omniture

Artprice oleh Artmarket.com: Meta semesta pasaran seni NFT, dengan pengalaman unik selama 35 tahun dalam dunia maya.

Artmarket.com
2022-05-16 23:45 204

PARIS, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Berdasarkan data yang tersedia bagi suku pertama 2022, Artprice oleh Artmarket.com boleh mengesahkan bahawa fenomena seni NFT telah menjadi sebahagian daripada pasaran seni yang kukuh di semua benua, dengan pemecutan dalam jualan dan transaksi pada suku kedua tahun ini, terutamanya sebagai respons terhadap pelaksanaan rangka kerja undang-undang yang lebih menggalakkan di Amerika Syarikat.

Dalam artikel yang disiarkan dalam Le Monde pada 11 May 2022: "Walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang buruk (nota editor: semua sektor digabungkan), Pasaran Seni amat mudah pulih," kata Guillaume Cerutti, Ketua Pegawai Eksekutif Christie, yang memuji lelongan di New York pada 9 May 2022 yang menyaksikan potret Marilyn Monroe oleh Andy Warhol menjadi lukisan termahal di dunia abad ke-20 dengan harga 195 juta dolar dan dibeli oleh pengedar seni terkenal, Larry Gagosian.

Artmarket.com mengesahkan bahawa analisis S1 2022 menunjukkan pertumbuhan kukuh dan meramalkan tahun 2022 akan menjadi tahun yang luar biasa, biarpun berhadapan dengan situasi ekonomi.

Kesemua pencipta pasaran dalam pasaran seni – terutamanya kebanyakan pengendali lelongan seni di dunia – kini mempunyai jabatan NFT khusus yang menyediakan katalog dan jualan dalam talian secara tetap. Begitu juga, semua muzium dan galeri seni utama kini mencipta dan menawarkan NFT mereka sendiri.

Seni digital yang dicipta pada 1980an kini akhirnya sudah matang dengan lebih penggemar seni NFT aktif mencari ciptaan-ciptaan dalam medium ini pada harga yang kini amat mampu milik.

Artprice sudah pun mengenal pasti lebih 54,000 artis yang sedang menghasilkan NFT secara langsung bagi pembelian awam mereka, dan ini hanyalah titik permulaan satu anjakan paradigma yang besar.

Menurut ahli sosiologi, sejarawan dan penganalisis seni, kita kini berada di tengah-tengah evolusi besar yang akan benar-benar mengubah struktur pasaran seni sepertimana ia telah membangun sejak 1950an. Perubahan ini jelas mengesahkan analisis pasaran seni Artprice, terutamanya ahli ekonometriknya.

Dalam pelbagai laporannya tentang Pasaran Seni, Artmarket.com sentiasa menunjukkan bahawa mustahil untuk memahami pertumbuhan eksponen pasaran NFT tanpa memahami latar belakang teknologi yang membolehkan kewujudannya. 'Sejarah' ini termasuk Blok rantai, mata wang kripto dan asal usul budayanya dalam komuniti Punk Sifer (zaman penyulitan data – jenis PGP – pada awal 1990an).

Walau bagaimanapun, semua pemain dalam pasaran seni NFT – OpenSea, Rarible, LooksRare, Nifty Gateway, Superare dsb. – bersetuju bahawa revolusi NFT akan akhirnya mengambil tempat dalam Meta Semesta. Dalam erti kata lain, membayangkan pertumbuhan dan kemapanan masa depan bagi NFT tanpa pembangunan Meta Semesta hanyalah khayalan semata-mata.

Meta Semesta adalah satu set dunia maya. Istilah ini biasanya digunakan untuk menerangkan versi masa depan Internet apabila ruang maya berpanjangan dan dikongsi bersama boleh diakses melalui interaksi 3D.

Begitu juga, Meta Semesta boleh dibayangkan sebagai satu set dunia maya yang bersambung dengan Internet, yang dilihat dalam realiti terimbuh.

