omniture

Modul 670W Vertex capai keputusan cemerlang dalam ujian keandalan PVEL, Trina Solar menang "Pelaksana Terbaik" kali kelapan berturut-turut

Trina Solar Co., Ltd
2022-05-20 08:55 262

CHANGZHOU, China, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar sekali lagi disenaraikan sebagai "Pelaksana Terbaik" 2022 antara para pengeluar modul PV global oleh PV Evolution Labs (PVEL), makmal ujian keandalan pihak ketiga yang terkenal di dunia, selepas berbulan-bulan menjalani ujian yang ketat. Ini merupakan pengiktirafan kelapan berturut-turut, lalu menjadikan Trina Solar sebagai syarikat solar dengan kemenangan terbanyak. Ia menonjolkan komitmen Trina Solar terhadap kekonsistenan kualiti yang sangat baik, keandalan tinggi dan keselamatan modulnya yang cemerlang. Keputusan ujian yang diterbitkan oleh PVEL menunjukkan bahawa modul Vertex 210mm berkuasa ultra-tinggi, 670W khususnya, telah mencapai prestasi terbaik dalam urutan ujian Program Kelayakan Produk (Product Qualification Program, PQP).

PVEL menilai modul PV setiap tahun dengan parameter keandalan dan kualiti yang jauh lebih ketat berbanding standard IEC. Ia turut menerbitkan Kad Skor Keandalan Modul PV secara tahunan, bagi menyediakan industri solar dengan data penanda aras keandalan dan prestasi yang bebas dan konsisten.

PQP termasuk urutan ujian untuk kitaran terma, haba lembap, ketahanan kepingan belakang dan tegasan mekanikal. Ketahanan ujian haba lembap dan kitaran terma adalah dua kali ganda daripada keperluan standard IEC atau lebih lagi. Urutan Tegasan Mekanikal (MSS) baharu menggabungkan ujian untuk beban mekanikal statik, 1,000 kitaran beban mekanikal dinamik, 50 kitaran terma dan 10 kitaran pembekuan kelembapan. Modul-modul yang lulus ujian PVEL-PQP biasanya memenuhi keperluan keandalan dalam pelbagai persekitaran yang sangat mencabar.

Menurut keputusan ujian keandalan dan prestasi PVEL pada tahun ini, modul Vertex Trina Solar bermula daripada 410W Vertex S untuk senario kediaman hingga modul berkuasa ultra-tinggi 600W+ untuk loji janakuasa ditempatkan di tanah besar, menunjukkan keandalan yang cemerlang dalam kesemua ujian PQP yang ketat.

Khususnya, modul 670W Vertex berkuasa ultra-tinggi telah mencapai prestasi terbaik dalam urutan PQP untuk haba lembap, kitaran terma, degradasi teraruh berpotensi, sensitiviti LeTID dan MSS. Ini bermaksud modul berkenaan mempunyai ciri keandalan dan prestasi yang cemerlang di kawasan beriklim mencabar yang mengalami suhu tinggi, kelembapan tinggi serta naik turun suhu yang besar.

Keputusan ujian MSS terutamanya mendemonstrasikan hampir tiada mikro-rekahan yang ditimbul dalam BOM yang diuji untuk modul 670W dwimuka Trina Solar dan degradasi kuasa adalah kurang daripada 2%. Ringkasnya, modul kuasa ultra-tinggi Trina Solar dalam format besar memenuhi kriteria Pelaksana Terbaik yang ditakrifkan oleh PVEL, lantas mengekalkan prestasi terunggul dan menjamin keandalan mekanikal.

"Bagi pihak seluruh pasukan PVEL, saya mengucapkan tahniah kepada Trina Solar atas pencapaian keputusan ujian yang cemerlang untuk modul 210 mm mereka dan kerana dinamakan sebagai Pelaksana Terbaik Kad Skor PVEL selama lapan tahun berturut-turut yang mencatat rekod," ujar Tristan Erion-Lorico, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di PVEL. "Perlu dinyatakan ialah modul dwimuka 600W+ Vertex Trina Solar yang mencapai status Pelaksana Terbaik dalam kelima-lima ujian keandalan. Ini sekadar contoh terkini keupayaan Trina Solar dalam mengeluarkan modul yang andal sejak bertahun-tahun yang lalu."

Helena Li, Presiden Perniagaan Sel dan Modul, Trina Solar mengulas: 'PVEL merupakan makmal ujian keandalan modul PV yang terkemuka di dunia yang menyediakan data prestasi bebas. Kami berbangga kerana diiktiraf sebagai Pelaksana Terbaik PVEL untuk Kad Skor Keandalan Modul PV kelapan berturut-turut. Prestasi Trina yang konsisten dan menjadi contoh dalam ujian bebas yang ketat PVEL diterima oleh pasaran sebagai bukti jelas komitmen sekian lama kami terhadap kualiti produk. Kami percaya keputusan ujian PVEL ini amat bernilai untuk pemaju projek solar, pembiaya serta pemilik dan pengendali aset di serata dunia.'

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards