omniture

Karyopharm dan Menarini Group Menerima Pandangan Positif CHMP Terhadap NEXPOVIO® (selinexor) Untuk Rawatan Pesakit yang Mengalami Mieloma Berbilang Refraktori

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2022-05-22 21:22 229

-- Keputusan Suruhanjaya Eropah Dijangka Akan Diperoleh Dalam Masa Kira-kira 60 hari -- 

NEWTON, Massachusetts dan FLORENCE, Itali, 22 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Karyopharm Therapeutics Inc. (Nasdaq: KPTI), sebuah syarikat farmaseutikal peringkat komersial yang merintis terapi kanser baharu dan Menarini Group ("Menarini"), sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa terkemuka milik persendirian, hari ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa Produk Perubatan untuk Kegunaan Manusia (CHMP) Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) telah menerima pakai pendapat positif yang mengesyorkan kelulusan NEXPOVIO® (selinexor), perencat exportin 1 (XPO1) oral terbaik, dengan gabungan bortezomib (Velcade®) sekali seminggu dan deksametason (SVd) dos rendah untuk rawatan pesakit dewasa yang menghidap mieloma berbilang yang telah menerima satu hingga tiga barisan terapi sebelumnya.

Pendapat CHMP yang positif ini merupakan satu saranan saintifik terhadap kebenaran pemasaran dan juga salah satu langkah terakhir sebelum Suruhanjaya Eropah (EC) membuat keputusan tentang penggunaan NEXPOVIO Karyopharm. Keputusan EC dijangka diperoleh dalam masa kira-kira 60 hari selepas saranan CHMP tersebut. Pada bulan Disember 2021, Karyopharm dan Menarini Group telah memeterai perjanjian lesen eksklusif untuk mengkomersialkan NEXPOVIO® (selinexor) di Eropah.

"Walaupun terdapat kemajuan terapeutik yang dicapai, mieloma berbilang kekal sebagai sejenis penyakit tanpa penawar yang sukar dirawat," kata Richard Paulson, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Karyopharm. "Pandangan CHMP yang positif hari ini membawa kami selangkah lebih dekat ke arah matlamat kami untuk memastikan NEXPOVIO tersedia kepada pesakit di seluruh dunia dan boleh mendapat manfaat daripada mekanisme tindakannya yang baharu. Kami gembira dengan kehadiran Menarini sebagai rakan kongsi dalam inisiatif ini, memandangkan kepakaran pengkomersialan yang dimilikinya serta warisan dan jejaknya yang kukuh di Eropah."

"Kami teruja dengan saranan CHMP yang memihak kepada NEXPOVIO serta kesan yang ditunjukkan pada pesakit mieloma berbilang yang memerlukan pilihan rawatan baharu dan inovatif," kata Elcin Barker Ergun, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini. "Dengan potensi kebenaran pemasaran yang bakal diperolehi daripada EC, kami akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan rawatan penting ini tersedia kepada pesakit di Eropah."

Permohonan Karyopharm disokong oleh data daripada kajian Fasa 3 BOSTON yang menilai rejimen SVd triplet pada penghidap mieloma berbilang yang berulang atau refraktori (tegar) dan diterbitkan dalam The Lancet (Grosicki, et al.) pada bulan November 2020. Pandangan daripada CHMP ini adalah susulan kelulusan XPOVIO® (selinexor) oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. pada bulan Disember 2020 dengan gabungan SVd pada pesakit yang menghidap mieloma berbilang selepas sekurang-kurangnya satu terapi terdahulu.

