omniture

Risen Energy Bawakan Modul Solar Bumbung berasaskan 210mm Terkini ke Intersolar Europe 2022

Risen Energy Co., Ltd
2022-05-23 08:31 185

NINGBO, China, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Risen Energy ("Syarikat"), pengeluar modul solar yang terkemuka di China, mengambil bahagian dalam Intersolar Europe 2022 yang mana seluruh rangkaian penyelesaian solar yang terkini dipaparkan sepenuhnya mulai 11 hingga 13 Mei. Antara produk-produk yang dipamerkan di reruai A1.260, RSM130-8-430-450M menjadi tumpuan sebagai ahli terbaru dalam keluarga TITAN Risen Energy. Modul fotovolta (PV) kediaman ini mewarisi teknologi terkini daripada siri TITAN di samping menampilkan keandalan, kecekapan luar biasa serta output kuasa yang tiada tandingan yang dapat mencecah sehingga 450Wp, seterusnya menjadikannya salah satu produk yang paling ideal untuk sistem solar bumbung.

"Sekali lagi, kami berasa amat gembira untuk mengambil peluang ini bagi mempamerkan produk PV terkini kami serta rangkaian luas inovasi solar yang terkemuka di dunia di pameran tenaga solar yang terbesar di dunia ini. Modul solar berasaskan 210mm Risen Energy telah memenangi pengiktirafan seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang merupakan bukti kukuh keyakinan pengguna kami terhadap siri produk PV TITAN, NewT@N dan Hyper-ion Risen Energy," kata Wissin Ye, Pengurus Produk Risen Energy.

"Dipacu oleh visi kami untuk membuka kemungkinan yang belum diterokai dalam teknologi PV, Risen Energy telah mencipta modul solar berkualiti tinggi ini untuk siri TITAN, direka bentuk untuk membawa penyelesaian solar yang lebih hijau, lebih cekap dan fleksibel kepada pelanggan kami di seluruh dunia," tambah Wissin Ye.

Sebagai penaiktarafan untuk modul solar PERC monohabluran berprestasi tinggi sel-40 TITAN, RSM130-8-430-450M menampilkan julat output kuasa bermula daripada 430Wp hingga 450Wp, 10-20Wp lebih tinggi berbanding produk PV kediaman arus perdana lain yang tersedia dalam pasaran. Ia merupakan modul solar berbilang busbar yang dikeluarkan dengan teknologi pemotongan tak memusnah, berupaya untuk beroperasi pada kecekapan 21.7%, mengatasi prestasi rakan setaranya sebanyak 0.4%, seterusnya meningkatkan pulangan pelaburan solar untuk pengguna.

RSM130-8-430-450M kompak serta estetik dan menyediakan dua pilihan warna – hitam dan perak untuk rangka kelulinya, Bersama-sama produk-produk lain daripada siri TITAN, ia direka bentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan sistem solar bumbung teragih dengan lebih baik.

Latar Belakang Risen Energy 

Risen Energy ialah pengeluar bertaraf-kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, mendorong penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya. Inovasi teknologi-komersial, disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, melingkungi penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen Energy yang merupakan antara yang paling hebat dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan serta status keupayaan menjana keuntungan (bankability) kewangan yang mantap, kami komited dan berupaya untuk membina kolaborasi yang strategik dan saling memberi manfaat bersama rakan kongsi kami tatkala kami bersama-sama memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news