Pakar-pakar dalam bidang kewangan, ekonomi, sains dan akademik sebulat suara mempertimbangkan Meta Semesta sebagai lanjutan semula jadi Internet (Web 3.0).

Sembilan puluh lima peratus syarikat multinasional dalam ranking Fortune's Global 500 sedang membangunkan projek Meta Semesta.

Projek-projek Meta Semesta ini kini mewakili persamaan ekonomi dan saintifik yang akan sama ada meningkatkan pusing ganti perniagaan mereka dengan hebat sekali, atau menjadi lohong kewangan, bergantung kepada pilihan R&D yang mereka buat.

Tatkala Meta (Facebook) dan Microsoft mengekalkan belanjawan besar bagi penulisan dan pengekodan dunia maya, sesetengah kumpulan lain, dan terutamanya Artmarket.com, mengambil laluan berbeza yang akan membolehkan pengurangan besar kos pembangunan Meta Semesta mereka dan mula beroperasi dengan cepat.

Pemegang saham utama dan pengasas Artprice oleh Artmarket.com ialah Server Group, pelopor Internet sejak 1987 yang juga merupakan salah satu pelopor perkakasan dan perisian CGI sejak 1985.

Server Group memiliki banyak subsidiari sepanjang 35 tahun lalu dan telah memperoleh pengetahuan mendalam dalam bidang permainan video mengasyikkan dan pasca produksi sinematik dan televisual. Mula muncul pada pertengahan 1980an, teknologi dalam bidang ini dianggap oleh komuniti sains sebagai Meta Semesta yang pertama.

Projek Meta Semesta Artmarket.com dibina dalam ibu pejabatnya yang masyhur yang bertempat di tengah-tengah Muzium Seni Kontemporari Organe yang menguruskan La Demeure du Chaos, atau "Abode of Chaos" ("Kediaman Berkecamuk") (seperti yang diperkenalkan oleh New York Times).

Meta Semesta ini adalah revolusioner kerana ia meminimumkan kos dan masa pembuatan dan adalah berdasarkan pengetahuan yang diperoleh oleh Server Group daripada multinasional dan filem permainan video dan produser rangkaian selama 35 tahun yang lalu (Studio Lumiere999® Paris/NY).

Untuk rekod, Abode of Chaos telah dicipta pada 1999 (lebih daripada 23 tahun lalu) oleh thierry Ehrmann, seorang artis/pengukir sejak 1980 (biografi diperakui Who's Who In France pada 2022).

Sebuah Muzium Seni Kontemporari terbuka yang mengambil ruang hampir 9,000 meter persegi, Abode of Chaos adalah sebuah litar muzium yang unik yang direka bentuk daripada asalnya sebagai 'permainan melarikan diri' berskala besar dengan elemen realiti terimbuh.

Daripada hampir 6,300 hasil seni yang berbeza di situ, terdapat 4,500 arca dalam keluli mentah – sesetengahnya seberat beberapa ratus tan – serta lukisan, seni jalanan, ukiran, pemasangan, hasil seni digital dan hasil seni tanah. Muzium ini dilengkapi dengan jaringan elektronik yang amat berkuasa (fiber optik lebih 9000 m2, wi-fi 802.11ax, kerja seni bersambung idO, dsb.).

Abode of Chaos dan Muzium Seni Kontemporari yang menjadi tuan rumah kepadanya menerima kunjungan 180,000 tetamu setahun, dan 25% daripadanya dari luar Perancis.

Sepanjang 23 tahun lalu, Abode of Chaos telah menjadi subjek hampir 3,600 penulisan dan laporan akhbar audiovisual dalam 72 negara. Ia juga telah banyak digambarkan dalam buku-buku besar utama, Opus IX, hasil rujukan dwibahasa 504 halaman yang boleh dirujuk secara percuma dalam talian dalam format PDF serta dalam tapak web Issuu, yang telah dimuat turun sebanyak 37 juta kali (angka ini telah disahkan secara rasmi oleh Huissier SCP Mamet-Pons Perancis).

Dalam akhbar antarabangsa, Abode of Chaos telah diterangkan sebagai satu ensembel Œuvres (hasil kesenian) yang berbeza dan sebagai sebuah "Kilang" yang unik dan tidak dapat dielakkan dengan tempatnya dalam Sejarah Seni sebagai salah satu projek kesenian yang paling penting pada abad ke-21.

Server Group dan Muzium Organe telah melaburkan beberapa juta euro dalam projek yang berjaya ini, yang dibiayai secara eksklusif daripada modal ekuiti selepas satu projek IPO yang kukuh (lihat dokumen pendaftaran universal Artmarket.com yang difailkan dengan AMF, bab 3.2.23).

thierry Ehrmann – Ketua Pegawai Eksekutif Server Group dan Artprice oleh Artmarket.com – menuruti contoh pencipta-pencipta permainan video utama dan pengarah/produser filem untuk membina Meta Semesta kumpulan itu berdasarkan ciptaan fizikal terkemuka dunia selama 25 tahun.

Untuk pembinaan Meta Semestanya, sepanjang tiga tahun lalu Server Group telah membentuk beberapa hubungan, terutamanya dengan salah satu kumpulan geometri ruangan Eropah, mencipta satu pasukan impian Eropah bagi Reka Bentuk 3D, Kejuruteraan, Makmal 3D dan Tinjauan Imbasan.

Tatkala Meta (dahulunya Facebook) sedang mula membina Meta Semestanya tanpa sebarang asas, Artmarket dan Server Group memulakannya daripada realiti penting iaitu 6,300 ciptaan seni asli yang merujuk kepada dunia seni kontemporari - di atas tapak seluas 9,000 m².

Sejarah ini telah memberi kami permulaan yang penting, menjimatkan masa dan wang, kerana pendekatan itu amat berbeza apabila anda mempunyai pengiktirafan global yang tidak boleh disangkal selama kira-kira 25 tahun.

Spesifikasi teknikal termasuk penggunaan/penghasilan Pengimbas 3D Faro Lidar, Navis VLX, dron, Fotogrametri Tanah Poligon dalam satu rujukan dan sistem pembangunan, dan pemprosesan Kecerdasan Terimbuh untuk mendedahkan ciri-ciri luar biasa kerja tersebut dan 'keformatifan' seni binanya.

Jurutera dan juruukur data ruang yang pakar telah mengimbas dan mendigitalkan seluruh 9000 m² Muzium Seni Kontemporari Organe, termasuk pelbagai bilik bawah tanah dan aras tinggi, dan kesemua 6,300 hasil seni di situ. Hasilnya seberat 45 Tan dan termasuk 27 tahun pasca produksi dan produksi digital yang dijalankan oleh Server Group dan subsidiarinya.

Meta Semesta Kumpulan oleh itu telah dijana daripada medium fizikal yang luas dan kumpulan ini merupakan penulis dan juga pemilik. Ini mewakili aset yang besar dari segi hak harta intelek. Demikian juga, ledakan avatar dan pertumbuhan pesat himpunan maya® adalah sebahagian daripada naratif yang sudah pun ditulis dan dikarang oleh thierry Ehrmann, dan diketahui di seluruh dunia.

Walaupun proses industri berteknologi sangat tinggi ini melibatkan ahli geometri dan pakar data ruang memerlukan tiga tahun kerja lapangan (mengambil peluang tempoh COVID), pendekatan ini sangat berbeza daripada cabaran besar yang dihadapi oleh Meta (Facebook) dalam membina Meta Semestanya daripada baris-baris kod.

Untuk memahami jalan yang diambil oleh Server Group dan Artprice oleh Artmarket.com, satu analogi boleh dibuat dengan seorang penerbit permainan video yang terkenal yang Meta Semestanya – berpangkalan pada zaman pertengahan – telah dibina melalui satu pengimbasan 3D yang sangat terperinci terhadap beberapa bandar Eropah yang wujud pada zaman pertengahan.

Hasil kerja ini begitu menakjubkan: dengan kos produksi yang banyak dikurangkan, kedudukan tinggi dalam carta box office di seluruh dunia - versi permainan videonya melemahkan kedudukan pesaingnya dengan begitu ketara dalam segmen 'zaman pertengahan' yang diberi penghargaan tinggi. 

