omniture

Alami Keupayaan Gelintar Selari pada HUAWEI Mate Xs 2 dengan Petal Search

Petal Search, Huawei
2022-05-20 21:43 1285

Maksimumkan kecekapan anda melalui pengalaman gelintar selari yang baharu 

MILAN, 20 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Menerusi pelancaran terkini HUAWEI Mate Xs 2, pengguna dibawakan dengan telefon boleh lipat yang nipis dan ringan, namun masih dilengkapi dengan teknologi unggulan HUAWEI. HUAWEI Mate Xs 2 memperkenalkan keupayaan berbilang tetingkap pintar yang dapat meluaskan lagi penggunaan telefon ini yang melaksanakan interaksi kolaboratif antara aplikasi yang berbeza bagi mencapai kesinambungan yang lebih baik. Sehubungan itu, Petal Search telah menerima pakai dan menambah baik untuk berfungsi seiring dengan fungsi-fungsi gelintar selari yang baharu.


Pengalaman gelintar selari di Petal Search meningkatkan kecekapan

Beradaptasi kepada kehidupan pengguna hari ini yang sentiasa aktif, Petal Search membolehkan pengguna menggandakan kecekapan mereka dalam mengalami susun atur baharu enjin gelintar.

Dengan Petal Search yang kini dioptimumkan untuk skrin boleh lipat, pengguna boleh mencari pelbagai topik bermula daripada berita, aplikasi, membeli-belah, perkhidmatan berdekatan dan banyak lagi pada paparan boleh lipat True-Chroma 7.8-inci daripada HUAWEI Mate Xs 2 baharu. Dengan satu ketikan pada bar gelintar, fungsi Gelintar Selari diaktifkan secara automatik apabila butiran carian dipaparkan dengan lancar pada kedua-dua skrin dalam susun atur dwi-tetingkap. Reka bentuk interaktif ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas pada skrin yang lebih besar untuk meningkatkan kecekapan walaupun semasa menyemak imbas pada waktu lapang.

Petal Search menyediakan kepada pengguna dengan fungsi Gelintar Selari, membolehkan bahagian perkhidmatan carian berbeza yang digunakan oleh pengguna dipaparkan pada kedua-dua skrin secara serentak. Maklumat berharga akan digandakan, operasi rumit akan dikurangkan sebanyak separuh dan kecekapan akan ditingkatkan sebanyak 100%.

Gelintar Selari membolehkan pengguna melihat serta-merta keputusan carian pada satu skrin dan dalam masa yang sama masih menatal untuk mencari pilihan lebih lanjut pada skrin satu lagi. Sebagai contoh, tatal melalui pilihan makanan berhampiran pada satu skrin dan dalam masa yang sama memaparkan maklumat terperinci mengenai seleksi pilihan pada satu lagi skrin, tawaran, menu, foto makanan, ulasan, memesan dalam talian dan sebagainya. Dengan susun atur yang versatil, pengguna berupaya mengalami pengalaman semak imbas yang lancar dan cekap.

Dengan membeli-belah dalam talian menjadi pilihan kebanyakan orang, kajian menunjukkan bahawa kira-kira 51% pengguna melawat sehingga 4 laman web sebelum mengambil keputusan untuk membeli produk (Sumber: People Comparison Shop). Bagi membantu pengguna dalam carian mereka, fungsi carian baharu dapat memaparkan butiran produk kesemuanya pada satu halaman bagi membolehkan perbandingan yang mudah antara 2 barang. Di samping itu, Petal Search membolehkan pengguna menjalankan 2 perkhidmatan carian secara serentak, seperti aplikasi penstriman video pada satu skrin HUAWEI Mate Xs 2 sambil membaca berita mutakhir pada satu lagi skrin.

Carian Semua-Dalam-Satu untuk pengalaman carian imersif

Dengan fungsi Gelintar Selari Petal Search, pengguna berpeluang memilih antara 2 mod pandangan yang berbeza. Dengan mod dwi-tetingkap, pengguna dapat melihat bahagian carian yang berbeza pada setiap skrin yang meningkatkan kecekapan. Atau sekiranya pengguna memerlukan pandangan yang lebih baik, mod tetingkap tunggal menyediakan pandangan yang lebih besar untuk pengalaman carian yang lebih imersif.

Nikmati pengalaman carian imersif pada skrin besar HUAWEI Mate Xs 2 baharu dengan Carian Semua-Dalam-Satu Petal Search. Dengan menjalin kerjasama dengan lebih 3,000 peniaga e-dagang, pelancongan dan tempatan yang utama, Petal Search mengoptimumkan kemudahan membeli-belah, pelancongan dan lebih daripada 20 kategori carian vertikal lain untuk dicari oleh pengguna.

Alami kuasa carian sebenar apabila bercakap soal masa lapang. Cari tawaran menarik, bandingkan barangan dan harga serta banyak lagi tanpa perlu membuka tab tambahan, apabila membeli-belah secara dalam talian dengan Petal Search. Selain itu, rancang percutian anda yang seterusnya bersama Petal Search dengan membandingkan harga tiket penerbangan dan hotel kesemuanya pada satu halaman. Ayuh dan bawa pengalaman carian anda ke tahap seterusnya!

Berdasarkan kepada strategi senario penuh 1+8+N Huawei dan keupayaan adaptasi perkakasan dan perisian, Petal Search menyasarkan untuk menyediakan pengalaman carian yang lancar dan konsisten kepada pengguna.

Untuk memuat turun dan mengalami Petal Search, sila kunjungi: https://bit.ly/3rpGYGY

Source: Petal Search, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services