omniture

Penyelesaian storan tenaga semua-senario CATL menyerlah di ees Europe 2022

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-05-17 09:12 230

MUNICH, 17 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, menjadi tumpuan menerusi penyelesaian storan tenaga semua-senario memenangi anugerahnya di ees Europe 2022, pameran terbesar dan paling bersifat antarabangsa untuk bateri dan sistem storan tenaga di Eropah, yang telahpun diadkaan mulai 11-13 Mei di Messe München, Munich.

EnerOne, BESS sejukan cecair luar modular
EnerOne, BESS sejukan cecair luar modular

 

EnerC, sistem bateri sejukan cecair dalam bekas (model 1:3)
EnerC, sistem bateri sejukan cecair dalam bekas (model 1:3)

 

Modul bateri 48100 untuk stesen utama (kiri) dan rak bateri litium-ion untuk aplikasi UPS EnerU (kanan)
Modul bateri 48100 untuk stesen utama (kiri) dan rak bateri litium-ion untuk aplikasi UPS EnerU (kanan)

 

Reruai B1.440 CATL di ees Europe
Reruai B1.440 CATL di ees Europe

Produk canggih CATL yang didemonstrasikan di pameran tersebut meliputi senario aplikasi penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan kuasa serta penggunaan kuasa. EnerOne, BESS sejukan cecair luar modular memenangi ees AWARD tahun ini pada 10 Mei. Dilengkapi dengan sel 280 Ah LFP, produk unggulan ini mempunyai hayat kitaran sehingga 10,000 kitaran, membawakan hayat perkhidmatan yang panjang, penyepaduan tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi. Perbezaan suhu antara sel dapat dikawal dalam 3 darjah Celsius, satu penambahbaikan yang besar terhadap purata industri iaitu 5 hingga 8 darjah Celsius. Ia mempunyai ruang lantai hanya seluas 1.69 meter persegi, 35% kurang daripada produk sejukan udara tradisional dan sesuai untuk penyongsang dengan voltan operasi bermula daripada 600 hingga 1,500 volt. Sementara itu, reka bentuk modular membolehkannya beradaptasi dengan pelbagai senario aplikasi.

Bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap aplikasi storan tenaga semua-cuaca, seperti suhu melampau, kelembapan tinggi, padang pasir, lautan, antara lain, CATL membangunkan EnerC yang inovatif, sistem bateri sejukan cecair dalam bekas. Dengan IP55 dan perlindungan anti-karat C5, EnerC berupaya untuk memenuhi keperluan pelbagai keadaan iklim yang teruk, memastikan operasi yang selamat dan andal terhadap seluruh sistem selama 20 tahun. Diperkasa oleh reka bentuk sejukan cecair amat bersepadu yang utama dalam industri ini, ketumpatan tenaganya dapat mencecah 259.7 kWj bagi setiap meter persegi, hampir 200% peningkatan berbanding sistem sejukan udara tradisional.

Di bahagian penggunaan kuasa, EnerU, blokbuster CATL untuk aplikasi UPS, menawarkan penyelesaian perintis bagi penggantian bateri sandaran asid-plumbum dengan bateri ion-litium yang lebih mesra alam. Dengan menangani impedans bahan LFP yang tinggi, penyelesaian 6 C EnerU mencapai prestasi kuasa yang tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi secara serentak. Selain daripada keselamatan pada tahap sel, EneU menjamin keselamatan lanjutan di tahap sistem melalui kaedah-kaedah mekanikal dan bahan-bahan penebat haba. Untuk keadaan luar kawalan terma sel tunggal, tiada perambatan haba ke sel bersebelahan.

Di ees Europe 2022, CATL turut mempamerkan modul bateri 48100 untuk stesen utama yang membawakan saiz yang kecil dan ringan. Disokong oleh sel LFP yang sebahagian besarnya selamat dan reka bentuk modular 3U, produk tersebut meningkatkan dengan ketara penggunaan ruang dan hayat perkhidmatan. Stesen utama 48100 dapat menempatkan sehingga 16 pek bateri dan bilangan pek dapat diselaraskan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan masa sandaran sistem yang berbeza yang menjadikannya serasi dengan pelbagai senario aplikasi.

Selain daripada mempamerkan produk dan teknologi bateri yang terkini di reruainya B1.440, CATL turut berkongsi pandangan dan idea inovatif mengenai masa depan storan tenaga bersama rakan industri di Intersolar Forum.

Tahun 2021 menyaksikan pembangunan perniagaan storan tenaga CATL yang pesat apabila ia menduduki tempat pertama dalam bahagian pasaran pengeluaran bateri storan tenaga global buat julung kalinya. CATL telah menjalin perkongsian dengan perusahaan tenaga Cina yang terunggul termasuk China National Energy, SPIC, China Huadian Corporation, China Three Gorges Group, China Energy Engineering Corporation serta para penggiat antarabangsa penting dalam industri ini seperti NextEra, Fluence, Wartsila, Tesla, Powin, Schneider Electric dan Eaton, menggunakan penyelesaian storan tenaga termaju dalam pasaran-pasaran utama termasuk China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan sebagainya. Pada masa depan, CATL akan berganding bahu dengan lebih ramai rakan kongsi untuk menggalakkan peralihan tenaga dan menyumbang kepada usaha global untuk keneutralan karbon.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Awards Trade show news