omniture

JA Solar Raih Kedudukan "Pelaksana Terbaik" Kali Ketujuh Berturut-turut dalam Kad Skor Keandalan Modul PV PVEL 2022

JA Solar Technology Co., Ltd.
2022-05-20 15:17 437

BEIJING20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Memetik prestasi produk yang cemerlang, PV Evolution Labs ("PVEL") mengiktiraf JA Solar sebagai "Pelaksana Terbaik" buat kali ketujuh dalam Kad Skor Keandalan Modul PV PVEL 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini. PVEL ialah sebuah makmal ujian keandalan dan prestasi modul solar yang terkemuka.

PVEL menyenaraikan kedudukan para pengeluar modul PV berdasarkan ujian Program Kelayakan Produk (PQP) sepanjang tempoh 18 bulan. PQP merangkumi ujian dan analisis kitaran terma (TC600), haba lembap (DH2000), urutan tegasan mekanikal (MSS), degradasi teraruh berpotensi (PID192), degradasi teraruh cahaya (LID), degradasi teraruh cahaya dan suhu ditingkatkan (LeTID) dan banyak lagi.

Berbanding dengan kebanyakan ujian terpiawai, PQP adalah lebih ketat dari segi keadaan mahupun urutan ujian. Lantarannya, keputusan yang diperoleh adalah lebih terperinci dan signifikan untuk senario aplikasi modul praktikal. Keputusan PQP menyediakan data keandalan dan prestasi yang bebas dan konsisten kepada pemaju projek solar, pelabur dan pemilik aset untuk pilihan produk PV yang andal dan pengurusan pembekal yang berkesan.

Designasi "Pelaksana Terbaik" ketujuh ini mendemonstrasikan inovasi berterusan JA Solar dalam produk dan teknologi. Menurut data daripada ujian hasil tenaga setahun (Februari 2021-Februari 2022) yang dijalankan secara bersama oleh JA Solar dan TUV Nord, penjanaan kuasa setiap watt modul DeepBlue 3.0 JA Solar adalah kira-kira 1.6% lebih tinggi berbanding modul semasa yang amat besar.

Dengan mengutamakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk PV dan pelbagai aplikasi mereka, JA Solar menunjukkan komitmennya untuk menggalakkan pembangunan dan aplikasi teknologi PV yang berkecekapan tinggi. Dengan menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia, JA Solar meraih pengiktirafan dalam industri ini dan dianugerahkan meterai "Top Brand PV" daripada EUPD Research di Eropah, MENA, Chile, Mexico, Australia, dan Vietnam. 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research