omniture

AMAZFIT PERKENAL T-REX 2: JAM TANGAN PINTAR GPS LUAR TAHAN LASAK DENGAN FUNGSIAN PREMIUM DAN REKA BENTUK PENETAP TREND

Amazfit
2022-05-26 01:31 206

Menampilkan penaiktarafan baharu yang menarik bagi memberi inspirasi kepada pengembara kehidupan sebenar untuk mengevolusikan naluri anda.  

CUPERTINO, California, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Jenama peranti boleh pakai pintar global yang memenangi anugerah Amazfit, dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP), memperkenalkan jam tangan pintar GPS luar tahan lasak yang terbaru, dilengkapi dengan reka bentuk penetap trend yang amat lasak serta ciri-ciri penerokaan luar yang komprehensif. Dengan penentududukannya yang berkejituan tinggi, operasi suhu yang amat rendah, ketahanan gred-ketenteraan dan navigasi laluan yang dioptimumkan, Amazfit T-Rex 2 merupakan peneman yang sempurna untuk pengembara aktiviti luar serta peminat sukan.

Amazfit T-Rex 2 rugged outdoor GPS smartwatch
Amazfit T-Rex 2 rugged outdoor GPS smartwatch

SOROTAN MENARIK 

  • Penentududukan dwi-jalur & lima satelit yang kuat dan jitu
  • Ketahanan gred-ketenteraan berserta operasi suhu amat rendah dalam persekitaran serendah -30℃
  • Hayat bateri berkuasa hingga 24 hari dan rintangan-air 10 ATM
  • Ciri-ciri Import-laluan dan Navigasi [1] Waktu Sebenar Serba baharu

[1] Ciri-ciri ini akan ditambah melalui kemas kini OTA

PENEMAN SUKAN LUAR

Penentududukan Berkejituan tinggi 

Dengan penentududukan dwi-jalur dan sokongan untuk lima sistem navigasi satelit, Amazfit T-Rex 2 membolehkan pengguna berlari dengan bebas merentas hutan konkrit bandar atau meneroka denai semula jadi yang paling menarik, dengan penentududukan yang kuat dan jitu.

Fungsi-fungsi Navigasi Dioptimum

Ciri-ciri import-laluan dan navigasi masa-sebenar canggih Amazfit T-Rex 2 memungkinkan pengguna mengimport denai popular daripada Zepp App atau menempuh pengembaraan baharu mereka sendiri, kesemuanya sambil mengikuti pergerakan mereka terus pada jam tangan ini. Sistem Navigasi Kembali Terus [2] malah dapat menunjukkan kepada pengguna laluan garis lurus yang paling pendek untuk kembali ke permulaan perjalanan mereka.

Operasi Suhu Amat-rendah [3] 

Amazfit T-Rex 2 boleh dikendalikan dalam suhu melampau serendah -30℃, lalu menjadikannya peneman yang dipercayai untuk peneroka aktiviti luar yang perlu bertahan dalam persekitaran yang mencabar.

Gesaan Ujian Ketepuan Oksigen-darah 

Bagi membantu melindungi kesihatan anda dalam persekitaran dengan oksigen rendah dan beraltitud tinggi, Amazfit T-Rex 2 akan memberi amaran kepada pengguna apabila ia mengesan perubahan altitud yang besar dan menggesa mereka untuk menggunakan fungsi ujian ketepuan oksigen-darah. Pengguna juga boleh mengukur oksigen-darah mereka bilamana mereka berasa tidak selesa, atau malah menetapkan jam tangan untuk memantaunya sepanjang hari.

REKA BENTUK GRED-KETENTERAAN UNTUK EKSKURSI LUAR DAN BANDAR  

Amat Lasak Luar dan Dalam

Telahpun melepasi 15 ujian gred-ketenteraan, Amazfit T-Rex 2 mampu berfungsi merentas padang pasir yang panas, hutan hujan yang lembap dan glasier kutub. Jam tangan ini direka bentuk dengan sudut yang kukuh dan berbeza, manakala bezel luar mempunyai ciri daya tahan dan tekstur dipertingkat hasil daripada proses penyemburan logam - dengan skrin dan setiap butang digilap dengan cantik.

Hayat Bateri Amat Panjang

Mampu bertahan sehingga 24 hari melalui sekali cas dengan penggunaan biasa, jam tangan ini mempunyai kuasa untuk mengharungi sebarang pengembaraan.

Rintangan-air 10 ATM

Amazfit T-Rex 2 boleh menahan tekanan air yang bersamaan dengan sehingga 100 meter, membolehkannya menemani pengguna apabila mereka menempuh hujan, menguasai kolam dan menakluki lautan.