Penting bagi kita menentukan bahawa Meta Semesta Artprice oleh Artmarket.com yang ibu pejabatnya terletak di tengah-tengah Muzium Seni Kontemporari Organe (yang menguruskan Abode of Chaos) adalah lengkap secara praktikalnya. Hasil kerja ini telah memerlukan pelaburan yang amat besar yang ditanggung seluruhnya oleh Server Group dan subsidiarinya dan tidak menjejaskan sama sekali kunci kira-kira Artmarket.com.

Pemegang saham pengasas Artprice oleh Artmarket.com adalah Server Group, yang setakat ini masih lagi pemegang saham terbesar dengan 30.16% modal dan 45.78% hak pengundian (keluarga Ehrmann tidak termasuk). Server Group mengambil risiko perindustrian melabur dalam Meta Semestanya berdasarkan keyakinannya dalam Artmarket.com selepas 25 tahun menjadi Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni.

Di bawah regim perjanjian terkawal yang dilindungi oleh Server Group di Artmarket.com yang keberuntungan projek Meta Semestanya akan dijamin oleh kos pengguna yang rendah kerana kos berkaitan dengan R&D dan pengeluarannya sangat rendah berbanding yang dihadapi oleh syarikat multinasional yang mula mengekodkan Meta Semesta mereka tanpa sebarang asas. Tambahan pula, projek-projek mereka masih belum dimuktamadkan.

Pasar NFT Artmarket yang bakal diadakan tidak dinafikan akan mempunyai kelebihan persaingan kerana platform NFT sedia ada yang utama sedang berhadapan dengan masalah kekangan masa, kekangan kewangan, begitu juga kekangan hak cipta. Akibatnya mereka tidak sebearnya mempunyai Meta Semesta yang berjaya dan mungkin terdorong untuk menyertai meta semesta Artmarket.com. Artmarket.com yang akan menyasarkan untuk menggabungkan mereka ke dalam Pasar NFTnya dengan memberikan kepada mereka imprimatur berharganya.

Malah, OpenSea, peneraju platform NFT dunia, telah mengisytiharkan bahawa 80% daripada isu utama seni NFT berkemungkinan akan menjejaskan hak cipta intelek pihak ketiganya. Berhadapan dengan pemerhatian ini, OpenSea telah mengumumkan bahawa ia sedang mempertimbangkan penyelesaian untuk menghadapi masalah ini dan melindungi penjual dan pembeli. Kami benar-benar percaya bahawa penyelesaian yang logik bagi masalah ini adalah pensijilan pasaran utama oleh Artprice melalui blok rantai dan kontrak pintarnya.

Isu-isu utama seni NFT inilah sebenarnya yang membolehkan Artprice oleh Artmarket.com mencapai pusing ganti dan keuntungan yang amat besar.

Kami berbangga mengatakan bahawa Artprice oleh Artmarket.com adalah satu-satunya syarikat dalam pasaran seni global yang benar-benar boleh memastikan pensijilan NFT utama berkurangan, dengan mengambil kira semua parameter di sebaliknya dan data yang berkaitan.

Keupayaan untuk mengesahkan isu-isu utama NFT adalah berdasarkan kedudukan Artmarket.com sebagai peneraju global dalam maklumat pasaran seni dan sebagai pemilik dan pencipta pangkalan data yang mengandungi data pasaran seni selama suku abad. Bank data ini mendapat penghormatan dan pengaruh di peringkat global dan disokong oleh koleksi nota, manuskrip dan katalog jualan terbesar di dunia (sejak tahun 1700) yang menjamin ketulenan dan kredibiliti sejarah pangkalan datanya.

Akhir sekali, laporan kajian daripada Dynata, platform data terbesar dunia bagi pandangan, pengaktifan dan pengukuran, telah meninjau lebih daripada 62 juta ahli panel dan 4 bilion pandangan (reaksi daripada pengguna dalam bentuk data) dalam 11 negara (Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Jerman, Belanda, Itali, China, Jepun dan Australia) dan menerbitkan laporan "Ekonomi Pengalaman Baharu".

