omniture

CGTN: Bagaimana China mengamalkan falsafah berpusatkan rakyat dalam pembangunan hak asasi manusia?

CGTN
2022-05-30 09:05 134

BEIJING, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Ketika meninjau laluan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan negara ini, China, di bawah kepimpinan Parti Komunis China (CPC), berpegang kepada pendekatan yang berpusatkan rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

China telah membasmi kemiskinan mutlak, meletakkan asas material yang kukuh untuk pembangunan hak asasi manusia negara ini dan telah membina sistem pendidikan, keselamatan sosial serta sistem perubatan dan rawatan kesihatan yang terbesar di dunia.

Sementara itu, negara ini membangunkan seluruh proses demokrasi rakyat dan menambah baik kerangka undang-undang secara berterusan bagi menjamin perlindungan undang-undang terhadap hak asasi manusia, menjadikan rakyatnya sebagai peserta, penggalak dan penerima manfaat yang utama daripada perjuangan pembangunan hak asasi manusia.

Sama ada rasa pencapaian, kebahagiaan dan keselamatan rakyat telah dapat ditingkatkan merupakan kriteria yang paling penting untuk menguji situasi hak asasi manusia sesebuah negara, kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Rabu, semasa mesyuarat beliau bersama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia yang datang melawat, Michelle Bachelet melalui pautan video.

Mengambil maklum bahawa China telah menandakan dengan jayanya laluan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend zaman ini dan sesuai dengan keadaan negaranya, Xi berkata bahawa hak asasi manusia rakyat Cina telah dilindungi dengan cara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini.

Untuk bersama-sama meningkatkan perjuangan hak asasi manusia antarabangsa dan membawa manfaat kepada rakyat daripada semua negara, China bersedia untuk terlibat secara aktif dalam dialog hak asasi manusia dan kerjasama dengan pihak-pihak lain berasaskan kepada kesamaan dan saling hormat-menghormati untuk meluaskan kesepakatan dan mengurangkan perbezaan, kata beliau.

Keutamaan dalam pembangunan hak asasi manusia

Ia merupakan hak asasi manusia terbesar untuk diperjuangkan bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan yang gembira, kata beliau, menyeru usaha untuk mengamalkan falsafah hak asasi manusia yang menumpukan kepada rakyat.

Kepentingan rakyat merupakan titik permulaan dan pengakhiran perjuangan hak asasi manusia, tegas beliau.

Rakyat harus menjadi tuan sebenar negara mereka dan menjadi peserta, penggalak dan penerima manfaat utama pembangunan hak asasi manusia, kata beliau.

Mengambil maklum bahawa negara-negara berbeza antara satu sama lain dari segi sejarah, budaya, sistem sosial dan tahap pembangunan ekonomi dan sosial, beliau berkata bahawa mereka harus menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia berdasarkan realiti negara mereka dan keperluan rakyat mereka.

Semua aspek hak asasi manusia harus dipertingkatkan, kata beliau, menambah bahawa hak asasi manusia merupakan konsep yang merangkumi semua dan harus dipertingkatkan dengan cara yang komprehensif dan sistematik.

Untuk negara-negara sedang membangun, hak sara diri dan pembangunan merupakan hak asasi manusia yang utama, tambah beliau.

Beliau turut menekankan bahawa tadbir urus hak asasi manusia global harus dimajukan.

Negara-negara tidak sepatutnya mempolitikkan dan memperalatkan hal ehwal hak asasi manusia, mengamalkan pilih kasih atau campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain atas alasan hak asasi manusia, kata beliau, menambah bahawa China akan terus menyokong usaha yang aktif oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menggalakkan perjuangan hak asasi manusia antarabangsa.

Usaha bersama dalam perjuangan hak asasi manusia global

Untuk peranan beliau, Bachelet berkata bahawa pejabat pesuruhjaya tinggi bersedia untuk memantapkan komunikasi dengan China, meneroka kerjasama dan membentuk usaha sama bagi menggalakkan kemajuan dalam hak asasi manusia di peringkat global.

"Ini merupakan lawatan pertama ke China oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia dalam tempoh 17 tahun dan saya meletakkan kepentingan yang tinggi dan menghargai lawatan ini," kata beliau.

Beliau berkata bahawa beliau mengagumi usaha dan pencapaian China dalam pembasmian kemiskinan, perlindungan hak asasi manusia serta pembangunan ekonomi dan sosial selain menghargai peranan penting negara ini dalam menjunjung multilateralisme, menangani perubahan iklim dan cabaran-cabaran global yang lain serta menggalakkan pembangunan mampan global.

https://news.cgtn.com/news/2022-05-25/Xi-meets-UN-human-rights-chief-1ajR2G90DcI/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service