omniture

Teknologi demi Planet Lebih Baik: Bolehkah Teknologi Melindungi Bumi Kita?

Huawei
2022-05-30 10:38 238

SHENZHEN, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun, Huawei menganjurkan sidang kemuncak 2022 Tech for a Better Planet (Teknologi demi Planet Lebih Baik 2022) dengan sokongan daripada IUCN (International Union for Conservation of Nature).

Dengan gas rumah hijau yang menyesakkan bumi dan sehingga 1 juta spesies tumbuhan dan haiwan diancam kepupusan, Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 disambut ketika planet kita berhadapan dengan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Populasi dunia yang semakin bertambah memerlukan lebih banyak kuasa berbanding sebelum ini, dengan purata penggunaan tenaga melonjak sebanyak 1% hingga 2% setiap tahun. Penerimaan teknologi yang semakin meningkat pula menjadi faktor penyumbang kepada jejak karbon umat manusia yang semakin meningkat. Sebagai contoh, pada tahun 2020, telefon pintar menyumbang sebanyak 1% daripada emisi karbon global, namun ini diramalkan meningkat kepada 3.5% dalam tempoh sedekad. Begitu juga dengan trafik pada rangkaian telekomunikasi yang diramalkan meningkat lima kali ganda dari tahun 2018 hingga 2024, dengan setiap individu di dunia ini dijangka menjana data yang bersamaan dengan 6,700 muat naik foto sehari.

Sehubungan itu, adakah teknologi membantu atau memudaratkan planet ini? Bolehkah kita mengubah arus terhadap ancaman alam sekitar menggunakan teknologi?

Langkah penting untuk maju ke hadapan adalah dengan mengutamakan pembangunan cekap tenaga dan hijau dalam sektor teknologi dan untuk menyampaikan inovasi yang kami hasilkan kepada industri-industri lain. Bermula dengan rangkaian komunikasi hijau kepada pusat data hijau, inovasi hijau dapat membawa perubahan penting kepada jejak karbon global yang diwujudkan oleh perniagaan. Dengan menerima pakai teknologi digital, kami meramalkan industri-industri dapat mengurangkan penggunaan tenaga mereka sebanyak 20% menjelang tahun 2030, imbangan karbon yang akan menjadi sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada tenaga yang digunakan oleh sektor ICT itu sendiri.

Walau bagaimanapun, peningkatan penggunaan tenaga bukanlah satu-satunya ancaman yang dihadapi oleh planet kita. Keupayaan hutan hujan dunia untuk menyingkirkan karbon daripada atmosfera semakin menyusut sepantas liputan hutan yang semakin menghilang, lalu mengurangkan kawasan tadahan karbon dan mewujudkan kesan domino ke atas habitat dan kehilangan biodiversiti.

Bagi pemuliharaan alam semula jadi, kita perlu membangunkan penyelesaian yang dapat memahami ekosistem dunia dan membentuk asas bagi langkah-langkah perlindungan yang berkesan. Bersama rakan-rakan kongsi kami, termasuk International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan Rainforest Connection, kami membangunkan penyelesaian di bawah inisiatif Tech4Nature dan TECH4ALL kami untuk menjayakan usaha ini dalam ekosistem di serata dunia, bermula daripada hutan hujan, gunung-ganang dan dataran tinggi hinggalah tanah lembap, sungai serta lautan.

Teknologi kamera inframerah yang dianalisis oleh AI awan umpamanya membantu mengesan dan memantau spesies yang hampir pupus termasuk rubah Darwin dan ungka Hainan.

Endemik kepada Chile dan menghadapi banyak ancaman, bilangan rubah Darwin menyusut kepada kurang daripada 1,000
Endemik kepada Chile dan menghadapi banyak ancaman, bilangan rubah Darwin menyusut kepada kurang daripada 1,000

Teknologi-teknologi yang serupa mengupayakan pemulihan sistem terumbu karang di Lautan Hindi dan berusaha untuk mengelakkan spesies invasif daripada memusnahkan populasi salmon Atlantik liar di Eropah. Penyelesaian akustik berkuasa AI yang digunakan di kanopi pokok dapat mengesan bunyi gergaji dan trak yang dikaitkan dengan pembalakan haram di hutan hujan dan menghantar amaran waktu sebenar kepada renjer di lapangan. Menurut PBB, sehingga 90% daripada pembalakan adalah menyalahi undang-undang dan sejak zaman pra-perindustrian lagi, 64% daripada semua hutan hujan telah dimusnahkan atau terdegradasi.

Berkolaborasi untuk pemuliharaan 

Meskipun teknologi menyokong pemuliharaan alam semula jadi dan perjalanan sifar bersih, perkongsian dapat membuahkan hasil. Pada 6 Jun – sehari selepas Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 – Huawei menganjurkan sidang kemuncak 2022 Tech for a Better Planet dengan sokongan daripada IUCN. Rakan-rakan kongsi kami akan membincangkan tentang peranan teknologi sebagai pendorong untuk melindungi dan memulihkan planet kita yang musnah teruk, termasuk banyak projek yang digariskan dalam artikel ini.

Lagipun, kita cuma ada satu bumi sahaja.

Klik pautan untuk mendaftar webinar.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues Future Events