Tentang Kajian Fasa 3 BOSTON yang Penting

Kajian Fasa 3 BOSTON, ( singkatan bagi Bortezomib, Selinexor and Dexamethasone) ialah sebuah kajian rawak pelbagai pusat (NCT03110562) yang menilai 402 orang pesakit dewasa yang menghidap mieloma berbilang berulang atau refraktori dan telah menerima satu hingga tiga barisan terapi terdahulu. Kajian ini direka untuk membandingkan keberkesanan, keselamatan dan parameter kualiti hidup berkaitan kesihatan tertentu bagi SVd sekali seminggu berbanding bortezomib dua kali seminggu dan deksametason (Vd) dos rendah. Titik akhir utama kajian ini ialah kelangsungan hidup bebas perkembangan (PFS) dan titik akhir kedua yang penting termasuk kadar tindak balas keseluruhan (ORR), kadar neuropati periferal dan lain-lain. Selain itu, kajian BOSTON ini membenarkan pesakit dalam kumpulan kawalan Vd untuk merentas ke kumpulan SVd mengikut perkembangan objektif (kuantitatif) penyakit yang disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Bebas (IRC). Kajian BOSTON dijalankan di lebih 150 buah tapak klinikal di peringkat antarabangsa.

Walaupun kajian ini mempunyai perkadaran yang tinggi bagi pesakit dengan sitogenetik berisiko tinggi (~ 50%), berbanding kajian berasaskan Velcade® lain bagi mieloma yang dirawat sebelum ini, median PFS bagi kumpulan SVd ialah 13.93 bulan berbanding 9.46 bulan bagi kumpulan Vd yang mewakili peningkatan sebanyak 4.47 bulan (47%) bagi median PFS (nisbah bahaya (HR)=0.70; p=0.0075). Kumpulan SVd juga menunjukkan ORR yang lebih besar berbanding kumpulan Vd (76.4% berbanding 62.3%, p=0.0012). Pesakit yang pernah menerima hanya satu barisan terapi terdahulu turut menunjukkan ORR yang lebih tinggi bagi kumpulan SVd berbanding kumpulan Vd (80.8% berbanding 65.7%, p=0.0082). Yang penting, terapi SVd jika dibandingkan dengan terapi Vd, menunjukkan manfaat PFS yang konsisten dan ORR yang lebih tinggi dalam beberapa subkumpulan yang penting.

Di samping itu, hasil berikut juga memihak kepada terapi SVd berbanding terapi Vd:

  • Terapi SVd menunjukkan kadar tindak balas mendalam yang jauh lebih tinggi yang ditakrifkan sebagai ≥ Tindak Balas Separa Sangat Baik berbanding terapi Vd (44.6% berbanding 32.4%) serta tempoh median tindak balas yang lebih lama (20.3 bulan berbanding 12.9 bulan). Selain itu, 16.9% pesakit dalam kumpulan SVd telah mencapai tindak balas lengkap atau tindak balas lengkap yang ketat berbanding 10.6% pesakit yang menerima terapi Vd.  Semua tindak balas telah disahkan oleh IRC.
  • Data setakat tarikh tamat pada 15 Februari 2021 menunjukkan trend ke arah manfaat kelangsungan hidup keseluruhan (OS) yang berkaitan dengan terapi SVd dengan bilangan kematian yang kurang, yang dilaporkan pada kumpulan SVd (68 berbanding 80). Median OS untuk kumpulan SVd ialah 36.7 bulan, manakala median OS untuk kumpulan Vd ialah 32.8 bulan.
  • Kadar neuropati periferal (PN) adalah jauh lebih rendah pada kumpulan SVd berbanding Vd (32.3% berbanding 47.1%; p=0.0010). Selain itu, kadar PN bagi gred ≥2 juga amat rendah dalam kumpulan SVd berbanding Vd (21.0% berbanding 34.3%, p=0.0013).

Peristiwa mudarat yang paling biasa (AE; ≥20%) ialah sitopenia yang disertai dengan gejala gastrousus dan gejala resam serta konsisten dengan yang dilaporkan sebelum ini daripada kajian selinexor yang lain. Kebanyakan peristiwa mudarat diuruskan dengan dos yang diubah suai dan/atau penjagaan sokongan standard. Peristiwa mudarat bukan hematologi yang paling biasa ialah keletihan (59%), loya (50%), selera makan berkurangan (35%), cirit-birit (32%), neuropati periferal (32%), jangkitan saluran pernafasan atas (29%), penurunan berat badan (26%), katarak (22%) dan muntah (21%) dan kebanyakan daripadanya adalah peristiwa Gred 1 dan 2. Peristiwa mudarat Gred 3 dan 4 yang paling biasa (≥10%) ialah trombositopenia, limfopenia, hipofosfatemia, anemia, hiponatremia dan neutropenia.

