omniture

Huawei Anjur Sidang Kemuncak Rel Global 2022 di Bangkok

Huawei
2022-05-16 09:20 283

BANGKOK, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2022 menghimpunkan pemimpin industri, pihak berkepentingan utama, pelanggan utama dan organisasi berwibawa untuk membincangkan masa depan industri rel di rantau Asia Pasifik. Sidang Kemuncak berkenaan bermatlamat untuk merancakkan transformasi digital dalam perusahaan rel di rantau ini dan di seluruh dunia. Huawei menggunakan ICT yang terkini untuk membantu bandar-bandar di Asia Tenggara menaik taraf infrastruktur mereka, mencipta momentum baharu untuk pembangunan bandar dan APAC digital.

Sebuah acara satelit untuk Rel Asia Pasifik 2022 yang telah lama diadakan, Sidang Kemuncak tersebut bertemakan Memacu Pendigitalan dalam Rel Masa Depan bagi Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama. Rel Asia Pasifik merupakan sebuah acara yang telah lama diadakan di rantau ini yang menghimpunkan lebih 25,000 pemimpin industri sepanjang 23 tahun yang lalu. Huawei turut mengehoskan reruai di acara berkenaan, bagi mempamerkan beberapa portfolio dengan penyelesaian industri rel yang termaju daripada syarikat ini.

"Sebagai penyedia penyelesaian ICT global yang terkemuka, Huawei mencadangkan penyelesaian kereta api pintar dan rel bandar dengan seni bina khidmat penuh berdasarkan kepada sambungan terpelbagai dan platform digital seragam, bagi mengupayakan pendigitalan rel dan perisikan perniagaan," kata Aaron Wang, Naib Presiden Kanan Huawei untuk Asia Pacific Enterprise Business Group.


"Kami menyaksikan peningkatan yang pesat dalam pendigitalan pengangkutan rel. Kedua-dua kereta api dan rel bandar semakin beralih daripada sistem khusus-stesen kepada penggunaan infrastruktur awan rel untuk saling menghubungkan perkhidmatan. Terdapat juga dorongan ke arah sistem yang lebih pintar dan lebih bersepadu, Kami menjangkakan aspek-aspek ini diperkenalkan dalam skala yang besar dalam masa terdekat dan atas sebab inilah Huawei telahpun mereka bentuk dan melancarkan penyelesaian yang pintar dan komprehensif untuk industri ini," kata Xiang Xi, Naib Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei.

Sidang Kemuncak Rel Global Huawei 2022 mengikuti agenda yang padat berhubung inovasi, pendigitalan dan pengangkutan rel kalis masa depan.

Li Zhonghao, Pengarah China Association of Metros, berkongsi pengalaman China dalam transformasi digital sistem metro. State Railway of Thailand dan CRSC International melihat kepada strategi-strategi untuk membentuk semula ketersambungan, menggunakan ICT yang inovatif dan membina infrastruktur komunikasi yang mantap untuk kereta api.

Sidang Kemuncak Rel Global Huawei turut menyaksikan pelancaran Kertas Putih Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (FRMCS). Baru sahaja dicetak, kertas putih tersebut membincangkan mengenai trend terkini dan amalan inovatif dalam sistem komunikasi mudah alih untuk kereta api dan sistem metro. Menyasarkan pembuat keputusan dan pemimpin industri, ia merumuskan beberapa teknologi yang paling menonjol dalam bidang tersebut pada hari ini selain berkongsi amalan terbaik dalam menggunakan penyelesaian komunikasi yang paling canggih.

Di samping itu, Huawei turut berkongsi beberapa amalan terbaik dan mempamerkan penyelesaiannya di sebuah reruai di Rel Asia Pasifik 2022. Salah satu sorotan utamanya ialah Penyelesaian Rangkaian Komunikasi Kenderaan-ke-Darat Wi-Fi 6 Rel Bandar. Penyelesaian tersebut mengupayakan penghantaran data hampir pada masa sebenar untuk pengangkutan rel. Rangkaian komunikasi kenderaan-ke-darat ini merupakan satu cara serba baharu untuk kereta api berkongsi data, menjamin keselamatan dan menggalakkan kecekapan. Kereta api dapat berkomunikasi dengan stesen dan pusat arahan apabila bergerak pada kelajuan tinggi, hampir menghapuskan kelewatan penghantaran maklumat.

Sidang Kemuncak berkenaan mendemonstrasikan konsensus industri mengenai keperluan untuk beralih kepada digital dan untuk berbuat demikian dengan cepat. Huawei mengharapkan kerjasama yang berterusan bersama pelanggan industri dan rakan kongsi ekosistem. Huawei menyediakan infrastruktur digital yang inovatif untuk membantu industri-industri pengangkutan rel di rantau Asia Pasifik dan di serata dunia beralih kepada digital. Penyelesaian rel rendah karbon, pintar darupada syarikat ini menawarkan ciri keselamatan, kecekapan dan pengalaman yang lebih baik, meningkatkan pembangunan bandar dan mencipta nilai baharu untuk industri ini bagi mewujudkan bandar digital secara bersama.

Untuk muat turun kertas putih FRMCS Huawei : https://e.huawei.com/en/material/wireless/ab9bbc5ad15144bca82e16c6059d823d

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news