[2] Ciri-ciri ini akan ditambah melalui kemas kini OTA

[3] Ciri ini perlu dipasang melalui kemas kini OTA

Warna-warna Diilhamkan oleh Alam Semula Jadi

Dengan seleksi empat warna tanah, Amazfit T-Rex 2 ialah rakan yang sempurna untuk peminat aktiviti luar. Kemasan matt memberikan gaya, manakala tali silikon mesra kulit dengan reka bentuk serap peluh memastikan keselesaan dalam suasana luar dan juga bandar.

LATIH MAKHLUK GANAS DALAM DIRI 

Lebih 150 Mod Sukan

Amazfit T-Rex 2 membawakan lebih 150 mod sukan termasuk mod Triathlon uji-ketahanan, mod Track Run yang merekod data pusingan profesional dengan pembetulan trajektori pintar serta mod Golf Swing baharu. Jam tangan ini juga boleh digunakan untuk memantau data kritikal seperti kadar degupan jantung semasa bersenam, jarak yang ditempuh, kelajuan pergerakan serta kalori yang dibakar pada waktu sebenar untuk kebanyakan mod sukan bagi membantu pengguna menjejak dan meningkatkan prestasi mereka.

Mencipta Templat Latihan [4]

Pengguna boleh mencipta templat latihan terseuai untuk 11 sukan dalam Zepp App serta Templat Latihan Selang terus pada jam tangan ini.

Pengecaman Senaman Pintar 

Amazfit T-Rex 2 boleh mengenali secara automatik berpuluh-puluh senaman latihan kekuatan [5], dengan algoritma ExerSense™ yang juga berupaya mengenali secara automatik 8 jenis pergerakan sukan.

Bimbingan Profesional dengan PeakBeats™

Jam tangan ini dilengkapi dengan Algoritma Status Senaman PeakBeats™, yang menilai data khusus seperti pengambilan oksigen maksimum (VO2 Maksimum), masa pemulihan penuh, beban latihan dan kesan latihan.

PEMANTAUAN KESIHATAN KOMPREHENSIF & OPERASI DIOPTIMUM 

Jam tangan pintar GPS luar tahan lasak ini turut menampilkan fungsi-fungsi pengurusan kesihatan menyeluruh daripada Amazfit. Ia dapat memantau kadar degupan jantung, oksigen-darah dan tahap tekanan pengguna sepanjang hari serta mengukur metrik berkenaan secara serentak dengan satu ketikan - berserta kadar pernafasan pengguna. PAI Health Assessment System menyediakan skor kesihatan yang mudah dan diperibadikan sementara kualiti tidur dapat dipantau dengan amat terperinci - termasuk peringkat tidur dan tidur waktu siang. Amazfit T-Rex 2 turut dikuasakan oleh Zepp OS yang ringan dan intuitif, yang menampilkan skema warna yang mengagumkan serta animasi yang lancar.

[4] Ciri-ciri ini akan ditambah melalui kemas kini OTA

[5] Ciri ini akan ditambah melalui kemas kini OTA

HARGA DAN KETERSEDIAAN 

Amazfit T-Rex 2 kini dilancarkan di seluruh dunia dengan harga bermula pada USD $229.99/EUR €229.90. Ia boleh didapati di gedung Amazfit AS mulai 24 Mei 2022 dan akan tersedia untuk pra-jualan di gedung Amazfit Amazon di Itali dan Perancis pada 1 Jun 2022 dan juga di gedung Amazfit Itali, Perancis dan Jerman pada 1 Jun 2022. Amazfit T-Rex 2 akan tersedia di wilayah dan negara lain juga tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.amazfit.com/en/ dan ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter.

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar terkemuka di dunia yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan, merupakan sebahagian daripada Zepp Health (NYSE: ZEPP), sebuah syarikat teknologi kesihatan. Menawarkan seleksi luas jam tangan dan tali jam pintar, intipati jenama Amazfit ialah "Up Your Game" ("Berusaha Menjadi Lebih Baik"), bagi menggalakkan pengguna untuk merealisasikan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas. Amazfit dikuasakan oleh platform pengurusan kesihatan proprietari Zepp Health yang memberi pandangan dan panduan boleh diambil tindakan 24/7 berasaskan awan untuk membantu pengguna mencapai matlamat kesihatan mereka. Dengan ketukangan yang luar biasa, jam tangan pintar Amazfit telah memenangi banyak anugerah reka bentuk termasuk iF Design Award dan Red Dot Design Award.

Dilancarkan pada tahun 2015, hari ini Amazfit diterima oleh berjuta-juta pengguna. Produknya boleh didapati di lebih daripada 90 negara merentas benua Amerika serta EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang Amazfit, kunjungi www.amazfit.com. Untuk maklumat lanjut tentang Zepp Health, kunjungi  www.zepphealth.com.

 

 

 

 

Source: Amazfit
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services