Tentang Mieloma Berbilang di Eropah 

Mieloma berbilang ialah sejenis kanser yang tidak boleh diubati dengan morbiditi yang ketara serta merupakan hematologi malignan kedua yang paling biasa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada tahun 2020, terdapat kira-kira 51,000 kes baharu dan 32,000 kematian akibat mieloma berbilang di Eropah1. Walaupun rawatan mieloma berbilang telah bertambah baik sejak 20 tahun yang lalu dan kelangsungan hidup keseluruhan telah meningkat dengan ketara, penyakit ini masih tidak dapat diubati dan hampir semua pesakit akan akhirnya mengalami pengulangan dan mendapat penyakit yang tegar terhadap semua terapi antimieloma yang diluluskan. Oleh itu, masih terdapat keperluan perubatan yang tinggi yang belum dipenuhi terhadap terapi baharu, terutamanya mereka yang mempunyai mekanisme tindakan baharu.

Tentang NEXPOVIO® (selinexor) 

NEXPOVIO yang dipasarkan sebagai XPOVIO di A.S. merupakan perencat exportin 1 (XPO1) oral terbaik. NEXPOVIO berfungsi dengan mengikat dan merencat eksport nuklear protein exportin 1 (XPO1 yang juga dikenali sebagai CRM1) secara selektif. NEXPOVIO menghalang eksport nuklear bagi penindas tumor, pertumbuhan protein kawal atur dan antikeradangan yang membawa kepada pengumpulan protein ini dalam nukleus dan meningkatkan aktiviti antikansernya di dalam sel. Pengekalan nuklear secara paksa bagi protein ini boleh menghalang pelbagai laluan onkogenik yang sekiranya tidak diperiksa, membolehkan sel-sel kanser yang mengalami kerosakan DNA yang teruk untuk terus membiak dan membahagi dengan cara yang tidak terkawal. NEXPOVIO telah diberi kebenaran pemasaran bersyarat oleh Suruhanjaya Eropah, dalam gabungan dengan deksametason untuk rawatan mieloma berbilang pada pesakit dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya empat terapi terdahulu dan penyakit tersebut adalah tegar kepada sekurang-kurangnya dua perencat proteasome, dua agen imunomodulatori dan antibodi monoklonal anti-CD38 yang telah menunjukkan perkembangan penyakit pada terapi terakhir.

Petunjuk terapeutik untuk NEXPOVIO di Negara-negara Anggota EU serta Iceland, Liechtenstein, Norway dan Ireland Utara.  NEXPOVIO juga diluluskan di UK di bawah Kebenaran Pemasaran Bersyarat.

NEXPOVIO ditunjukkan dengan gabungan deksametason untuk rawatan mieloma berbilang pada pesakit dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya empat terapi terdahulu dan penyakit tersebut adalah tegar kepada sekurang-kurangnya dua perencat proteasome, dua agen imunomodulatori dan antibodi monoklonal anti-CD38 yang telah menunjukkan perkembangan penyakit pada terapi terakhir.

MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING 

Kontraindikasi:  Hipersensitiviti kepada selinexor.

Amaran khas dan langkah penggunaan berjaga-jaga:

Rawatan serentak yang disyorkan 

Pesakit perlu dinasihatkan untuk mengekalkan pengambilan cecair dan kalori yang mencukupi sepanjang rawatan. Penghidratan intravena perlu dipertimbangkan untuk pesakit yang berisiko mengalami dehidrasi.

Rawatan serentak profilaksis dengan antagonis 5-HT3 dan/atau agen antimual yang lain perlu disediakan sebelum dan semasa rawatan dengan NEXPOVIO.

