omniture

Ingenico mengupayakan pelancaran Alipay+ kepada berjuta-juta saudagar dan ribuan bank serta pemeroleh dengan PPaaS, Platform Pembayaran sebagai satu Perkhidmatan berasaskan awannya

Ingenico, a Worldline brand
2022-05-26 13:08 198

PARIS dan LISBON, Portugal, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Ingenico, jenama Worldline dan Ant Group hari ini mengumumkan butiran perkongsian mereka yang akan membolehkan pemeroleh dan penyedia perkhidmatan pembayaran lain melaksanakan Alipay+ dengan lancar merentas rangkaian saudagar mereka menggunakan penyelesaian berasaskan awan PPaaS (Platform Pembayaran sebagai satu Perkhidmatan) Ingenico.

PPaaS, memanfaatkan kuasa ekosistem pembayaran dengan menggabungkan pembayaran dengan perkhidmatan bernilai tambah untuk dunia perdagangan yang baharu. Mengintegrasikan Alipay+ ke dalam platform berasaskan awan membuka jalan untuk pelancaran perkhidmatan Alipay+ yang lebih pantas kepada pelanggannya dan saudagar mereka. Pelanggan PPaaS Ingenico – yang melibatkan pemeroleh, penyedia perkhidmatan pembayaran dan Vendor Perisian Bebas – akan berupaya mengkonfigurasi Alipay+ pada terminal pembayaran mereka tanpa memerlukan pembangunan, pelancaran dan pensijilan yang rumit dan luas. Mengambil manfaat daripada kesederhanaan ini, Alipay+ akan berupaya meluaskan jangkauannya dan mempercepatkan pembangunannya, membawa perkhidmatannya – dan pengguna – kepada saudagar dengan lancar dan cepat.

Dilancarkan pada tahun 2020, Alipay+ ialah rangkaian penyelesaian pembayaran dan pemasaran digital rentas sempadan global yang dikendalikan oleh Ant Group. Ia menyokong pelbagai jenis kaedah bayaran digital, termasuk e-dompet, aplikasi bank dan perkhidmatan beli-sekarang-bayar-kemudian seperti GCash di Filipina, Kakao Pay di Korea Selatan, Klarna di Eropah serta Alipay di China. 

Menerusi teknologi dan penyelesaian yang inovatif, Alipay+ membawa cara yang mudah untuk menarik pelanggan yang mengutamakan ciri digital dan menjadikannya lebih mudah dan lebih senang untuk saudagar menawarkan perkhidmatan kepada pengguna daripada kalangan penyedia perkhidmatan pembayaran digital yang utama, terutamanya daripada pasaran Asia. Khususnya, menerusi ciri integrasi sehenti yang disediakan oleh Alipay+, perkhidmatan pembayaran dan saudagar boleh mengakses semua kaedah bayaran digital sedia dan yang dimasukkan kemudiannya yang dibawa oleh penyelesaian tersebut melalui antara muka seragam serta peraturan perniagaan terpiawai dan tanpa adaptasi teknikal tambahan.

Bercakap tentang perkongsian tersebut, yang diumumkan di Paytech 2022 yang diadakan di Lisbon pada 18-19 Mei, Michael Balzer, Pengarah Perkongsian Strategik PPaaS berkata: "PPaaS adalah segala-galanya tentang membolehkan pelanggan kami menjadikan perkhidmatan pembayaran dan perdagangan baharu tersedia dengan cepat dan mudah kepada saudagar mereka. Alipay+ ialah keutamaan untuk ramai pelanggan kami dan mereka mengakui bahawa PPaaS akan dapat membantu mereka mempercepatkan pelancaran penyelesaian yang inovatif ini kepada saudagar mereka, membolehkan mereka memenangi dan mengekalkan pelanggan. Perkongsian dengan Alipay+ ini merupakan satu kesinambungan semula jadi daripada perkongsian kami dengan Ant Group, salah satu Rakan Kongsi Asas asal PPaaS dan sumber nasihat dan inspirasi yang berharga ketika kami membina platform kami."

Alice Zhan, Ketua Pemasaran di Eropah untuk Ant Group, mengulas: "Alipay+ menyediakan penyelesaian pembayaran dan pemasaran inovatif yang memberi peluang kepada saudagar untuk mendekati lebih daripada 1 bilion pengguna kaedah bayaran digital dari Asia. Kami percaya bahawa melalui kerjasama kami dengan Ingenico, berjuta-juta saudagar di Eropah, yang menghubungkan kepada pemeroleh dan institusi pembayaran Ingenico, dapat berintegrasi dengan Alipay+ secara lebih cekap dan lancar. Alipay+ akan bekerjasama dengan Ingenico untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada saudagar di Eropah untuk berhubung dengan kumpulan pengguna Asia yang besar ini."

Latar Belakang Worldline

Worldline [Euronext: WLN] ialah peneraju global dalam industri pembayaran dan rakan teknologi pilihan untuk saudagar, bank serta pemeroleh. Dikuasakan oleh 20,000 pekerja di lebih daripada 50 negara, Worldline menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang mampan, dipercayai dan inovatif bagi mendorong pertumbuhan mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Worldline termasuk pemerolehan komersial dalam kedai dan dalam talian, pemprosesan transaksi pembayaran yang amat selamat dan pelbagai perkhidmatan digital. Pada tahun 2021, Worldline menjana pendapatan proforma mencecah hampir 4 bilion euro. https://www.ingenico.com/

Latar Belakang AliPay+

Alipay+ menyediakan penyelesaian pembayaran mudah alih dan pemasaran rentas sempadan bertaraf global yang membolehkan saudagar, terutamanya perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna di serata dunia dengan berkolaborasi bersama rakan kongsi global.

Alipay+ diperkenalkan oleh Ant Group, pemilik dan pengendali Alipay. Salah satu platform digital yang terkemuka di dunia, Alipay menawarkan perkhidmatan kepada ratusan juta pengguna dengan menghubungkan mereka bersama saudagar dan institusi kewangan rakan kongsi yang menawarkan perkhidmatan kewangan yang inklusif serta perkhidmatan kehidupan harian digital. https://www.alipayplus.com/

Source: Ingenico, a Worldline brand
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology