omniture

Oakwood dan DHI Downtown Raikan Kejayaan Pemuktamadan Perjanjian Pengurusan untuk Oakwood Premier AMTD Singapore

Oakwood
2022-05-25 09:30 178

Perkongsian lima tahun menghasilkan pengiktirafan antarabangsa dan ulasan tetamu yang hebat, mencerminkan kecemerlangan hospitaliti dan semangat inovasi Oakwood  

SINGAPURA, 25 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Oakwood® mengumumkan pengunduran Oakwood Premier AMTD Singapore daripada portfolionya susulan kejayaan pemuktamadan perjanjian pengurusan selama lima tahun bersama DHI Downtown Pte Ltd, rakan gabungan Dorsett Hospitality International (DHI). Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022, hartanah berkenaan akan meninggalkan jaringan global dan enjin komersial Oakwood.

"Oakwood bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh DHI untuk mengurus mercu tanda yang mengagumkan di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Singapura ini. Kejayaan komersial Oakwood Premier AMTD Singapore membuktikan usaha kolaboratif dan sinergi antara pasukan operasi kami dan Pemilikan. Ini merupakan satu keistimewaan yang tidak dipandang ringan oleh kami. Ketika kami menghampiri kematangan perjanjian lima tahun kami, saya ingin merakamkan penghargaan tulus ikhlas kami atas peluang untuk menyampaikan mandat kami dan mencapai aspirasi kami secara bersama," kata Dean Schreiber, ketua pegawai eksekutif Oakwood.

Terletak secara strategik di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan Singapura yang rancak, Oakwood Premier AMTD Singapore dibuka pada bulan Jun 2017 dengan pujian kritis. Direka bentuk untuk menunaikan janji kemewahan disesuaikan oleh jenama Oakwood Premier, hartanah yang terkenal ini memenuhi keperluan pengembara yang arif yang menginginkan kesenangan dan gaya di tempat perlindungan peribadi, membangkitkan perasaan berada di rumah.

Di tengah-tengah penyampaian kecemerlangan operasi dan perkhidmatan yang konsisten, Oakwood Premier AMTD Singapore turut bertindak sebagai landas pelancaran untuk inovasi perkhidmatan yang disruptif, seperti konsep Oakwood Premier Mobile Bar lambang khas jenama ini, selain perkongsian yang utama dalam industri seperti Klook x McDelivery: Happiest Night-In Staycation.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Oakwood atas kejayaan pengurusan Oakwood Premier AMTD Singapore yang dibuktikan oleh kejayaan operasi dan komersial hartanah tersebut. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan Oakwood ke arah kepimpinan pasaran dan momentum pertumbuhan globalnya," kata Clarence Wong, ketua pegawai operasi, Asia Tenggara dan China, Dorsett Hospitality International.

Baru-baru ini, Oakwood diberi pengiktirafan sebagai 'Jenama Kediaman Berservis Terbaik' Asia Pasifik oleh DestinAsian's Readers' Choice Awards 2022 dengan senarai kedudukan 10 Teratas yang berprestij oleh pembaca bagi majalah pelancongan memenangi anugerah yang terkemuka di rantau ini antara 'Hotel Terbaik' untuk hartanah berjenama Oakwood Premier dalam pengundian nasional untuk Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.oakwood.com/

Latar Belakang Oakwood® 

Oakwood®, subsidiari milik penuh Mapletree Investments, ialah jenama yang terkemuka bagi pengurusan hospitaliti. Perintis bagi segmen penginapan lanjutan, Oakwood mengurus portfolio global dengan hartanah yang memenangi anugerah yang menggabungkan antara ruang dan keselesaan kediaman peribadi dengan perkhidmatan dan kemudahan yang difikirkan dengan teliti untuk sebuah hotel, ideal untuk penginapan yang singkat mahupun dilanjutkan. Melalui pengalaman Oakwood yang direka khas ini yang meliputi pilihan penginapan yang terdiri daripada pangsapuri berservis berperabot elegan, unit kediaman dan hotel, tetamu dijemput untuk merasakan perasaan kepunyaan, kemesraan dan ketenangan bilamana mereka menginap di mana-mana hartanah Oakwood di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.Oakwood.com

 

Source: Oakwood
Keywords: Travel