Haematologi: 

Pesakit hendaklah menjalani penilaian kiraan darah lengkap (CBC) pada garis dasar semasa rawatan dan seperti yang ditunjukkan secara klinikal. Pemantauan yang lebih kerap semasa dua bulan pertama rawatan.

Trombositopenia:

Kejadian trombositopenik (trombositopenia dan jumlah platelet berkurangan) sering dilaporkan berlaku pada pesakit dewasa yang menerima selinexor serta boleh menjadi teruk (Gred 3/4). Pesakit perlu dipantau untuk tanda-tanda dan gejala pendarahan serta dinilai dengan segera.

Neutropenia:

Neutropenia yang teruk (Gred 3/4) telah dilaporkan berlaku dengan penggunaan selinexor.

Pesakit yang menghidap neutropenia perlu dipantau untuk tanda-tanda jangkitan dan dinilai dengan segera.

Ketoksikan gastrousus:

Mual, muntah, cirit-birit yang kadangkala boleh menjadi teruk dan mungkin memerlukan penggunaan produk ubat-ubatan antimuntah dan anticirit-birit.

Kehilangan berat badan dan anoreksia:

Pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan berat badan, status dan jumlah pemakanan pada garis dasar semasa rawatan dan seperti yang ditunjukkan secara klinikal. Pemantauan perlu dilakukan lebih kerap semasa dua bulan pertama rawatan.

Keadaan keliru dan pening:

Pesakit perlu diarahkan untuk mengelakkan situasi di mana pening atau keadaan keliru mungkin menjadi masalah serta diarahkan untuk tidak mengambil produk ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan pening atau keadaan keliru tanpa mendapat nasihat perubatan yang mencukupi. Pesakit perlu dinasihatkan supaya tidak memandu atau mengendalikan jentera berat sehingga gejala hilang.

Hiponatraemia:

Pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan tahap natrium pada garis dasar semasa rawatan dan seperti yang ditunjukkan secara klinikal. Pemantauan perlu dilakukan lebih kerap semasa dua bulan pertama rawatan.

Sindrom tumor lisis (TLS):

TLS telah dilaporkan pada pesakit yang menerima terapi dengan selinexor. Pesakit yang berisiko tinggi terhadap TLS perlu dipantau dengan teliti. Rawat TLS dengan segera mengikut garis panduan institusi.

Kesuburan, kehamilan dan penyusuan 

Wanita yang berpotensi mengandung/pencegahan kehamilan pada lelaki dan wanita:

Wanita yang berpotensi mengandung dan pesakit lelaki dewasa yang berpotensi reproduktif hendaklah dinasihatkan untuk menggunakan langkah-langkah pencegahan kehamilan yang berkesan atau mengelakkan daripada melakukan hubungan kelamin semasa dirawat dengan selinexor dan sekurang-kurangnya selama 1 minggu selepas dos terakhir selinexor.

Kehamilan: 

Tiada data daripada penggunaan selinexor pada wanita hamil.  Selinexor tidak disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan dan pada wanita yang berpotensi mengandung yang tidak menggunakan pencegahan kehamilan.

Penyusuan susu ibu:

Tidak diketahui sama ada selinexor atau metabolitnya dikumuhkan dalam susu manusia. Risiko terhadap kanak-kanak yang menyusu badan tidak boleh dikecualikan. Penyusuan susu ibu perlu dihentikan semasa rawatan dengan selinexor dan selama 1 minggu selepas dos terakhir.

Kesan yang tidak diingini 

Ringkasan profil keselamatan 

Kesan mudarat yang paling kerap berlaku (≥30%) melalui pengambilan gabungan selinexor dengan deksametason ialah loya, trombositopenia, keletihan, anemia, penurunan selera makan, penurunan berat badan, cirit-birit, muntah, hiponatremia, neutropenia dan leukopenia.

Kesan mudarat serius yang paling sering dilaporkan (≥3%) ialah pneumonia, sepsis, trombositopenia, kecederaan buah pinggang akut dan anemia.

