omniture

Tromox Ukko S Menang iF Design Award 2022

Tromox
2022-05-30 12:16 143

BERLIN, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Tromox Ukko S, motosikal elektrik yang terkini daripada Tromox, telah dianugerahkan iF DESIGN AWARD 2022 sebagai salah satu pemenang terbaik daripada syarikat reka bentuk yang ternama di dunia, diiktiraf di bawah kategori automobil/kenderaan.

Tromox Ukko S berjaya memenangi hati 132 ahli juri melibatkan golongan elit global daripada hampir 11,000 penyerahan dari 57 negara, dengan 100% ciri elektriknya, reka bentuk yang unik dan berteknologi tinggi serta prestasinya yang unggul.

iF Design Award ialah salah satu hadiah reka bentuk yang paling penting di dunia yang dikenal pasti sebagai penentu bagi kualiti reka bentuk yang luar biasa. Juri iF mengiktiraf Tromox Ukko S atas impak sosialnya, konsep reka bentuk dan perbezaannya daripada produk-produk lain yang serupa.

Tromox Ukko S direka bentuk buat penunggang bandar untuk merentasi bandar dan mengejar keseronokan menunggang di pinggir bandar dengan cara hijau dan mesra alam, bukan sahaja untuk menggalakkan kelestarian dalam menghadapi perubahan iklim, tetapi juga untuk memacu penciptaan masa depan neutral karbon. Tromox Ukko S juga seiring dengan trend teknologi mobiliti masa depan, yang dicari-cari oleh penunggang muda global lantaran penampilannya yang tersendiri dan bergaya serta atribut rangkaian sosialnya yang unik - fungsi penderiaan automatik membolehkan penunggang berhubung dengan pengguna Tromox Ukko S yang lain.

"Anugerah iF menggambarkan kerja keras yang dilakukan oleh seluruh pasukan Tromox terhadap reka bentuk Ukko S, ia merupakan motosikal elektrik pintar berkelajuan tinggi dan ringan yang menawarkan kepada pengguna dengan keupayaan kawalan yang melangkaui apa yang dibawakan oleh motosikal berkuasa bahan api," jelas pengasas Tromox Porter Chen.

"Kami berbesar hati kerana reka bentuk kami telah diiktiraf oleh juri iF, Tromox akan memberi tumpuan untuk mencipta produk berkaitan e-mobiliti yang dapat memberi sumbangan positif kepada perjuangan perlindungan alam sekitar dunia."

Tromox bermatlamat untuk menjadi peneraju global dalam industri mobiliti elektrik, mencipta motosikal elektrik eksklusif untuk penunggang muda di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tromox.com dan ikuti @tromox_official di Instagram dan @tromoxofficial di Facebook. Untuk jalinan kerjasama dan sebarang pertanyaan lanjut, sila hantarkan emel kepada info@tromox.com dan kami berbesar hati untuk membantu.

Laman Sesawang Rasmi: www.tromox.com
Facebook: https://www.facebook.com/tromoxofficial
Instagram: https://www.instagram.com/tromox_official/
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/tromox/

Source: Tromox
Keywords: Auto Electrical Utilities Transportation Utilities Awards