omniture

HONOR PERKENAL TEKNOLOGI DI-SEBALIK-TABIR UNTUK BARISAN PENGELUARAN HONOR MAGIC4 PRO BAHARU

HONOR
2022-05-30 12:14 299

Sinergi unik antara keupayaan R&D dan pembuatan

SHENZHEN, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, jenama teknologi global HONOR mendedahkan teknologi proprietari di sebalik pembuatan HONOR Magic4 Pro, telefon pintar unggulan yang terkini daripada jenama ini yang dibuat secara eksklusif di Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR. Mendemonstrasikan kecemerlangan pembuatan, telefon pintar unggulan ini melambangkan komitmen jenama ini untuk menyampaikan inovasi termaju dan merupakan bukti keupayaan HONOR untuk mengeluarkan produk premium yang berkualiti tinggi secara meluas. HONOR Magic4 Pro dijadualkan tiba dalam pasaran-pasaran antarabangsa yang terpilih bermula pada bulan ini.


"Pembukaan Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR pada tahun lalu merupakan satu pencapaian penting untuk kejayaan kami dalam mengintegrasikan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami ke dalam proses pembuatan kami. Penggabungan tersebut membolehkan kami memanfaatkan kepakaran kami dengan lebih baik dalam kedua-dua bidang," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Selain memperkukuh kapasiti pembuatan kami, kemudahan pembuatan pintar berkenaan menempatkan peralatan pengeluaran, pengujian dan kawalan kualiti bertaraf dunia yang memastikan produk premium kami dapat memenuhi jangkaan tinggi pelanggan kami."

Integrasi Lancar antara R&D dan Pembuatan  

Beroperasi sejak September 2021, Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR ialah kilang dibiayai sendiri yang pertama daripada jenama ini. Dilengkapi dengan kemudahan pembuatan dan pengujian canggih untuk menyokong setiap aspek pembuatan telefon pintar, Taman tersebut penting untuk menjamin kualiti daripada penawaran premium jenama ini. Dengan 20 peratus kakitangan yang bekerja di Taman tersebut merupakan kakitangan R&D, HONOR menggabungkan sumber R&Dnya ke dalam keupayaan teras Taman tersebut, memaksimumkan sinergi antara kedua-duanya dan mendayakan teknologi pembuatan seiring dengan inovasi.


Barisan Pengeluaran Tersuai untuk Inovasi HONOR Magic4 Pro

Tiba ke pasaran-pasaran antarabangsa terpilih bermula pada bulan ini, HONOR Magic4 Pro membuat penampilan sulung dengan Panggilan Privasi AI (AI Privacy Call), ciri penyelesai masalah utama yang meminimumkan secara besar-besaran kebocoran bunyi semasa panggilan suara; Fotografi Pengkomputeran Ultra-Penyatuan (Ultra-Fusion Computational Photography), penyelesaian kamera yang membolehkan pengguna mengambil manfaat sepenuhnya daripada beberapa kamera belakang telefon pintar; dan Paparan LTPO Kuad-Lengkung (Quad-Curved LTPO Display), paparan mengagumkan yang memberikan pengalaman tontonan yang imersif. Setiap satu daripada ciri ini menimbulkan beberapa cabaran pembuatan yang unik, penyelesaian yang hanya dapat dilakukan oleh sinergi antara R&D dan pembuatan HONOR.

Dengan setiap generasi telefon pintar, pembuat telefon pintar terus mengalihkan penerima ke arah bezel atas sebagai usaha untuk mencapai ruang paparan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, semakin dekat penerima diletakkan berhampiran bahagian tepi, semakin ketara kebocoran bunyi semasa panggilan suara yang menjurus kepada kebimbangan privasi.