Keterangan kesan mudarat terpilih 

Jangkitan: Jangkitan merupakan ketoksikan bukan hematologi yang paling biasa. Jangkitan saluran pernafasan atas dan pneumonia merupakan jangkitan yang paling sering dilaporkan dengan 25% daripada jangkitan yang dilaporkan ialah jangkitan serius dan membawa maut yang berlaku pada 3% pesakit dewasa yang dirawat.

Populasi warga emas 

Pesakit yang berusia 75 tahun ke atas mempunyai insiden pemberhentian penggunaannya yang lebih tinggi disebabkan kesan mudarat serta insiden yang lebih tinggi bagi kesan mudarat yang serius dan yang membawa maut.

Melaporkan kesan mudarat yang disyaki 

Melaporkan kesan mudarat yang disyaki selepas kebenaran produk perubatan ini adalah penting. Ia membolehkan pemantauan berterusan terhadap keseimbangan manfaat/risiko produk perubatan ini. Para profesional penjagaan kesihatan diminta untuk melaporkan sebarang kesan mudarat yang disyaki melalui sistem pelaporan negara yang disenaraikan di Lampiran V.

Sila lihat Ringkasan Ciri-ciri Produk NEXPOVIO dan Laporan Penilaian Am Eropah di https://ec.europa.eu/health/documents/community-register/html/h1537.htm

Tentang Karyopharm Therapeutics 

Karyopharm Therapeutics Inc. (Nasdaq: KPTI) ialah sebuah syarikat farmaseutikal peringkat komersial yang merintis terapi kanser baharu. Sejak penubuhannya, Karyopharm telah menjadi peneraju industri dalam teknologi sebatian Perencat Terpilih untuk Eksport Nuklear (SINE) oral yang dibangunkan untuk menangani mekanisme asas onkogenesis: nyahpengawalaturan eksport nuklear. Sebatian SINE Karyopharm yang terkemuka serta perencat exportin 1 (XPO1) terbaiknya, XPOVIO® (selinexor), diluluskan di A.S. dan dipasarkan oleh Syarikat ini dalam tiga petunjuk onkologi dan telah menerima kelulusan kawal selia bagi pelbagai petunjuk dengan pertumbuhan yang semakin meningkat di bekas wilayah A.S. dan negara-negara yang meliputi Eropah dan United Kingdom (dikenali sebagai NEXPOVIO®), China dan Singapura. Karyopharm mempunyai perancangan tertumpu yang menyasarkan pelbagai petunjuk kanser keperluan tinggi yang belum dipenuhi, termasuk kanser endometrium, sindrom mielodisplastik dan mielofibrosis. Untuk maklumat lanjut tentang tenaga kerja, sains dan perancangan kami, sila layari www.karyopharm.com dan ikuti kami di Twitter di @Karyopharm dan LinkedIn.

Tentang Menarini Group 

Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal dan diagnostik antarabangsa terkemuka, dengan perolehan bernilai melebihi $4 bilion dan mempunyai lebih 17,000 orang pekerja. Menarini memberi tumpuan kepada bidang terapeutik berkeperluan tinggi yang tidak dipenuhi dengan produk untuk onkologi, kardiologi, pneumologi, gastroenterologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesia. Dengan 18 buah tapak pengeluaran serta 9 buah pusat Penyelidikan dan Pembangunan, produk Menarini boleh didapati di 140 buah negara di seluruh dunia.

