omniture

Shanghai Electric Bekerjasama dengan Rakan Kongsi Pastikan Kemajuan Projek-projek Antarabangsanya

Shanghai Electric
2022-05-23 08:19 170

SHANGHAI23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727. HK) mengumumkan bahawa beberapa pencapaian telah dilakar untuk projek-projek antarabangsa utamanya sejak awal tahun ini. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga utama di dunia, syarikat ini terus menggiatkan usahanya dalam mempercepatkan kemajuan usaha pembinaannya di serata dunia di tengah-tengah ketidakpastian global yang dibawa oleh kemunculan semula COVID-19 yang tercetus kembali dan gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan.

Dua projek mercu tandanya – projek loji janakuasa kitaran tergabung 800-Megawatt Rupsha dan projek loji janakuasa fotovolta Yakai Jepun – berjalan lancar, dengan Shanghai Electric Guoxuan New Energy Technology Co., Ltd (Electric Guoxuan), subsidiari Shanghai Electric Power Generation Group, yang baru-baru ini menandatangani kontrak dengan Pacific Green Technologies Group (PGTK) bagi projek storan tenaga bateri 1&2 REP di UK semasa persidangan dalam talian.

Projek Storan Tenaga 1&2 REP UK 

Terdiri daripada dua tapak dengan jumlah kapasiti 100MW/100MWH, projek storan tenaga 1&2 REP UK, terletak di Ridgeborough Energy Park, Kent, merupakan sebahagian daripada perjanjian eksklusif antara PGTK dan TUPA Energy Limited untuk membangunkan sehingga 1,100MW sistem storan tenaga bateri ("BESS") di negara berkenaan.

Ia merupakan kali pertama buat Shanghai Electric Power Generation Group untuk mengambil bahagian dalam sebuah projek antarabangsa sebagai kontraktor utama, bekerjasama dengan PGTK untuk mengumpul yang terbaik daripada kepakaran dan sumber mereka untuk membantu UK mempercepatkan transformasi tenaga. Kedua-dua pihak telah memulakan proses mereka bentuk, dengan kumpulan bekalan pertama dijangka akan dihantar dalam suku ketiga tahun 2022.

Projek Loji Janakuasa Kitaran Tergabung 800-Megawatt Rupsha Bangladesh

Dibiayai oleh Asian Development Bank, projek berkenaan menampilkan dua turbin gas kitaran-tergabung kelas-F satu-dengan-satu dan ia akan menjadi stesen janakuasa turbin gas terbesar yang pernah dibina di negara berkenaan. Terletak di Bahagian Khulna, bahagian kedua terbesar Bangladesh, projek berkenaan bermatlamat untuk mengurangkan tekanan ke atas bekalan kuasa di wilayah-wilayah barat daya negara berkenaan sebagai sebahagian daripada strategi negara Bangladesh untuk mengukuhkan lagi keselamatan tenaganya, memainkan peranan penting dalam merangsang ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Pembinaan projek berkenaan telah melakar kemajuan penting baru-baru ini setelah Shanghai Electric mengumumkan bahawa kerja-kerja mengangkat turbin gas No.1 itu selesai, membuka jalan untuk peringkat pemasangan peralatan utamanya. Pengumuman berkenaan dibuat selepas operasi pembinaan di lapangan terhenti ekoran pelbagai cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan musim kering yang menghalang penghantaran bahan-bahan binaan bersaiz besar. Dalam menghadapi kesukaran dan cabaran, Shanghai Electric berkoordinasi dengan semua pasukan bagi menjamin agar penghantaran dibuat tepat pada masanya, mempercepatkan kemajuan keseluruhan dengan signifikan.

Projek Loji Janakuasa Kitaran Tergabung 800-Megawatt Rupsha Bangladesh
Projek Loji Janakuasa Kitaran Tergabung 800-Megawatt Rupsha Bangladesh

Projek Loji Janakuasa Fotovolta Yakai Jepun 

Pada 14 April, loji janakuasa fotovolta Yakai di Jepun berjaya dihubungkan ke grid kuasa dengan sokongan daripada subkontraktor tempatan dan syarikat-syarikat janakuasa. Loji solar berkenaan, yang pertama seumpamanya dibangunkan oleh Shanghai Electric di negara berkenaan, kini beroperasi dengan kapasiti penuh untuk menyediakan lebih 20-megawatt tenaga boleh diperbaharui untuk isi rumah dan perniagaan tempatan.

Penyiapan projek yang tepat pada masanya adalah hasil daripada usaha bersama antara pasukan Shanghai Electric dan rakan-rakan kongsinya untuk mengurangkan impak gelombang ketujuh wabak COVID-19 Jepun dan gempa bumi berukuran 7.3 magnitud yang melanda Fukushima pada 16 Mac. Shanghai Electric turut berkoordinasi dengan kerajaan tempatan dan syarikat-syarikat janakuasa bagi membolehkan loji janakuasa tersebut memulakan operasi komersial lebih awal daripada yang dijadualkan selaras dengan undang-undang dan peraturan tempatan, seterusnya membolehkan pemilik memaksimumkan pulangan ke atas projek tersebut.

Projek Loji Janakuasa Fotovolta Yakai Jepun
Projek Loji Janakuasa Fotovolta Yakai Jepun

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Green Technology Oil/Energy Utilities