omniture

CGTN: Perkara penting dipelajari oleh Xi Jinping daripada bapa beliau

CGTN
2022-05-26 01:32 198

BEIJING, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- "Terdapat banyak akhlak mulia yang ingin saya warisi daripada bapa saya," kata Xi Jinping, ketika itu merupakan gabenor Wilayah Fujian, timur China dalam sepucuk surat ucapan selamat kepada bapa beliau Xi Zhongxun sempena hari lahir beliau pada tahun 2001.

Xi Zhongxun merupakan antara generasi pertama bagi pemimpin-pemimpin pusat Parti Komunis China (CPC). Xi Jinping sering kali mengimbau kembali kebijaksanaan yang diberikan kepada beliau oleh Xi yang lebih berusia.

Istilah "rakyat" merupakan yang paling penting daripada semua khazanah yang diperoleh oleh Xi Jinping daripada bapa beliau.

Insan berasal dari kalangan rakyat

"Datuk saya ialah seorang petani, bapa saya menyertai revolusi sebagai seorang petani dan saya sendiri bekerja sebagai seorang petani selama tujuh tahun," kata Xi Jinping suatu ketika dahulu.

Semasa zaman revolusi agraria, Xi Zhongxun, berumur kurang daripada 20 tahun, mengabdikan diri beliau terhadap pewujudan kawasan sempadan revolusioner Shaanxi-Gansu. Beliau pernah berkata bahawa "tanpa sokongan orang ramai, tiada apa-apa untuk kita."

Xi Jinping melawat Liangjiahe, sebuah kampung kecil di Wilayah Shaanxi, barat laut China pada pertengahan bulan Februari bagi meraikan Festival Musim Bunga pada tahun 2015. Ia merupakan satu kepulangan untuk presiden Cina kelahiran bandar itu.

Lima puluh tiga tahun sebelumnya, Xi, baru berusia 16 tahun, dihantar untuk tinggal di Liangjiahe sebagai seorang "belia terpelajar."

Beliau menghabiskan masa selama tujuh tahun berikutnya daripada tahun-tahun paling formatif beliau dengan menetap di perkampungan desa luar bandar itu. Kawasan berkenaan, sebahagian daripada Dataran Tinggi Loess merupakan tempat revolusioner komunis, termasuk bapa beliau, bangkit untuk menubuhkan China Baharu.

"Ketika itu, saya melakukan semua jenis kerja – menebus tanah tandus, bercucuk tanam, mencangkul, mengembala, mengangkut arang batu, menimbun dan membawa baja asli," imbau Xi.

"Sebagai hamba kepada rakyat, asal-usul saya bertapak kukuh di dataran tinggi Shaanxi utara kerana ia memupuk misi saya yang tidak berubah: untuk melakukan perkara yang praktikal buat rakyat," seperti yang ditulis oleh Xi dalam karya autobiografi. "Ke mana juga saya pergi, saya sentiasa menjadi anak tanah loes," tulis beliau.

Insan untuk rakyat

Xi Zhongxun pernah memberitahu anak lelaki beliau: "Tidak kira apapun jawatan kamu, berkhidmatlah kepada rakyat dengan bersungguh-sungguh, pertimbangkan kepentingan rakyat dengan sepenuh hati kamu, kekalkan hubungan yang erat bersama rakyat dan sentiasa menjadi seorang yang mudah didekati untuk rakyat."

Bermula dari tahun-tahun awal beliau, Xi Jinping kelihatan tidak berminat untuk terperap di pejabat. Beliau akan melakukan perjalanan selama berhari-hari, kadang kala ke Kawasan pergunungan, untuk berbicara dengan rakyat di peringkat akar umbi, belajar tentang kesusahan mereka dan membantu menyelesaikan masalah mereka.

Dalam tahun 1980-an, apabila ramai rakan seangkatan beliau menceburi bidang perniagaan atau melanjutkan pengajian ke luar negara, Xi melepaskan pekerjaan pejabat beliau yang selesa di Beijing dan memilih untuk berkhidmat sebagai timbalan ketua Parti untuk sebuah daerah kecil di Wilayah Hebei, utara China. Kemudian, beliau menjadi ketua Parti Wilayah Ningde, salah satu wilayah yang paling miskin di Wilayah Fujian, timur China ketika itu.

Semasa berada di Ningde, Xi melawat hampir kesemua perbandarannya termasuk tiga daripada empat yang tidak mempunyai akses kepada jalan berturap. Xiadang, sebuah perbandaran yang terletak jauh di kawasan pergunungan Daerah Shouning, merupakan salah satu daripadanya. Ketika itu, purata pendapatan bersih per kapita tahunan petani di Xiadang adalah kurang daripada 200 yuan (kira-kira $40). Ia merupakan salah satu perbandaran yang paling miskin di Fujian.

Dalam bulan November 2013, semasa lawatan pemeriksaan ke wilayah tengah Hunan, Xi melawat Shibadong, sebuah kampung etnik Miao yang dilabel sebagai "miskin" ketika itu.

"Bagaimana harus saya menyapa anda?" tanya penduduk kampung Shi Basan sambil menyambut Xi ke rumahnya. "Saya seorang hamba untuk rakyat," Xi memperkenalkan diri beliau.

Sepanjang tempoh kira-kira lima dekad dalam bidang politik, Xi bangkit daripada ketua Parti akar umbi kepada pemimpin CPC, daripada seorang rakyat biasa kepada presiden negara, daripada pegawai tentera biasa kepada pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, dan dalam masa yang sama kekal komited demi kehidupan yang lebih baik untuk warga Cina.

https://news.cgtn.com/news/2022-05-24/The-key-Xi-Jinping-learned-from-his-father-1ai5sxTnqiA/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Asian-related news