omniture

ACEM Tersenarai Kedudukan ke-24 dalam Pemeringkatan Pendidikan Eksekutif FT 2022

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2022-05-26 01:27 290

SHANGHAI, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 23 Mei 2022, Financial Times (FT) mengeluarkan pemeringkatan Pendidikan Eksekutif Global 2022. Antai College of Economics and Management (ACEM) daripada Shanghai Jiao Tong University (SJTU) telah disenaraikan di kedudukan ke-24 di dunia.

ACEM Tersenarai di Kedudukan ke-24 di Dunia dalam Pemeringkatan Pendidikan Eksekutif FT 2022
ACEM Tersenarai di Kedudukan ke-24 di Dunia dalam Pemeringkatan Pendidikan Eksekutif FT 2022

Menerusi pemeringkatan ini, penunjuk yang berkaitan dengan peningkatan nilai yang dibawa oleh program-program pendidikan eksekutif ACEM kepada pelajar adalah sangat baik; dan kualiti serta kesan program-program tersebut diiktiraf secara meluas. Susulan program tersuai bagi pendidikan eksekutif telah disenaraikan di kedudukan ke-11 di dunia, nilai untuk wang, reka bentuk program, persediaan dan matlamat yang dicapai kesemuanya tersenarai di tempat ke-19 di dunia. Kaedah dan bahan pengajaran disenaraikan di kedudukan ke-20 di dunia. Antara sub-penunjuk program terbuka pendidikan eksekutif, susulan program tersebut disenaraikan di tempat ke-13 di dunia, persediaan sebelum kelas disenaraikan di kedudukan ke-16 di dunia manakala kaedah dan bahan pengajaran tersenarai di tempat ke-21 di dunia.

Ditubuhkan pada tahun 1896, Shanghai Jiao Tong University (SJTU) ialah salah satu daripada tiga universiti tertua Cina dan tersenarai secara konsisten sebagai lima teratas di negara ini. ACEM telah lama menjadi peneraju dalam pembangunan keseluruhan SJTU dan juga dalam pendidikan perniagaan Cina secara keseluruhan. Selama berdekad-dekad, Kementerian Pendidikan China menilai secara berterusan Kolej ini sebagai sekolah perniagaan terbaik di China.

Sebagai program teras ACEM, Pusat Pendidikan Eksekutif menjunjung gaya pengendalian sekolah yang ketat dan pragmatik serta perburuan kecemerlangan dalam pendidikan antarabangsa dengan menawarkan kursus terbuka, kursus tersuai dan kursus antarabangsa. Melalui kursus berkenaan, pelajar dan perusahaan dapat menambah baik struktur pengetahuan pengurusan, memperoleh dinamik perbatasan bagi teori pengurusan, menyelesaikan masalah pengurusan praktikal, meningkatkan pemikiran dan kepimpinan yang inovatif serta menggalakkan transformai dan penaiktarafan perusahaan selain pembangunan yang inovatif. Dalam masa yang sama, ia membina sebuah platform untuk kerajaan, universiti dan perusahaan bagi menyepadukan sumber dan mewujudkan pakatan strategik dalam tempoh jangka panjang dan stabil bersama perusahaan-perusahaan penting di rantau Asia-Pasifik untuk menyebarkan idea dan pengalaman pengurusan global yang berjaya bagi membantu perusahaan berkembang pesat. Setelah pengumpulan latihan selama 30 tahun, Pusat Pendidikan Eksekutif menyediakan latihan kepada lebih daripada 1,300 syarikat dan lebih daripada 100,000 pelatih.

 

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research