Projek itu yang bakal menjadi pusat dan hab kebudayaan untuk acara komuniti disepadukan dengan pusat beli-belah baharu yang dinaungi oleh IKEA Batu Kawan.
GEORGE TOWN, Malaysia, 19 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Ikano Centres hari ini dengan rasminya mengumumkan 'Klippa' sebagai nama destinasi perniagaan pusat beli-belah dan pembangunan bercampur miliknya yang bakal menjadi pusat dan hab kebudayaan untuk kawasan perbandaran Batu Kawan yang sedang pesat berkembang. Ikano Centres adalah sebahagian daripada Ikano Retail, pemilik gedung IKEA di lima negara serta pusat-pusat beli-belah yang dinaungi oleh IKEA. Pembangunan bercampur ini merupakan projek pertama Ikano Centres di wilayah utara.
Projek itu yang bakal menjadi pusat dan hab kebudayaan untuk acara komuniti disepadukan dengan pusat beli-belah baharu yang dinaungi oleh IKEA Batu Kawan.
Lokasinya yang strategik dengan akses terus ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan bersambungan dengan IKEA, Klippa menawarkan pengalaman peruncitan unik yang dilengkapi dengan pusat beli-belah bersepadu seluas 1.6 juta kaki persegi kawasan sewa kasar (GLA) dan menempatkan lebih 300 jenama. Ikano Centres turut menerokai peluang komersial dan kediaman tambahan untuk dimasukkan ke dalam kawasan tumpuannya yang akan dibangunkan mengikut fasa bagi memenuhi keperluan komuniti Batu Kawan yang kian berkembang terdiri daripada pelajar, keluarga, dan profesional di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP) yang berhampiran.
Fasa pertama Klippa yang telah dilancarkan pada Disember 2019 menjadi pelengkap kepada pengalaman membeli-belah di IKEA Batu Kawan, yang menawarkan 20 jenama di atas 80,000 kaki persegi GLA. Kemudiannya, sebuah F&B pandu lalu unik telah diperkenalkan pada November 2021. Penyewanya yang pertama adalah restoran pandu lalu McDonald's yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan untuk komuniti Batu Kawan. Klippa juga berhasrat memacu persada seni dan budaya tempatan selaras dengan wawasan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membawakan acara seni dan budaya ke Batu Kawan dan menghidupkan suasana di Pulau Pinang dengan seni jalanan.
Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur Ikano Centres, Adrian Mirea berkata, "Sambil kami terus mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia, kami mahu memperkenalkan pengalaman pusat beli-belah Ikano Centres kepada komuniti di wilayah utara yang mencerminkan kejayaan tempat pertemuan kami di wilayah tengah dan selatan Malaysia. Klippa bermaksud 'batu' atau 'kawan' dalam bahasa Sweden, dan ia menjadi perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Batu Kawan. Dengan Klippa, kami menyasarkan untuk menjadi batu asas dalam komuniti yang sedang berkembang pesat ini dan mengubah Batu Kawan menjadi sebuah hab komersial dan riadah yang terkemuka di Pulau Pinang. Pembangunan tempat pertemuan ini menekankan kepada usaha untuk menyediakan satu pengalaman pelanggan yang holistik, lengkap dengan kemudahan untuk semua keperluan membeli-belah, makan, berhibur dan beriadah bagi para pengunjung di wilayah ini. Selain daripada itu, Klippa juga bakal mencipta 5,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan yang mampu meningkatkan lagi tahap kesejahteraan sosial ekonomi warga Pulau Pinang."
Pengarah Komersial Ikano Centres, Arnoud Bakker berkata, "Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan penyertaan lebih ramai lagi rakan kongsi yang memiliki semangat komuniti serupa dengan kami, untuk terus membangunkan destinasi pusat beli-belah pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong. Sejak pembukaannya, fasa pertama Klippa telah mencapai 98% kadar sewaan, dengan penyewa terkemuka seperti IKEA, Harvey Norman dan McDonald's yang memberikan motivasi kepada kami untuk terus membangun dan mencipta ruang untuk komuniti kami. Selaras dengan pengembangan kami, kami akan terus menilai keperluan pelanggan kami di Utara Malaysia dan mereka bentuk tempat pertemuan di Klippa dengan sewajarnya."
Tambah Bakker lagi, "Kami juga akan bekerjasama rapat dengan Aspen Vision City (AVC) dan rakan kami di Taman Perindustrian Batu Kawan yang berhampiran untuk menjadikan Klippa sebagai tempat di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja, dan mencipta memori bersama-sama."
Klippa akan mempunyai campuran penyewa yang sesuai bagi memenuhi keperluan sasaran penggunanya yang berbeza. Selain daripada senarai penyewa utama yang telah beroperasi, Klippa tidak lama lagi akan mengalukan pembukaan pelbagai penawaran penting serta makanan dan minuman yang baharu dengan jenama seperti TMG Plus Supermarket, Mr DIY, Mr TOY, KFC, pandu lalu Tealive, pandu lalu A&W, Coffee Bean & Tea Leaf, Kenny Rogers, Zus Coffee, Chicago Chicken City dan sebuah stesen minyak yang dilengkapi dengan pandu lalu Starbucks.