omniture

ZOTAC PAMER SEJAGAT KEMUNGKINAN BAHARU DI COMPUTEX 2022

ZOTAC Technology Limited
2022-05-24 12:00 354

HONG KONG, 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- ZOTAC Technology, pengeluar bertaraf global bagi inovasi, menyertai COMPUTEX 2022 dengan pengenalan eksklusif di Reruai Maya kami untuk anda terokai. Bermula dengan komputer peribadi (PC) boleh pakai sedia-Metaverse dan stesen kerja mini profesional, hinggalah sistem berciri penuh terkecil dan kad grafik paling maju, barisan produk inovatif kami yang mantap mengundang semua pengunjung untuk membayangkan semula bagaimana kita mencipta, bermain dan bekerja dalam sejagat digital yang baharu ini.

ZOTAC MEMPAMERKAN SEJAGAT KEMUNGKINAN BAHARU DI COMPUTEX 2022
ZOTAC MEMPAMERKAN SEJAGAT KEMUNGKINAN BAHARU DI COMPUTEX 2022

KOMPUTER PERIBADI BOLEH PAKAI PENERAJU INDUSTRI BAHARU 

KOMPUTER PERIBADI BOLEH PAKAI PENERAJU INDUSTRI BAHARU, ZOTAC VR GO 4.0.
KOMPUTER PERIBADI BOLEH PAKAI PENERAJU INDUSTRI BAHARU, ZOTAC VR GO 4.0.

ZOTAC VR GO 4.0 generasi baharu membawakan kebebasan pergerakan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan sambungan paling andal yang tidak dapat disediakan oleh mana-mana peranti VR tanpa wayar. VR GO 4.0 Backpack PC serba baharu ini kini dilengkapi dengan teknologi lebih canggih, membolehkan pembangun individu dan pereka bentuk 3D memvisualisasikan dan merealisasikan semua benda secara kreatif dalam Realiti Maya (VR), Realiti Imbuhan (AR) atau Realiti Bercampur (MR) untuk pembangunan kandungan VR, hiburan maya dan lebih banyak senario teknikal. Sementara untuk orang lain, penambahan perkakasan yang lebih berkuasa membolehkan lebih fideliti visual dan pengalaman VR yang imersif.

STESEN KERJA PROFESIONAL PALING NIPIS 

STESEN KERJA PROFESIONAL PALING NIPIS, ZBOX QTG7A4500.
STESEN KERJA PROFESIONAL PALING NIPIS, ZBOX QTG7A4500.

Stesen Kerja PC Mini ZBOX serba baharu dan paling hebat, ZBOX QTG7A4500, memperkasa pereka, jurutera, saintis data dan pencipta untuk menyelesaikan lebih banyak berbanding sebelum ini dalam jejak senipis yang mungkin. Ini merupakan gandingan pertama PC Mini ZBOX dengan GPU A4500 NVIDIA® RTX™ gred-profesional yang dikuasakan oleh seni bina NVIDIA Ampere, menampilkan kuasa surihan sinar, simulasi dan Kecerdasan Buatan waktu sebenar. GPU kelas profesional yang disokong oleh pemproses Intel® Core™ i7 berbilang teras, berbilang benang ini memiliki prestasi yang tinggi untuk menangani beban kerja intensif-memori dan mempercepatkan prestasi grafik demi pengalaman berbilang tugas dan responsif yang lancar.

KOMPUTER PERIBADI MEJA MANTAP TERKECIL  

KOMPUTER PERIBADI MEJA MANTAP TERKECIL, ZBOX PI336 pico.
KOMPUTER PERIBADI MEJA MANTAP TERKECIL, ZBOX PI336 pico.

Terokai kemungkinan tanpa batasan dengan ZBOX PI336 pico. Dipasang siap dengan Windows11, ZBOX pico mampu 4K menampilkan reka bentuk dikemas kini dan dalam masa yang sama ia masih dapat diselit dengan selesa ke dalam poket anda. Dengan sokongan paparan dwi-4K serentak, storan boleh tambah melalui mikro SDXC, port pengembangan bersaiz atas meja dan ingatan serta storan dalam komputer, komputer mantap yang terkecil di dunia ini berupaya untuk memberi kuasa kepada aplikasi berasaskan awan, mengurus tugasan harian yang ringan di lapangan atau dari lokasi jauh dan memacu kemungkinan perniagaan secara meluas.

KAD GRAFIK PALING MAJU UNTUK PEMAIN DAN PENCIPTA 

KAD GRAFIK TERUNGGUL UNTUK PEMAIN DAN PENCIPTA, ZOTAC GAMING GeForce RTX™ 30 Series.
KAD GRAFIK TERUNGGUL UNTUK PEMAIN DAN PENCIPTA, ZOTAC GAMING GeForce RTX™ 30 Series.

ZOTAC GAMING GeForce RTX™ 30 Series terkini menampilkan prestasi berkuasa untuk menawarkan pengalaman terbaik dalam permainan dan aplikasi kreatif yang popular di dunia. Berdasarkan kepada seni bina NVIDIA Ampere, barisan kad grafik ini padat dengan ingatan GDDR6X yang pantas, teras RT generasi kedua untuk surihan sinar dan teras Tensor generasi ketiga untuk ciri-ciri AI canggih yang baharu termasuk teknologi NVIDIA DLSS, NVIDIA Reflex, NVIDIA Broadcast serta sokongan pemecutan GPU yang luas dalam sejumlah besar aplikasi kreatif.

 

 

 

Source: ZOTAC Technology Limited
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news