omniture

JA Solar lancar modul PV jenis-n DeepBlue 4.0 X

JA Solar Technology Co., Ltd.
2022-05-20 08:32 215

BEIJING, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- JA Solar meraikan acara pelancaran produk baharu 2022nya pada 18 Mei, menerusi pelancaran modul PV jenis-n pertamanya DeepBlue 4.0 X. Tawaran produk baharu yang inovatif ini menandakan kemasukan pertama syarikat ini ke dalam pasaran produk PV jenis-n.

JA Solar new product DeepBlue 4.0 X
JA Solar new product DeepBlue 4.0 X

Berasaskan kepada wafer 182, yang mempunyai rantaian bekalan yang paling matang dan pengiktirafan seluruh industri, siri DeepBlue 4.0 X terdiri daripada tiga jenis modul yang boleh disesuaikan mengikut sebarang senario: modul sel-54 untuk sistem PV kediaman, sel-72 dan sel-78 untuk projek PV berskala komersial dan utiliti. DeepBlue 4.0 X telahpun lulus ujian IEC 61215 dan IEC 61730 serta memperoleh sijil TÜV SÜD dan juga lulus ujian kabus garam, amonia, pasir dan habuk, seterusnya membuktikan kesesuaiannya dalam pelbagai aplikasi dan persekitaran.

Selain daripada kelebihan yang dibawa daripada modul DeepBlue 3.0, DeepBlue 4.0 X mengintegrasikan teknologi terkini daripada JA Solar, termasuk sel Bycium+ yang mana kecekapan pengeluaran besar-besaran dapat mencecah lebih daripada 24.8% lantaran substrat dan strukturnya yang berkualiti tinggi. Selain itu, DeepBlue 4.0 X dilengkapi dengan teknologi pengkapsulan modul berkepadatan tinggi berpaten GFI (Saling sambungan fleksibel tanpa sela), yang mana reka bentuk reben bulat dengan rawatan penimbal dan bahan pengkapsulan dioptimumkan menangani tegasan mekanikal pada saling sambung sel, seterusnya mengurangkan risiko mikro-pemecahan. Kesemua ini bersama-sama membawa keandalan yang lebih tinggi dan hasil tenaga yang lebih tinggi kepada DeepBlue 4.0 X, dengan kuasa maksimum mencecah 625W dan kecekapan sehingga 22.4%.

Menurut Kun Tang, Pengarah Jabatan Teknologi Produk di JA Solar, JA Solar telah mengusahakan teknologi jenis-n selama bertahun-tahun dan selepas pelaburan yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta eksperimentasi, akhirnya bersedia bagi tujuan pengeluaran besar-besar. Bagi menentusahkan prestasi penjanaan kuasa produk, JA Solar dan TÜV NORD melancarkan ujian hasil tenaga setahun (Februari 2021-Februari 2022) di Pusat Ujian Fotovolta China, pangkalan Yinchuan (Barat Laut China). Keputusan menunjukkan bahawa hasil tenaga modul jenis-n berasaskan kepada sel Bycium+ adalah 3.9% lebih tinggi berbanding modul p-PERC. Menurut data simulasi sistem PV JA Solar, dibandingkan dengan modul jenis-p, pengurangan kos BOS DeepBlue 4.0 X mengungguli nilai 2.1% sementara LCOE mencecah 4.6%, meningkatkan lagi IRR dan membawa lebih nilai kepada pelanggan.

En. Xinwei Niu, Ahli Lembaga dan Naib Presiden Kanan JA Solar, berkata, "Pembangunan penyelesaian karbon-rendah dan hijau telah menjadi satu misi global yang penting. Sebagai salah satu tenaga boleh diperbaharui yang paling fleksibel dan berkesan kos, kuasa PV telah menjadi daya yang penting dalam menggalakkan keneutralan karbon. Daripada jenis-p hingga jenis-n, daripada DeepBlue 3.0 kepada DeepBlue 4.0 X, JA Solar sentiasa mematuhi konsep reka bentuk produk 'berorientasikan pelanggan'. Kami sentiasa cuba meningkatkan prestasi penjanaan kuasa modul PV bagi mencipta lebih nilai kepada pelanggan dan menggalakkan aplikasi kuasa PV pada skala global untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam proses keneutralan karbon global."

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services