omniture

Barry Callebaut bakal tubuhkan Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik di Malaysia

Barry Callebaut Asia Pacific
2022-05-24 15:00 62
  • Pusat Kecemerlangan Perniagaan Rantau Asia Pasifik baharu akan menyediakan cawangan bersama dan perkhidmatan korporat untuk menyokong selanjutnya pertumbuhan syarikat di Rantau ini
  • Pusat Kecemerlangan Perniagaan dijangka beroperasi sepenuhnya dalam suku ketiga tahun 2022

PETALING JAYA, Malaysia, 24 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Barry Callebaut, pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan rancangannya untuk membuka sebuah Pusat Kecemerlangan Perniagaan di Malaysia yang menggabungkan perkhidmatan bersama dalam bidang Kewangan dan perkhidmatan korporat yang lain termasuk Khidmat Pelanggan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia untuk Rantau Asia Pasifik.

Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik dijangka akan beroperasi penuhnya pada suku ke tiga 2022
Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik dijangka akan beroperasi penuhnya pada suku ke tiga 2022

Barry Callebaut ialah salah satu syarikat koko dan coklat di Malaysia yang menggajikan lebih dari 700 orang tempatan
Barry Callebaut ialah salah satu syarikat koko dan coklat di Malaysia yang menggajikan lebih dari 700 orang tempatan

Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik ini dijangka beroperasi sepenuhnya dalam suku ketiga tahun 2022. Ia akan ditempatkan di Petaling Jaya yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kuala Lumpur yang lebih besar. Lokasi ini menjadikan Pusat ini lebih mudah diakses dari kilang koko dan coklat sedia ada Barry Callebaut yang terletak di Pelabuhan Klang, Selangor yang mana Kumpulan ini telah membina keupayaan fungsi bersama dan perkhidmatan korporat sejak beberapa tahun yang lalu.

Kira-kira 115 orang pekerja dijangka dipindahkan dari tapak Pelabuhan Klang ke lokasi baru ini yang akan menawarkan persekitaran kerja yang fleksibel untuk para pekerja bagi mendorong kehidupan kerja yang sihat dan kolaboratif. Barry Callebaut dijangka menambah  bilangan kakitangan dalam masa terdekat untuk menyokong selanjutnya pertumbuhannya di Rantau ini. Ia juga akan terus mengendalikan kilang coklat dan kokonya di Pelabuhan Klang, Selangor dan sebuah kilang koko tambahan di Pasir Gudang, Johor.

Jo Thys, Presiden Asia Pasifik Barry Callebaut berkata: "Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik akan mewujudkan faedah perniagaan seperti penyeragaman proses yang selanjutnya dan peningkatan kecekapan operasi untuk menjadikan kami lebih kompetitif. Ia akan menyokong pertumbuhan kami dan membantu kami mengekalkan kedudukan kepimpinan kami di Rantau ini. Hasil daripada kemudahan bertaraf dunia ini, kami akan terus menarik minat bakat dari Malaysia dan seluruh pelosok dunia untuk menyertai kami bagi membawa kebahagiaan coklat kepada penduduk di Asia Pasifik."

Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia berkata: "Keputusan kumpulan ini untuk menyediakan perkhidmatan bersama untuk Rantau Asia Pasifik di Malaysia mengesahkan keupayaan kami dan memberi kebanggaan kepada kami. Kami komited untuk meneruskan kehadiran sekian lama kami di negara ini semenjak pertama kali kami beroperasi di sini mulai tahun 2008."

Barry Callebaut ialah salah sebuah syarikat koko dan coklat yang terkemuka di Malaysia dan menggaji lebih daripada 700 rakyat tempatan. Pusat Kecemerlangan Perniagaan Asia Pasifik kini melengkapkan jejak tempatan unik Barry Callebaut Group, yang termasuk kedua-dua perniagaan Koko dan Coklatnya.

Latar Belakang Barry Callebaut Group (www.barry-callebaut.com) :

Dengan jualan tahunan mencecah kira-kira CHF 7.2 bilion (EUR 6.6 bilion / USD 7.9 bilion) dalam tahun fiskal 2020/21, Barry Callebaut Group yang berpangkalan di Zurich ini merupakan pengeluar produk coklat dan koko berkualiti tinggi yang terkemuka di dunia – bermula daripada penyemburan dan pemprosesan biji koko hinggalah penghasilan coklat terbaik termasuk inti coklat, hiasan dan kompaun. Kumpulan ini mengendalikan lebih daripada 60 kemudahan pengeluaran di serata dunia dan menggaji tenaga kerja global yang pelbagai dan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 13,000 orang.
Barry Callebaut Group menawarkan perkhidmatan kepada seluruh industri makanan, bermula daripada pengeluar makanan industri hinggalah pengguna coklat kecil-kecilan dan profesional, seperti penjual coklat, cef pastri, pembuat kek, hotel, restoran atau katerer. Jenama-jenama global yang menampung keperluan khusus pelanggan Gourmet ini ialah
Callebaut ® dan Cacao Barry ® , Carma ®  serta pakar hiasan Mona Lisa®.  Barry Callebaut Group komited untuk menjadikan coklat lestari sebagai kebiasaan menjelang tahun 2025 bagi membantu menjamin bekalan koko masa depan dan meningkatkan taraf hidup petani. Ia menyokong Cocoa Horizons Foundation menerusi matlamatnya untuk membentuk masa depan koko dan coklat lestari.

Ikuti Barry Callebaut Group: 

LinkedIn Instagram Twitter YouTube Flickr Facebook 

 

Source: Barry Callebaut Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Mining/Metals Retail Corporate Expansion New products/services