omniture

ScentAir Giatkan Usaha Atasi Kebimbangan Pelanggan Ke Atas Kualiti Udara

ScentAir
2022-05-26 17:57 336

HONG KONG, 26 Mei 2022 /PRNewswire/ -- ScentAir, peneraju pemasaran haruman, terus menerajui jalan dalam membantu jenama-jenama mengatasi kebimbangan pelanggan secara global, memandangkan kes-kes melonjak di China walaupun dikenakan sekatan pergerakan.

Kualiti udara dalam bangunan merupakan kebimbangan utama pengguna, seperti yang ditunjukkan oleh kajian terkini.
Kualiti udara dalam bangunan merupakan kebimbangan utama pengguna, seperti yang ditunjukkan oleh kajian terkini.

Sejak bulan Mac, China telah bergelut dengan wabak COVID-19 yang paling teruk, dengan Shanghai menjadi satu-satunya bandar terbesar yang disekat pergerakannya setakat ini. Kajian daripada Chinese University of Hong Kong menganggarkan bahawa sekatan pergerakan selama dua minggu di bandar-bandar mega seperti Shanghai boleh membebankan China dengan 2% daripada KDNK[1] bulanannya.

Dengan virus tersebut yang kini disahkan sebagai ancaman bawaan udara, persoalan tentang kualiti udara dalam bangunan menjadi sesuatu yang harus ditangani oleh syarikat-syarikat sebelum mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Menurut kajian tahun 2021 oleh ScentAir tentang jangkaan pelanggan terhadap kualiti udara dalam bangunan serta protokol keselamatan, orang ramai kini menjadi lebih peka terhadap kesihatan berbanding sebelum pandemik dan mereka amat mementingkan kualiti udara dalam bangunan, dengan 91% daripada responden menganggap udara yang bersih penting apabila mengunjungi perniagaan dalam bangunan. Dari segi protokol keselamatan, 82% daripada mereka menilai pembersihan udara sebagai protokol yang paling penting[2] berbanding halangan fizikal.

Sebagai respons, ScentAir telah melabur dengan banyak dalam membangunkan barisan produk baharu untuk membantu perniagaan beradaptasi dan mencapai kelestarian. Ia melancarkan ION Protect™, sistem pembersihan udara yang mana, terbukti oleh ujian bebas baru-baru ini yang ditugaskan oleh Jabatan Pertahanan AS, dapat mengurangkan 99.8% SARS-COV-2 dan ratusan patogen bawaan udara yang lain dengan aktif tanpa menghasilkan produk sampingan yang berbahaya. Tidak seperti penulen udara biasa yang menunggu partikel yang berbahaya melaluinya, penulen ScentAir ION Protect mencari bahan pencemar di udara. Teknologi NPBI™ (Needlepoint Bipolar Ionization) berpaten membebaskan ion ke udara yang menarik bahaya kesihatan dan melumpuhkannya. Ia merupakan satu proses aktif yang menyediakan ciri penyahjangkitan yang berterusan dengan kos penyelenggaraan yang rendah.

Chloe Hui, Naib Presiden dan Pengurus Besar ScentAir APAC, berkata, "ScentAir menetapkan standard kebersihan yang baharu dengan menggabungkan manfaat kualiti udara dalam bangunan yang lebih baik dan haruman." Beliau menjelaskan, "Apabila masuk ke kedai, pelanggan pada masa kini bukan sahaja mahukan bau yang enak; mereka mahu bau yang bersih, segar dan selamat. Perubahan jangkaan ini amat dirasai oleh jenama-jenama yang berurusan secara langsung dengan pelanggan, memandangkan ramai dalam kalangan mereka yang datang kepada kami untuk mendapatkan penyelesaian.

