yang cukup mantap dan hubungan sedia ada," kata Nishchay Chadha, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif ACE. ACE telahpun berbincang dengan rakan-rakan kongsi berpotensi untuk pelbagai bekalan sisa bateri dan pengaturan dagangan produk bagi menjamin aliran masuk bateri kitar semula yang stabil dan pelanggan yang bersedia untuk bahan bateri gred-pasarannya.

Apabila beroperasi sepenuhnya, ACE menjangkakan untuk menyediakan sehingga 100 pekerjaan langsung dan tidak langsung untuk ekonomi tempatan.

Biarpun pasaran global untuk kitar semula bateri ion-litium kekal agak rendah ketika ini, OEM penting, pengeluar EV dan pelabur strategik masih yakin akan keperluan terhadap penyelesaian kitar semula yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar lantaran tiga sebab utama.

Pertumbuhan pesat dalam penerimaan bateri ion-litium – bermula daripada peranti elektronik mudah alih yang telahpun berada di mana-mana kepada populariti kenderaan elektrik yang semakin meluas dan meningkat – menandakan peningkatan permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Di samping itu, mandat kerajaan terhadap "tanggungjawab pengeluar" memerlukan pengeluar bateri untuk mengenal pasti dengan pantas penyelesaian kitar semula yang mampan yang dapat meminimumkan jejak alam sekitar keseluruhan dalam pembuatan bateri. Dengan fragiliti rantaian bekalan global berterusan menyebabkan kejutan harga yang melampau, para pengusaha merentas rantaian nilai berusaha untuk mempelbagaikan sumber bahan bateri mereka dari kawasan-kawasan yang mengalami ketidakstabilan politik yang memuncak.

"Dengan menyediakan penyelesaian kitar semula bateri ion-litium emisi sifar, ACE dapat menyelesaikan semua kebimbangan ini dan menyediakan penyetempatan rantaian bekalan yang diperlukan dan keandalan bahan bateri yang berharga. Peningkatan skala global terhadap teknologi kami akan memberi sokongan penting untuk pengelektrikan mobiliti dan pembuatan yang mampan," kata Dr Vipin Tyagi, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi ACE.

ACE akan menggunakan modalnya dan berkolaborasi dengan beberapa pelabur strategik dan kewangan untuk menubuhkan kemudahan yang dibayangkan.

ACE sudahpun menjadi perintis yang utama dalam kitar semula hidrometalurgi bateri asid-plumbum, telahpun menggunakan teknologinya pada skala komersial dengan pengitar semula dan pengusaha industri yang terkemuka dengan banyak kemudahan baharu akan mula beroperasi di seluruh Asia, Eropah dan Timur Tengah menjelang awal tahun 2023.

Latar Belakang ACE Green Recycling Inc 

ACE Green Recycling ialah sebuah syarikat teknologi kitar semula hijau Amerika dengan operasi global merentas Asia Tenggara dan India. Syarikat ini telah berjaya mengkomersialkan proses kitar semula proprietarinya untuk bateri asid plumbum terpakai yang tidak membebaskan emisi gas rumah hijau dan kini meningkatkan skala teknologi emisi sifarnya untuk mengitar semula bateri ion-litium. Dalam masa yang sama juga ACE mengusahakan penyelesaian teknologi bersih untuk aliran sisa berlogam yang lain. Pasukan di sebalik ACE ini mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam kitar semula, teknologi dan rantaian bekalan sekerap, seterusnya membuatkan mereka bersedia untuk menjadi peneraju kitar semula global.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Regina Soejanto
Superminted Pte Ltd
regina.soejanto@superminted.com
Tel: +(65) 9430 7744

ACE Green Recycling
communications@ace-green.com

Source: ACE Green Recycling
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Conservation/Recycling Corporate Expansion