omniture

Huawei Lancar Telefon Boleh Lipat Unggulan HUAWEI Mate Xs 2 dan produk lain, tingkatkan sinerginya antara perisian dan perkakasan

AppGallery, Huawei
2022-05-20 08:41 133

Perkakasan unggul telefon lipat menawarkan ciri-ciri dipertingkat daripada Ekosistem Huawei Mobile Services

MILAN, Itali, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate Xs 2, telefon pintar boleh lipat unggulan HUAWEI, menawarkan Pengalaman Kehidupan AI Lancar Semua-Senario yang ditingkatkan pada aplikasi HMS. HUAWEI Watch GT 3 Pro turut dilancarkan, merapatkan jurang antara pengguna jam tangan pintar dan kecergasan.


HUAWEI Mate Xs 2 & Petal Maps – menjadikan navigasi lancar

Dioptimumkan untuk skrin boleh lipat, reka bentuk pengalaman pengguna dan penghasilan semula warna utama Petal Maps dengan pengurusan gamut warna profesional menawarkan pengalaman kelihatan benar-benar hidup yang mudah digunakan dengan HUAWEI Mate Xs 2.

Versi terkini Petal Maps termasuk kesan pencahayaan dalam mod gelap yang menunjukkan lampu jalan raya dan lampu bangunan semasa memandu pada waktu malam atau dalam mod gelap.

Kulit telefon diperibadikan untuk Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk telahpun dilancarkan dengan lapisan suhu dan kerpasan ditambah.

Dengan panduan peringkat-Lorong, maklumat khusus-lorong dan anak panah, Petal Maps menawarkan pemandangan kawasan sekeliling yang lebih baik kepada pengguna pada skrin boleh lipat.

HUAWEI Browser, HUAWEI Books, HUAWEI Video dan Petal Search – Dioptimumkan untuk skrin lebih luas dengan Smart Multi-Window

HUAWEI Mobile Cloud pada HUAWEI Mate Xs 2 menjadikan pengurusan data lebih mudah. Ciri-ciri seperti sandaran automatik, penyegerakan data silang-peranti dan Find Device bererti kenangan berharga sentiasa berada di tangan.

Selain itu, ciri pengoptimuman susun atur web AI Huawei mengoptimumkan kandungan halaman web pada telefon boleh lipat tersebut.

Memanfaatkan keupayaan lipat HUAWEI Mate Xs, HUAWEI Books menggabungkan antara muka "menyelak halaman berganda" yang menghasilkan semula rupa dan rasa buku-buku biasa.

Pada HUAWEI Mate Xs 2, berita, aplikasi dan banyak lagi di Petal Search dapat dipaparkan dengan lancar dalam susun atur dwi-tetingkap dengan Smart Multi-Window.

GameCenter pada HUAWEI Mate Xs 2 berikan lebih banyak bilik untuk corak permainan dipertingkat

Menerusi pustaka permainannya yang luas dan faedah-faedah yang eksklusif, GameCenter pada skrin besar HUAWEI Mate Xs 2 membolehkan pengguna menikmati permainan seperti State of Survival dan Mobile Legends: BangBang.

AppGallery pada HUAWEI Mate Xs 2 Bawakan Aplikasi Skrin-Besar kepada Anda  

AppGallery melancarkan kerangka pembangunan komprehensif dan spesifikasi reka bentuk khususnya untuk telefon boleh lipat dan menyokong ciri App Multiplier yang membolehkan dua halaman dalam aplikasi yang sama dipaparkan pada setiap skrin telefon.

HUAWEI Watch GT 3 Pro 

HUAWEI Watch GT 3 Pro yang bergaya dan diperhalusi akan disediakan dengan pilihan Seramik dan Titanium. Huawei turut melancarkan wajah jam tangan "Sense" Series baharu yang menggabungkan butiran jam tangan tradisional yang terperinci.

Untuk maklumat lanjut tentang produk yang dilancarkan, sila kunjungi: https://consumer.huawei.com/en/  

Latar Belakang HUAWEI Mobile Services (HMS) 

HUAWEI Mobile Services merupakan sebahagian daripada Huawei Consumer Business Group yang bermatlamat untuk menyediakan pengalaman mudah alih yang lengkap kepada pengguna di seluruh dunia. Setakat 31 Mac 2022, HUAWEI Mobile Services mencakupi 730 juta pengguna di lebih 170 negara, mengupayakan kehidupan pintar kepada setiap pengguna peranti Huawei.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://consumer.huawei.com/uk/mobileservices/

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services