omniture

Sinclair Pharma Bekerjasama dengan Vanguard Aesthetics Lancar Silhouette Soft di Malaysia

Sinclair Pharma
2022-05-18 09:01 116

Dilengkapi dengan satu-satunya teknologi kon di dunia untuk penegangan optimum, Silhouette Soft memberi hasil yang lebih tahan lama.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sinclair Pharma, jenama farmaseutikal global yang menyediakan penyelesaian dermatologi dan kolagen estetik berkolaborasi secara eksklusif dengan Vanguard Aesthetics untuk membawa rawatan Silhouette Soft ke pasaran Malaysia.

"Kami mencari-cari peluang untuk membawa rawatan penegangan bebenang yang andal, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia. Dengan rekod terbukti Vanguard dalam industri ini, kami percaya kolaborasi ini akan menyediakan selanjutnya jalan yang bereputasi baik untuk pengamal estetik memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap prosedur invasif minimum," kata Nairn McMaster, Ketua Pegawai Komersial Sinclair Pharma.

Selain turut menyediakan rawatan penegangan bebenang invasif minimum bersilang di wilayah ini, perkongsian ini juga membawakan latihan dalam-kelas yang dipertingkat kepada pengamal untuk prosedur pengendalian dan rawatan yang betul sekali gus mengurangkan faktor-faktor risiko seperti masa henti dan proses pemulihan. Selain itu, Silhouette Soft diluluskan di lebih 50 negara di seluruh dunia dan mendapat tanda CE Eropah.

Sebagai respons kepada usaha baharu ini, Ryan Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Vanguard Aesthetics berkata, "Telahpun memantapkan kedudukan kami sebagai salah satu pengedar estetik perubatan yang terbesar di Asia Tenggara, Vanguard terus berusaha mencapai pertumbuhan yang positif. Perkongsian eksklusif kami bersama Sinclair membolehkan kami menambah rawatan penegangan bebenang ulung di dunia kepada portfolio kami yang merupakan satu langkah yang besar ke arah memenuhi misi kami. Dengan mengedarkan Silhouette Soft, kami bersedia untuk membuka pasaran anti-penuaan Malaysia kepada salah satu penyelesaian yang paling inovatif di dunia ini."

Teknologi Berpaten Silhouette Soft

Dibuat di AS, peranti Silhouette Soft memberi kesan penegangan dan pemposisian semula tisu dengan segera. Ini merupakan hasil daripada kapasiti penglibatan tisu yang tinggi, disediakan oleh ruang permukaan yang besar daripada teknologi kon berpaten. Selain itu, bahan-bahan yang tahan lama, bioserasi dan boleh diserap secara bio (PLLA dan PLGA) telah terbukti dapat menggalakkan neokolagenesis. Pemantapan biologi ini menghasilkan kesan pemposisian semula yang kekal digabungkan dengan peningkatan kualiti kulit secara beransur-ansur yang dapat bertahan sehingga 24 bulan. Bebenang Silhouette Soft berkesan pada bahagian yang terdedah kepada kekenduran kulit.

"Dengan lebih 1.8 juta bebenang digunakan di seluruh dunia, Silhouette Soft ialah prosedur penegangan bebenang yang popular dan dipercayai yang telah dikaji dengan teliti oleh lebih 10 penerbitan perubatan. Walau bagaimanapun, apa yang membezakan kami dalam kelas penegangan bebenang ialah reka bentuk teknologi Cone kami yang menegangkan kulit secara berkesan dan merangsang kolagen jenis 1 sehingga 24 bulan," tambah Bernice Simpson, Pengurus Jenama Global Silhouette Soft.

Lantaran permintaan yang semakin meningkat terhadap prosedur kurang invasif, penegangan bebenang dapat menawarkan hasil menentang usia yang signifikan tanpa perlu menjalani pembedahan. Bloomberg melaporkan bahawa menjelang tahun 2028, pasaran pembedahan kosmetik diramalkan bernilai $64.88 bilion. Secara relevannya, pertumbuhan ini didorong oleh permintaan terhadap prosedur invasif minimum atau tidak invasif selain peningkatan kesedaran terhadap teknik-teknik termaju. Silhouette Soft menerusi teknologi Cone yang unik dan boleh dipercayai berusaha untuk memenuhi permintaan berkenaan pada tahun-tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://silhouette-soft.com/.

Latar Belakang Sinclair Pharma

Sinclair Pharma ialah sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa yang menyediakan penyelesaian dermatologi dan kolagen estetik untuk kehilangan volum muka, penegangan bebenang untuk kontur muka dan pengisi kulit untuk kedutan dan garisan. Sinclair mempunyai portfolio teknologi estetik pelengkap pembeza dengan tumpuan kepada rangsangan kolagen. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan produk yang canggih dari segi saintifik, sokongan amalan yang luar biasa dan menyampaikan hasil kepada pesakit yang tiada tandingan.

Latar Belakang Vanguard Aesthetics

Vanguard Aesthetics ialah pengedar yang dinamik dan berwawasan dalam mengendalikan peranti dan produk estetik perubatan yang inovatif dengan tumpuan khusus kepada Asia Tenggara. Misi Vanguard adalah untuk menyampaikan dan menyediakan teknologi yang selamat dan terbukti kepada rakan kongsi bagi mencetuskan impak yang positif dan memacu perubahan yang malah lebih besar dengan membantu orang ramai menjalani kehidupan dan kelihatan lebih baik.

Derris Loy
DLoy@sinclair.com

 

Source: Sinclair Pharma
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services