omniture

Pengeluar Topang dan Hentak Selepas Pasaran PRT Tunjukkan Komitmen Teguh kepada Rantau APAC dengan Produk Berkualiti Tinggi dan Tahan Lama

PRT (Performance Ride Technology)
2022-05-23 08:44 179

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik yang masih berterusan ini, pemilik kereta mencari jalan untuk memaksimumkan kenderaan mereka demi prestasi yang lebih baik dan tahan lama. Berhubung hal ini, pengeluar hentak dan topang PRT telah menyediakan alat ganti selepas pasaran (aftermarket) yang berkualiti tinggi, terutamanya di rantau Asia-Pasifik.

Perlindungan Utama Untuk Kenderaan Komersial di Asia
Perlindungan Utama Untuk Kenderaan Komersial di Asia

Penaiktarafan alat ganti selepas pasaran menjadi mudah 

Walaupun sesetengah pemilik kereta persendirian dan perniagaan yang menggunakan kenderaan komersial mengelakkan daripada menggunakan alat ganti selepas pasaran ekoran sifatnya yang rumit, pemasangan topang PRT menampilkan topang premium, plat galas, pegas gegelung, penutup habuk dan tempat duduk spring dalam satu pakej bersih, lalu menjadikannya sangat mudah dan senang dipasang.

Justeru itu, pelanggan mendapat prestasi dan ketahanan yang optimum daripada kenderaan mereka terutamanya untuk pemilik perniagaan yang memerlukannya untuk kegunaan komersial.

Kenderaan lebih baik untuk keadaan mencabar 

Faedah-faedah ini amat diperlukan di rantau APAC, yang mana pasaran kenderaan komersial dijangka mencapai nilai $67.97 bilion menjelang tahun 2027 menurut Mordor Intelligence

Walaupun pertumbuhan yang diunjurkan ini sememangnya berita baik, negara-negara bergelut untuk bersaing dalam membina infrastruktur berkualiti yang menonjolkan keperluan terhadap kenderaan komersial yang andal dan tahan lama yang mampu bertahan daripada keadaan jalan raya yang kurang ideal.

Produk tersedia dan andal 

"Dengan industri kenderaan komersial APAC dijangka untuk bangkit semula pada tahun 2022, PRT berkedudukan baik untuk membekalkan Hentakan dan Topang yang berkualiti tinggi kepada Selepas Pasaran. Sebagai pengeluar OEM, kami terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan produk-produk serba baharu, bagi membawa penyelesaian yang terbaik kepada pelanggan Selepas Pasaran kami di Asia," kata Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT.

PRT mempunyai rangkaian luas produk yang tersedia di APAC dengan lebih 27,000 perlindungan rujukan OEM, termasuk model-model penting seperti Toyota Hilux, Ford F-150, Nissan Titan, Isuzu D-Max, Toyota Commuter dan Mazda BT-50.

Penyerap hentakan PRT mempunyai ciri-ciri canggih seperti bertekanan nitrogen untuk menghapuskan buih dan rongga, mempunyai pengedap omboh Teflon serta mempunyai reka bentuk injap shim berbilang keadaan, antara lain.

Latar Belakang PRT 

PRT (Performance Ride Technology) telah beroperasi selama lebih daripada 27 tahun dan memiliki kehadiran yang penting di lebih 67 negara. PRT menghasilkan alat ganti yang boleh digunakan hampir dalam semua jenis kenderaan, bermula daripada kereta, SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi piawaian kualiti yang paling ketat bagi pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.prtautoparts.com

 

 

 

 

Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Transportation