omniture

Unilumin Hadiri ISE dan Terima Pujian Pelanggan

Unilumin Group
2022-05-23 09:15 173

BARCELONA, Sepanyol, 23 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 -13 Mei, Barcelona, Sepanyol, Unilumin mengambil bahagian dalam ISE, pameran yang terkenal di seluruh dunia dan mengadakan sidang media Metasight yang menggamit perhatian.

Sidang Media Metasight Unilumin di ISE
Sidang Media Metasight Unilumin di ISE

Menjadi peneraju dalam industri cahaya & paparan, Unilumin membuka persidangan berkenaan dengan "Hello Metasight, Together for a brighter future" ("Hai Metasight, Bersama-sama demi masa depan lebih cerah") sebagai tema dan mengemukakan konsep Metasight. Unilumin mempersembahkan dan menonjolkan integrasi teknologi pencahayaan dan paparan LED serta masa depan ekologi cahaya & paparan yang cerah.

Berdasarkan kepada keperluan pelanggan, Unilumin berkongsi pandangannya tentang trend industri yang tidak dapat dielakkan iaitu mengintegrasikan pencahayaan dan paparan LED. Berdasarkan kepada tujuh senario aplikasi cahaya & paparan, Unilumin melancarkan penyelesaian bersepadu iaitu perkakasan + sistem + perisian + kandungan + cahaya & paparan interaktif.

Di sidang media ini, penyelesaian teknikal termaju dan konsep pembangunan yang inovatif memukau penonton. Konsep Metasight yang dikemukakan oleh Unilumin turut mendapat respons yang bersemangat dan perhatian daripada pelanggan, rakan industri, media global serta orang awam.

Benda Magnetic, sebagai salah satu daripada banyak pelanggan berkata di persidangan tersebut bahawa integrasi cahaya dan paparan yang produktif akan menggandakan atau malah melipatgandakan perniagaan mereka: "Pada masa lalu, saiz perniagaan kami mungkin hanya bernilai $10 juta, namun melalui integrasi, kami bukan sahaja dapat memperluaskan senario perniagaan baharu kami, tetapi juga meningkatkan kedalaman projek-projek kami. Saya percaya saiz perniagaan kami akan berpeluang untuk mencecah $50 juta."

Di media sosial, rakan industri dan media arus perdana turut mengambil bahagian dalam perbincangan yang ekstensif tentang integrasi cahaya serta paparan dan orang ramai menyuarakan harapan terhadap pembinaan ekologi cahaya dan paparan serta bandar-bandar futuristik yang menerima pakai cahaya dan paparan digital.

 

Source: Unilumin Group
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Semiconductors Trade show news