Bagi menangani masalah utama pengguna ini, HONOR mengenal pasti dan menyelesaikan lebih 100 cabaran teknologi dan mencipta Panggilan Privasi AI. Ciri yang inovatif ini memanfaatkan Unit Pemancar Bunyi Dwi Pintar (Intelligent Dual Sound-Emitting Unit) yang pertama dalam industri yang melibatkan komponen pengaliran tulang menggunakan seramik piezoelektrik yang dipasang terus pada paparan. Ekoran sifat kaca, proses pemasangan memerlukan kejituan yang amat tinggi – sisihan pembuatan yang kecil pun akan dapat merosakkan panel secara kekal. Saling bekerjasama, pasukan R&D dan pembuatan berupaya untuk menangani cabaran dalam tempoh tiga bulan. Usaha yang bersepadu menghasilkan penciptaan peralatan pemasangan berkejituan tinggi dan automatik yang memanfaatkan visi komputer dan algoritma yang diperingkat untuk mencapai ketepatan 0.01mm dan hasil sebanyak 99.99 peratus, lalu menyumbang kepada keupayaan HONOR bagi memenuhi permintaan pengguna untuk HONOR Magic4 Pro.


HONOR Magic4 Pro turut dilengkapi dengan kombinasi Kamera Tigaan (Triple Camera) berkuasa yang menyokong Fotografi Pengkomputeran Ultra-Penyatuan. Kerumitan penyelesaian tersebut dalam telefon pintar unggulan baharu ini memerlukan dua kali ganda peralatan penentukuran kamera berbanding dengan apa yang diperlukan untuk telefon terdahulu. Mengambil manfaat daripada prosedur penentukuran dan pengujian yang lebih baik, sistem Kamera Tigaan, digabungkan dengan algoritma AI, menyampaikan imej yang lebih terperinci dengan warna-warna yang lebih asli merentas julat fokus yang disokong sepenuhnya.

Proses pemasangan termaju turut diterima pakai untuk Paparan LTPO Kuad-Lengkung pada HONOR Magic4 Pro. Memanfaatkan persediaan canggih lengan robotik enam paksi, kamera berkejituan tinggi dan algoritma visi komputer yang dibangunkan oleh HONOR, peralatan pemasangan beroperasi dengan julat ketepatan ±0.075mm dan menghasilkan produk dengan toleransi pembuatan rendah iaitu hanya 0.1mm, lalu menunjukkan selanjutnya keupayaan pembuatan unggul HONOR.

Taman berkenaan turut dilengkapi dengan makmal yang utama dalam industri ini termasuk makmal keandalan, makmal kawal selia dan makmal perlindungan alam sekitar yang melaluinya HONOR menjalankan lebih 200 ujian keandalan pada HONOR Magic4 Pro untuk memastikan kualiti premiumnya. Sebagai contoh, HONOR Magic4 Pro diuji mempunyai nilai Kadar Penyerapan Khusus (SAR) – yang mengukur emisi radiasi telefon pintar – iaitu 56 peratus di bawah had standard industri yang paling ketat.

Tiga Tonggak Kecemerlangan Pembuatan 

Automasi, pendigitalan dan teknologi pintar berperanan sebagai asas yang menyokong keupayaan pembuatan teras Taman berkenaan. Taman tersebut beroperasi dengan 75 peratus daripada barisan pengeluarannya berciri automatik, meminimumkan risiko kesalahan manusia. Di samping itu, lebih daripada 40 peratus peralatan pengeluaran automatik dibangunkan secara dalaman, yang bertindak sebagai bukti selanjutnya terhadap integrasi yang ketat antara keupayaan R&D dan pembuatan di Taman berkenaan.


Semua peralatan penting di kemudahan pengeluaran ini menyokong sistem kawalan digital, lalu membolehkan HONOR mengurus seluruh barisan pengeluaran dengan lebih baik serta memperoleh kecekapan yang lebih baik serta meningkatkan kualiti produk.

Dikeluarkan secara eksklusif di Taman tersebut, HONOR Magic4 Pro menonjolkan yang terbaik daripada keupayaan pembuatan HONOR yang akan dapat dialami sendiri oleh pengguna antarabangsa dalam masa terdekat apabila telefon pintar unggulan ini tiba di pasaran-pasaran terpilih bermula pada bulan ini.

Latar Belakang HONOR  

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai kejayaan dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/ 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 

https://twitter.com/Honorglobal 

https://www.instagram.com/honorglobal/ 

http://www.youtube.com/c/HonorOfficial   

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services