omniture

Huawei Dedah Kemudahan Pusat Data Generasi-Seterusnya

Huawei
2022-05-30 07:45 169

DONGGUAN, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mendedahkan definisi Kemudahan Pusat Data Generasi-Seterusnya dan memperkenalkan PowerPOD 3.0, sistem bekalan kuasa serba baharu pada 26 Mei di Dongguan, China. Pelancaran baharu tersebut, berdasarkan kepada kebijaksanaan kolektif dan usaha bersama antara Pasukan Kemudahan Pusat Data Huawei dan pakar-pakar industri, menegaskan sekali lagi komitmen Huawei untuk membina pusat data karbon-rendah, pintar.


Menakrifkan Kemudahan Pusat Data Generasi-Seterusnya

Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Kemudahan Pusat Data Huawei, memperkenalkan definisi perintis Kemudahan Pusat Data Generasi-Seterusnya di acara pelancaran berkenaan. Beliau berkata bahawa pakar teknikal dan pihak berkuasa industri telah mencapai kata sepakat berhubung empat ciri kemudahan pusat data generasi-seterusnya selepas perbincangan yang ekstensif serta mendalam iaitu Lestari, Dipermudah, Pemanduan Berautonomi dan Andal.

Lestari: Kemudahan pusat data generasi-seterusnya akan berciri mesra alam sepenuhnya dan cekap tenaga di samping memaksimumkan kitar semula kesemua bahan pusat data. Dengan cara ini, ekosistem pusat data keseluruhan akan menjadi mesra alam dan lestari dari segi alam sekitar. Pusat data lestari dapat dicapai dengan memanfaatkan sumber-sumber hijau - kuasa elektrik, tanah dan air - serta memaksimumkan kitar semula bahan-bahan terpakai sepanjang kitaran hayat. Selain daripada Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) yang digunakan secara ekstensif, metrik-metrik lain termasuk Keberkesanan Penggunaan Karbon (CUE), Keberkesanan Penggunaan Air (WUE) dan Keberkesanan Penggunaan Grid (GUE) akan turut digunakan bagi mengukur kelestarian pusat data.

Dipermudah: Seni bina dipermudah, bekalan kuasa dan penyejukan merangkumi evolusi kemudahan pusat data.

Seni bina dipermudah membawakan bentuk bangunan dan bilik peralatan yang inovatif. Sekiranya mod pembinaan modular pasang siap digunakan untuk membina sebuah pusat data 1000-rak, tempoh pembinaan dapat dikurangkan daripada lebih 18 bulan kepada 6–9 bulan.

Bekalan kuasa yang dipermudah membentuk semula komponen dan pautan. Ia memendekkan tempoh penghantaran daripada 2 bulan kepada 2 minggu. Penyejukan dipermudah memaksimumkan kecekapan pertukaran haba dengan menukar berbilang pertukaran haba kepada satu pertukaran haba dan memendekkan pautan penyejukan.

Pemanduan Berautonomi: Automasi O&M, pengoptimuman kecekapan tenaga dan autonomi operasi membentuk semula pengurusan operasi dan penyelenggaraan pusat data. Automasi O&M membolehkan jurutera menyelesaikan pemeriksaan 2000 rak dalam 5 minit secara jarak jauh. Pengoptimuman kecekapan tenaga bermakna strategi penyejukan optimum dapat disampaikan melalui 1.4 juta kombinasi asal dalam 1 minit, bagi mencapai penyejukan pintar. Autonomi operasi memaksimumkan nilai sumber.

Andal: Keselamatan yang proaktif dan seni bina yang selamat memastikan pembangunan pusat data yang berkualiti tinggi dan lestari. Keselamatan proaktif bermakna menggunakan teknologi data raya dan AI untuk melaksanakan penyelenggaraan prediktif daripada komponen kepada pusat data, berdasarkan kepada keterlihatan dan persepsi semua domain dalam pusat data. Respons gagal automatik bermakna ia akan hanya mengambil masa 1 minit untuk mengesan kegagalan, 3 minit untuk menganalisis dan 5 minit untuk pulih. Seni bina yang selamat bermakna keselamatan akan dipastikan pada pelbagai peringkat seperti komponen, peranti dan sistem. Pada peringkat sistem, platform E2E yang boleh dilihat, boleh diurus dan boleh dikawal membolehkan ketersediaan sistem mencapai 99.999%.

PowerPOD 3.0: Sistem bekalan kuasa menjimatkan jejak, menjimatkan masa dan menjimatkan tenaga

Di acara tersebut, Fei Zhenfu, Ketua Pegawai Teknologi Pasukan Kemudahan Pusat Data Huawei, melancarkan sistem bekalan kuasa generasi baharu yang dikenali sebagai PowerPOD 3.0. Sistem berkenaan mengurangkan jejak sebanyak 40%, mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 70%, memendekkan tempoh penghantaran daripada 2 bulan menjadi 2 minggu dan menurunkan kadar gagal SLA sebanyak 38%.


Dalam usaha merealisasikan pusat data generasi seterusnya, inovasi teknologi akan menjadi kuasa utama dalam memastikan pembangunan mampan. Memandang ke arah masa depan, Huawei akan terus membuat penemuan ulung dalam produk dan teknologi melalui pelaburan yang berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta dengan jalinan kerjasama yang ekstensif bersama pelanggan, rakan kongsi ekosistem dan organisasi industri. Kita dapat bersama-sama menyambut era pembangunan pusat data yang baharu.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Environmental Products & Services New products/services