omniture

RobotPlusPlus, Peneraju Robot Kerja Udara, Kumpul US$15J dalam Siri B Percepatkan R&D dan Perluas Kehadiran Global

RobotPlusPlus
2022-05-25 00:33 281

BEIJING, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- RobotPlusPlus, peneraju bagi robot kerja udara, hari ini mengumumkan pusingan pendanaan Siri Bnya yang bernilai US$15 juta, membawakan jumlah pelaburannya kepada kira-kira US$35 juta sejak penubuhannya pada tahun 2017. Pusingan pendanaan yang terkini ini dipimpin oleh Meituan, syarikat peruncitan teknologi dan dalam talian China serta Fosun, sebuah kumpulan pengguna berpandukan inovasi global.

RobotPlusPlus merancang untuk menggunakan modal baharu tersebut bagi mempercepatkan garis masa penyelidikan dan pembangunannya (R&D) serta memperluas kehadiran globalnya. Tawaran robotik baharu tersebut akan dilancarkan untuk pembersihan palka kargo, pengecatan tangki dan pembersihan mukaan, selain menaik taraf produk semasa dengan menyepadukan teknologi yang lebih berautonomi.

Robot hidroletupan badan kapal | Penghargaan imej: RobotPlusPlus
Robot hidroletupan badan kapal | Penghargaan imej: RobotPlusPlus

 

Robot hidroletupan tangki simpanan | Penghargaan imej: RobotPlusPlus
Robot hidroletupan tangki simpanan | Penghargaan imej: RobotPlusPlus

 

Robot pemeriksaan dandang | Penghargaan imej: RobotPlusPlus
Robot pemeriksaan dandang | Penghargaan imej: RobotPlusPlus

"Pusingan pendanaan terkini kami menyumbang kepada momentum positif yang telah kami bina sepanjang tahun lalu. Dengan bahagian pasaran yang semakin berkembang merentas wilayah-wilayah utama kami, kami berusaha untuk terus menyampaikan lebih banyak hasil bersifat transformasi kepada pelanggan semasa dan akan datang kami," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RobotPlusPlus Hua-yang Xu.

Dengan misi untuk "memperkasa manusia dengan robot," RobotPlusPlus mempunyai portfolio dengan penyelesaian robotik untuk industri-industri penting seperti maritim, pembaikan kapal, petrokimia dan penjanaan kuasa. Syarikat ini memfokuskan untuk memenuhi keperluan bagi meningkatkan keselamatan kerja udara untuk pengendali sekali gus meningkatkan kecekapan penyelesaian Pemeriksaan, Penyelenggaraan dan Pembaikan (IMR) serta mengurangkan kos kendalian untuk pemilik aset.

Ini menjurus kepada RobotPlusPlus menjadi peneraju pasaran bagi robot perangkak magnetik dengan beratus-ratus robot telahpun dijual kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan adanya pasukan besar yang terdiri daripada jurutera dan operator yang mahir, RobotPlusPlus turut menyediakan perkhidmatan Robot sebagai satu Perkhidmatan (RaaS) kepada pelanggan, bagi membolehkan mereka bukan sahaja untuk menawarkan perkhidmatan yang tepat pada masanya dan berkesan kos, tetapi juga mendapat pemahaman tentang senario aplikasi industri.

"Walaupun sebelum ini kami memberi tumpuan kepada pasaran Cina, tahun 2021 membawa lebih banyak kejayaan kepada kami di luar China. Kami berharap dapat menjadikan penyelesaian kami tersedia kepada khalayak yang lebih luas dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengusaha utama di peringkat global," ujar Andy Lu, rakan kongsi & naib presiden kanan RobotPlusPlus.

Satu contoh cita-cita ini ialah pembukaan pejabat yang akan datang di Singapura bagi memperluas keupayaan Syarikat ini dalam menawarkan perkhidmatan kepada pasaran Asia dan Timur Tengah.

"Tenaga kerja yang semakin meningkat usia, kos buruh yang semakin meningkat, kemalangan berkaitan kerja udara yang kerap berlaku dan pandemik COVID-19 telah memberi kesan terpecut ke atas sektor robotik kerja udara," ulas Pu Xiao, pengurus pelaburan di Fosun. "Misi RobotPlusPlus adalah untuk memperkasa manusia dengan robot dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keselamatan dan produktiviti operasi. Kami teruja untuk menyokong RobotPlusPlus bagi memanfaatkan AI dan RaaS demi mengoptimumkan persekitaran kerja udara dan mengupayakan aplikasi robotik."

Latar Belakang RobotPlusPlus:  

Beribu pejabat di Beijing, RobotPlusPlus ialah sebuah syarikat teknologi yang membina robot kerja udara. Ia menyediakan penyelesaian robotik yang berkesan kos dan mesra alam sekali gus menjamin tempat kerja yang lebih selamat.

Hubungan Akhbar RobotPlusPlus: 
Vivien Hao
vivien.hao@robotplusplus.cn

Pautan berkaitan 
http://en.robotplusplus.com/

Source: RobotPlusPlus
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Maritime/Shipbuilding Telecommunications Transportation Venture Capital