omniture

Xinhua Silk Road: Taman perindustrian Guangxi Selatan China promosikan projek utama, wujudkan kluster industri tumpuan

Xinhua Silk Road
2022-05-30 10:13 145

BEIJING, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Dalam suku pertama tahun 2022, taman perindustrian Bandar Laibin di Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi, selatan China telah mencapai nilai keluaran industri keseluruhan sebanyak 7.76 bilion yuan (kira-kira 1.163 bilion dolar A.S.), meningkat 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan pelaburan aset tetapnya meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 931 juta yuan.

Foto menunjukkan Taman Perindustrian Maklumat Elektronik Zhongpei, terletak di Bandar Laibin, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi, selatan China.
Foto menunjukkan Taman Perindustrian Maklumat Elektronik Zhongpei, terletak di Bandar Laibin, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

Menyumbang kepada permulaan yang menarik, taman berkenaan telah berusaha untuk memastikan perkembangan pembinaan dan kecekapan pengeluaran projek-projek tersebut sejak awal tahun ini, menyokong perusahaan dari segi pembiayaan, guna tenaga, bekalan kuasa, bekalan gas dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, taman berkenaan telah berusaha secara aktif dalam meneroka model-model baharu untuk penggalakan pelaburan melalui pelaksanaan pelaburan ekuiti yang inovatif, pelaburan gabungan industri, pelaburan data raya dan perkhidmatan kewangan rantaian bekalan.

Dalam suku pertama, taman berkenaan menyaksikan pelaburan dibuat sebanyak 1.6 bilion yuan dan sembilan projek yang baru ditandatangani dengan jumlah pelaburan kontrak sebanyak 9.56 bilion yuan. Tujuh daripada sembilan projek tersebut bernilai lebih daripada 100 juta yuan. Taman berkenaan juga menjalin hubungan yang efektif dengan sepuluh perusahaan dan dua persatuan perniagaan untuk pelaburan yang berpotensi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, taman perindustrian berkenaan terus mempercepatkan pembinaan projek-projek utama dan menggalakkan penggiatan industri dengan mewujudkan enam kluster industri tumpuan, iaitu aluminium ekologi dan kuasa elektrik, peleburan ekologi, industri ringan iaitu makanan dan ubat-ubatan, maklumat elektronik, ekonomi digital serta bahan binaan hijau.

Dengan bergantung kepada kekayaan sumber mineral Laibin, taman tersebut memudahkan pembentukan kluster industri peleburan ekologi yang bertujuan untuk berkembang menjadi tapak bahan bateri tenaga baharu negara dengan sokongan daripada perusahaan tempatan yang terkemuka dalam lapangan ini. Taman tersebut turut membangunkan kluster perindustrian dengan industri ringan termasuk makanan dan ubat-ubatan, menonjolkan pemanfaatan industri penapisan gula yang menyeluruh.

Pada tahun 2021, nilai keluaran industri keseluruhan taman tersebut melebihi 31 bilion yuan, meningkat 26.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan kadar pertumbuhan ekonomi melebihi 20 peratus selama dua tahun berturut-turut.

Ditubuhkan pada tahun 2004, taman perindustrian tersebut kini menempatkan 218 perusahaan yang mana 89 daripadanya merupakan perusahaan perindustrian melebihi saiz yang ditetapkan dan 35 perusahaan berteknologi tinggi.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/328127.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service