"Baru-baru ini, umpamanya, melalui penyelesaian haruman dan pembersihan udara bersepadu, kami membantu pembangunan 31-tingkat guna campur gred-A di Daerah Guangzhou Tianhe, China, pusat bagi industri teknologi tinggi, mengubah ruang berkeluasan 240,000 m² kepada hartanah yang benar-benar berpandukan pengalaman pelanggan. Melalui lonization, sistem kami menghasilkan pembersihan seakan-akan semula jadi tanpa sebarang produk sampingan Ozone toksik. Ini membolehkan penyewa masuk ke hartanah dan berasa lebih sihat, lebih selamat dan lebih bersih; begitu juga di daerah pusat perniagaan Hong Kong, kami membantu sebuah restoran premium yang berjanji untuk menjadi konsep gaya hidup terkini bandar berkenaan bagi memulihkan keyakinan pengguna terhadap ruang dalam bangunan dengan mengisinya dengan pengalaman haruman yang mesra dan menarik, selain pembersihan udara yang aktif dan berterusan yang memberi ketenangan minda kepada mereka. Di samping itu, dengan meneruskan kejayaan ScentAir ION Protect, ScentAir bekerjasama dengan HealthWay bagi membawa kategori pembersihan udara ketiga ke dalam barisan ScentAir – penapisan udara. Menampilkan teknologi DFS (Sistem Penapisan Penyahjangkitan) berpaten HealthWay, penyelesaian dalam bilik yang baharu daripada ScentAir ini membantu mencipta pengalaman yang selamat dan bersih dalam ruang dengan trafik yang tinggi."

Wajar dinyatakan bahawa jualan wangian rumah melonjak ekoran pandemik. Kajian oleh NPD Group mendapati bahawa 85% pengguna menunjukkan penggunaan wangian rumah pada tahun 2020; dan lilin sahaja, sebagai produk haruman rumah yang paling banyak digunakan, mencatat peningkatan jualan sebanyak 17%[3]

"Memandangkan semakin ramai orang bekerja dari rumah, haruman membantu kita berehat dan meningkatkan pengalaman rumah kita. ScentAir gembira dapat menyokong pelanggan kami untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka walaupun apabila mereka berada di rumah. Melalui koleksi barangan wangian yang boleh disesuaikan, ScentAir memperkasa jenama-jenama seperti KOOKAI dan Westin Hotels untuk kekal diingati, walaupun ketika kedai ditutup atau perjalanan disekat. Kami memberi lebih banyak pilihan kreatif kepada pelanggan kami untuk berhubung bersama pelanggan mereka dan meluaskan pengalaman jenama secara semula jadi ke rumah pelanggan mereka," sambung Chloe.

Rujukan:

  1. Song, Wanyuan. (2022, Apr 15). "Why Shanghai has abandoned its 'relaxed' approach to Covid". BBC. https://www.bbc.com/news/world-asia-china-61023811
  2. Third party public opinion survey conducted online during April 2021 and polled a nationally representative sample of 2,500 consumers.
  3. (2021, Apr 12). "Changing Trends in Fragrances: From the Impact of COVID to ESG". Citi Global Insights (CGI). https://icg.citi.com/icghome/what-we-think/insights/changing-trends-in-fragrances-from-the-impact-of-covid-to-esg-

Latar Belakang ScentAir:

ScentAir Technologies, LLC., dimiliki secara persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1994, menyediakan penyelesaian pemasaran haruman ambien yang terbaik dalam kelas untuk banyak jenama yang paling diiktiraf di dunia. Sebagai peneraju global dalam pemasaran olfaktori, Syarikat ini mencipta impresi yang tidak dapat dilupakan untuk perniagaan kecil-kecilan mahupun perusahaan bertaraf global, meningkatkan pengalaman pelanggan mereka melalui kuasa haruman. Berpangkalan di Charlotte, Carolina Utara, AS dan pejabat-pejabat korporatnya terletak di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Jepun, Australia, United Kingdom, Perancis dan Belanda. Seramai lebih 425 anggota pasukan global Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di 119 negara melalui rantaian bekalan global khususnya dan operasi pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan Asia. ScentAir komited terhadap pewujudan strategi-strategi haruman yang disesuaikan yang dapat meningkatkan sentimen jenama pelanggan, kesetiaan pelanggan dan penjualan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi ScentAir.com

 

 

Source: ScentAir
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Retail Survey, Polls & Research