omniture

HUAWEI Ads menang Anugerah Pembangunan Platform Terbaik dalam MDA d Awards 2022

Huawei Mobile Services
2022-05-17 10:30 192

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mei 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI Ads, cabang pengiklanan digital oleh Huawei, memenangi Anugerah Pembangunan Platform Terbaik (Gangsa) dalam Malaysian Digital Association (MDA) d Awards 2022. Anugerah ini mewakili pengiktirafan terhadap keberkesanan HUAWEI Ads dalam membantu pengiklan mencapai kejayaan perniagaan melalui penyelesaian platformnya.

HUAWEI Ads menerima Anugerah Pembangunan Platform Terbaik (Gangsa) dalam MDA d Awards 2022. Dibina berasaskan ekosistem mudah alih Huawei yang mantap, HUAWEI Ads membantu jenama-jenama mendekati lebih 730 juta pengguna Huawei melalui peranti dan aplikasi bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.
HUAWEI Ads menerima Anugerah Pembangunan Platform Terbaik (Gangsa) dalam MDA d Awards 2022. Dibina berasaskan ekosistem mudah alih Huawei yang mantap, HUAWEI Ads membantu jenama-jenama mendekati lebih 730 juta pengguna Huawei melalui peranti dan aplikasi bagi mencapai matlamat perniagaan mereka.

d Awards 2022 dianjurkan oleh MDA, sebuah organisasi bukan untung yang mengkhusus untuk pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Anugerah industri ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada bakat pemasaran digital, jenama dan penyedia perkhidmatan yang menerima penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Finalis dinilai oleh panel yang terdiri daripada pemimpin dan pakar industri yang ternama.

HUAWEI Ads mempersembahkan penyelesaian iklan yang kreatif dan inovatif dengan Platform Pengurusan Data (DMP) yang menyasarkan pengguna berdasarkan kepada penggunaan aplikasi dan tingkah laku dalam-aplikasi. Dengan bergantung kepada ekosistem mudah alih Huawei, pasaran iklan berinteraksi dengan algoritma dan seni bina peranti Huawei, menjadikannya platform yang paling berkesan untuk pengiklan bagi mencapai lebih 730 juta pengguna peranti Huawei global merentas telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet. Di samping itu, melalui aplikasi natif Huawei yang komprehensif dan lebih 41,000 rakan kongsi penerbit pihak ketiga, HUAWEI Ads dapat membantu pengiklan memperkukuh pesanan dan perkhidmatan jenama mereka daripada titik sentuh berbilang digital.

"Kemenangan Anugerah Pembangunan Platform Terbaik (Gangsa) menonjolkan prestasi cemerlang HUAWEI Ads dalam menyediakan kepada jenama atau pengiklan dengan penyelesaian platform khusus, adaptasi iklan berbilang platform, utiliti dan tahap penyesuaian tinggi untuk berinteraksi dengan lebih baik bersama pengguna ekosistem Huawei," ulas panel penilai MDA d Awards 2022.

"Kami berbangga menerima pengiktirafan daripada MDA ini dan kami akan terus bekerjasama erat dengan rakan kongsi sedia ada bersama rakan kongsi baharu ketika kami terus mengembangkan platform kami. Kami berharap dapat membantu pengiklan terus mencapai matlamat perniagaan mereka dan dalam masa yang sama menghubungkan sambungan data dan meminimumkan kerumitannya bagi menyediakan jangkauan yang tepat dan pengedaran iklan yang lebih pintar. Ini dapat dijayakan dengan strategi 1+8+N semua senario Huawei yang bersinergi merentas pelbagai peranti pintar dan aplikasi yang dapat membantu pengiklan memperkukuh perniagaan, produk dan perkhidmatan mereka daripada titik sentuh aplikasi berbilang digital," kata Nick Zhao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Huawei Malaysia. "Kemudahan dan kelancaran platform ini adalah apa yang membuatkan HUAWEI Ads menjadi alat yang cekap untuk pemasar digital."

Mencapai kejayaan baharu dengan HUAWEI Ads

Dibina berasaskan ekosistem mudah alih yang mantap, HUAWEI Ads mendemonstrasikan kelebihan dengan memanfaatkan ekosistem yang semakin berkembang. Teknologi iklan (adtech) dan set alatan yang kerap dikemas kini pada platform ini melengkapkan berbilang titik sentuh penggunanya agar jenama dan pengiklan dapat menyusun strategi, menetapkan dan mengurus kempen iklan mereka dengan cekap. Selain daripada keupayaan teknikal, pemilihan khalayak sasaran yang tepat merupakan satu lagi kunci berharga untuk kejayaan kempen iklan.

Satu bukti keupayaan HUAWEI Ads ialah kempen iklan dengan Senheng, rangkaian kedai elektronik pengguna yang terkemuka di Malaysia. Senheng mempromosikan aplikasi baharunya melalui HUAWEI Ads dalam bulan November 2021 dan mencapai peningkatan 10 kali ganda dalam muat turun aplikasi harian sepanjang tempoh kempen. Aplikasi Senheng ditampilkan dalam pasaran aplikasi rasmi Huawei – bahagian "New Apps We Love" ("Aplikasi Baharu yang Kami Suka") AppGallery untuk meningkatkan kebolehlihatan dan memacu muat turun. Selain dipaparkan dalam AppGallery, iklan Senheng turut muncul dalam lebih banyak saluran seperti HUAWEI Video dan HUAWEI Browser untuk memaksimumkan pendedahan aplikasi dan memanfaatkan kumpulan pengguna Huawei yang lebih luas. Hasilnya, Senheng mencapai prestasi melebihi purata dengan kos-setiap-muat-turun (CPD) lebih rendah berbanding penanda aras industri melalui HUAWEI Ads.

"Misi kami adalah untuk membantu jenama-jenama memanfaatkan kumpulan khalayak baharu dalam ekosistem mudah alih ketiga terbesar di dunia ini," kata Nick Zhao. "HUAWEI Ads akan terus meningkatkan strategi iklan dan platform kami bagi membantu lebih banyak perniagaan cemerlang dan mencapai matlamat mereka menggunakan platform kami."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://ads.huawei.com/

Latar Belakang HUAWEI Ads

HUAWEI Ads ialah pasaran pengiklanan digital yang diwujudkan untuk peranti Huawei. Perkhidmatan ini berinteraksi dengan algoritma dan seni bina asas peranti Huawei, menjadikannya platform yang paling berkesan untuk mendekati kumpulan pengguna global Huawei seramai lebih 730 juta orang melalui peranti seperti telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet.

 

 

 

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology