omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan untuk Suku Pertama Tahun Fiskal 2022

Coway Co., Ltd.
2022-05-16 14:31 151

SEOUL, Korea Selatan, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku pertama tahun 2022.

"Pertumbuhan stabil Coway meskipun dengan keadaan pasaran yang sukar mencerminkan kejayaan pengembangan NOBLE, barisan perkakas reka bantuk premium kami," kata Soon Tae Kim, ketua pegawai kewangan Coway. "Kami akan mengekalkan pertumbuhan yang stabil ini dengan inovasi yang dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang sihat dan selesa."

Keputusan Kewangan Coway
Keputusan Kewangan Coway

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

  • Hasil suku pertama: KRW 928.0 bilion (+5.6% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku pertama: KRW 172.7 bilion (+1.1% YoY)
  • Keuntungan bersih suku pertama: KRW 135.0 bilion (+7.3% YoY)

* Angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Hasil jualan perkakas rumah persekitaran domestik dilaporkan mencecah KRW 559.5 bilion diterajui oleh peningkatan akaun di Korea, yang kini berjumlah 6.56 juta.

Jumlah hasil subsidiari luar negara untuk suku pertama dilaporkan mencecah KRW 332.4 bilion, meningkat 13.0% berbanding tahun sebelumnya (YoY). Subsidiari-subsidiari pemacu pertumbuhan penting, Malaysia dan AS meningkatkan hasil mereka masing-masing sebanyak KRW 262.8 bilion (+9.3% YoY) dan KRW 45.8 bilion (+6.6% YoY). Bilangan akaun luar negara turut meningkat sebanyak 29.3% berbanding tahun sebelumnya dan kini mencecah 2.72 juta.

Merentas pasaran global dan domestik, Coway memperoleh 810,000 akaun baharu dalam suku pertama dan jumlah keseluruhan kini mencecah 9.28 juta.

Untuk butiran tambahan tentang prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Earnings