Menarini mempunyai komitmen yang tinggi untuk membangunkan rawatan bagi menangani penyakit onkologi dan hematologi. Menarini membangunkan Elzonris (dipasarkan di AS dan Eropah untuk BPDCN) secara aktif bagi malignansi hematologi berbilang termasuk AML, CMML dan mielofibrosis serta elacestrant dan felezenexor untuk onkologi. Selain itu, FDA baru-baru ini menganugerahkan MEN1703 iaitu gelaran ubat orphan untuk AML. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.menarini.com.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Kenyataan berpandangan ke hadapan yang dimaksudkan merangkumi kenyataan yang berkaitan dengan potensi kelulusan dan pelancaran komersial NEXPOVIO di Kesatuan Eropah[Eropah]; keupayaan selinexor untuk merawat pesakit yang menghidap mieloma berbilang; dan jangkaan yang berkaitan dengan pembangunan klinikal masa depan serta potensi penyerahan kawal selia selinexor.  Pernyataan tersebut tertakluk kepada pelbagai faktor penting, risiko dan ketidakpastian yang kebanyakannya adalah di luar kawalan Karyopharm, yang boleh menyebabkan peristiwa atau hasil sebenar berbeza secara material daripada jangkaan semasa Karyopharm. Sebagai contoh, tiada jaminan bahawa Karyopharm akan berjaya mengkomersialkan XPOVIO atau mana-mana calon ubat Karyopharm, termasuk selinexor dan eltanexor, akan berjaya melengkapkan fasa pembangunan klinikal yang diperlukan atau bahawa pembangunan mana-mana calon ubat Karyopharm akan diteruskan. Seterusnya, tiada jaminan bahawa sebarang perkembangan positif dalam pembangunan atau pengkomersialan portfolio calon ubat-ubatan Karyopharm akan menyebabkan kenaikan harga saham. Oleh itu, jangkaan pihak pengurusan dan mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini juga boleh dipengaruhi oleh risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan beberapa faktor lain, termasuk yang berikut: risiko bahawa pandemik COVID-19 boleh mengganggu perniagaan Karyopharm dengan lebih teruk daripada yang dijangkakan pada masa ini, termasuk kesan negatif terhadap jualan XPOVIO, mengganggu atau melambatkan usaha penyelidikan dan pembangunan, memberi kesan kepada keupayaan untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi untuk pembangunan dan pengkomersialan selinexor atau calon produk yang lain, melewatkan ujian klinikal yang sedang dijalankan atau yang dirancang, menghalang pelaksanaan rancangan perniagaan, pencapaian dan garis masa peraturan yang dirancang atau menyusahkan pesakit; penerimagunaan XPOVIO di pasaran komersial, masa dan kos yang terlibat dalam mengkomersialkan XPOVIO atau mana-mana calon ubat Karyopharm yang menerima kelulusan kawal selia; keupayaan untuk memperoleh dan mengekalkan kelulusan kawal selia XPOVIO atau mana-mana calon ubat Karyopharm yang menerima kelulusan kawal selia; hasil ujian klinikal dan kajian praklinikal Karyopharm termasuk analisis data sedia ada dan data baharu yang diterima daripada kajian yang sedang dijalankan dan akan datang; kandungan dan masa keputusan dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. dan pihak berkuasa kawal selia yang lain, badan semakan penyelidikan di tapak ujian klinikal dan badan semakan penerbitan, termasuk berkenaan dengan keperluan untuk kajian klinikal tambahan; keupayaan Karyopharm atau rakan usaha sama pihak ketiganya atau pengganti yang berminat untuk melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab masing-masing di bawah perjanjian yang berkenaan ini dan potensi implikasi kewangan masa depan perjanjian tersebut; keupayaan Karyopharm untuk mendaftarkan pesakit dalam ujian klinikalnya; keperluan tunai dan perbelanjaan yang tidak dirancang; pembangunan atau kelulusan kawal selia bagi calon ubat oleh pesaing Karyopharm untuk produk atau calon produk di mana Karyopharm kini sedang mengkomersialkan atau membangunkannya; serta keupayaan Karyopharm untuk memperoleh, mengekalkan dan menguatkuasakan paten dan perlindungan harta intelek yang lain untuk mana-mana produk atau calon produknya. Risiko ini dan lain-lain risiko yang diterangkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Suku Tahunan Karyopharm pada Borang 10-Q untuk suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2022 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada 5 Mei 2022 dan dalam pemfailan lain yang mungkin dibuat oleh Karyopharm dengan SEC pada masa akan datang. Mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh ini dan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Karyopharm secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Rujukan 

1 Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2020. https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/cancers/35-Multiple-myeloma-fact-sheet.pdf

Logo- https://mma.prnasia.com/media2/652491/MENARINI_Group_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Related Stocks:
NASDAQ:KPTI
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services