Laporan ini menyerlahkan kesimpulan yang amat menyebelahi Artmarket.com dan Meta Semestanya, serta para pemegang sahamnya: 51% responden menyatakan bahawa destinasi maya (iaitu dalam talian) kegemaran mereka adalah melawat muzium, galeri seni atau pameran seni.

Dengan Meta Semesta, yang merupakan hasil revolusi NFT yang utama dan tidak boleh dielakkan, Artprice oleh Artmarket.com menyasarkan untuk menjadi platform NFT seni yang paling berjaya dan sangat kompetitif. Meta Semestanya mewakili jaminan pertumbuhan secara eksponen dan berterusan bagi pasaran seni NFT. Ia akan disertai oleh Blok ranti Artprice oleh Artmarket.com dan kontrak pintarnya, dengan itu membolehkan ganjaran yang adil bagi artis-artis bersama-sama dengan masyarakat hak cipta seperti ADAGP yang telah lama menjadi salah satu penerima sumbangan utama Artprice.

Di samping itu, pendaftaran DNS artpricecoin.com (.net.org...) dan tanda dagangannya yang telah lama dilaksanakan menggambarkan strategi keseluruhan Artmarket.com, yang secara semula jadi termasuk penciptaan satu mata wang kripto khusus selepas kelulusan pengawalseliaan.

Blok rantai Artprice oleh Artmarket.com akan menggunakan terutamanya Ethereum bagi kontrak pintarnya tetapi akan kekal terbuka untuk pembayaran dalam Bitcoin dan mata wang kripto utama yang lain.

Hak Cipta 1987-2022 thierry Ehrmann  www.artprice.com - www.artmarket.com

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan pada Eurolist oleh Euronext Paris, SRD panjang sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice telah ditubuhkan pada 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur, yang diwujudkan pada 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:
Biographie_thierry_Ehrmann_2022_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket adalah pemain global dalam Pasaran Seni bersama, antara struktur lain, jabatan Artprice-nya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan eksploitasi maklumat pasaran seni sejarah dan semasa dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan, meliputi lebih daripada 770,000 artis.

Artprice oleh Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat tentang pasaran seni, telah menetapkan sendiri cita-cita melalui Global Standardized Marketplace untuk menjadi platform NFT Seni Halus terkemuka di dunia.

Artprice Images® membolehkan akses tanpa had kepada bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital gambar atau penghasilan semula karya seni yang diukir dari tahun 1700 hingga ke hari ini, diulas oleh ahli sejarah seni kami.

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya mengumpul data secara tetap daripada 6300 Rumah Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar utama dan agensi media (7,200 penerbitan). Seramai 5.4 juta pengguna ('ahli log masuk'+media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau bida (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Perkara L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya, telah dianugerahkan label Negeri "Syarikat Inovatif" oleh Public Investment Bank (BPI) (buat kali kedua pada November 2018 untuk tempoh baharu 3 tahun) yang menyokong syarikat itu dalam projeknya untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pemain global dalam seni pasaran.

Laporan Pasaran Seni Global Artprice oleh Artmarket 2020 diterbitkan pada Mac 2022:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2021

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice-nya:
serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseEN.htm

Ikuti berita Pasaran Seni dalam masa sebenar dengan Artmarket dan jabatan Artprice-nya di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (over 5,7 million followers)

twitter.com/artmarketdotcom

twitter.com/artpricedotcom

Terokai alkimia dan dunia Artmarket dan jabatan artprice-nya https://www.artprice.com/video berpangkalan di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

·  L'Obs - Muzium Masa Depan: https://youtu.be/29LXBPJrs-o

·  www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999  (4.3 juta pengikut)

·  https://vimeo.com/124643720

Hubungi Artmarket.com dan jabatan Artprice - Hubungi:  Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Artmarket.com
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Economic news, trends, analysis